Shaklee International Conference 2014: Long Beach California
8.17.2014
Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah rezeki adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan. (Adz-Dzariyat 51: 22-23)
Tiada kata yang terucap bila saya berpeluang untuk menjejak kaki di bumi USA. Tidak terlintas rezeki yang diberikan adalah tahun ini. Masih teringat tahun lepas, saya bersembang dengan mak semasa makan vitamin sebelum tidur. Mak ada cakap US Convention tahun depan (2014) dan mak nak pergi US tahun depan. Pastu, hanya hasrat yang saya luahkan ketika itu pada mak adalah, "mak, kalo ada rezeki, huda nak join mak pergi US. Nak tengok culture, mcm mana Shaklee kat sana, pergi melawat HQ dia dan tengok Roger Barnett, CEO Shaklee" depan mata". Bestnya kalo dapat kan mak, itulah penutup sembang supper kami malam itu.
Dan suatu hari, mak berkata dekat saya, huda, doa yang huda mintak dan hayatkan tercapai. Masa itu binggung sekejap dan tanya mak apa dia? Mak pun kata, you are going to USA! Ya Allah melompat kejap waktu tu, tidak sangka kan. Selesai isu visa, tanggal 13/8/2014, kami berangkat ke USA dan ini adalah rezeki yang tidak dijangka dan my 1st Shaklee International Conference.
Disini, kami duduk di Hyatt Regency Long Beach di Carlifornia selama 6 hari dan selepas itu 2 hari di San Francisco sebelum pulang ke Malaysia. Peluang berada disini, dapat berjumpa dengan international Shaklee member dan mereka tidak lokek memberi nasihat serta semangat pada kami untuk terus berjuang. Malah sebelum kami ke Disneyland, kami bertemu Shaklee distributor dari Arizona dan mereka telah berkecimpung dalam dunia ini selama 43 tahun. Dibandingkan tempoh saya bersama Shaklee.
Janji di atas memberi berita baik bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mengambil rezeki kita. Semuanya hanaya boleh berlaku dengan izin Allah. Justeru, tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau hebat apabila rezeki melimpah-ruah. Hakikatnya milik kita bukan semuanya rezeki kita. banyak atau sedikit, ia datang dari Allah.