SLIDER

Vitamin C bukan hanya untuk cantik

3.31.2023

Sejak Convid melanda, kita sering dengar orang mencari Vitamin C. Sebelum itu, hari ini saya mari kita kenali Vitamin C yang bukan hanya untuk cantik,



KENALI VITAMIN - C

Vitamin C atau nama saintifiknya adalah asid askorbik. Sejenis vitamin yang larut air dan tidak disimpan dalam jumlah yang besar didalam badan. Sekiranya ia berlebihan, ianya akan dikumuh keluar melalui air kencing.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pengambilan Vitamin C mengikut kumpulan populasi seperti dibawah.


Perasan tak, dari bayi lagi, pengambilan Vitamin C telah disarankan ambil oleh KKM. Memandangkan badan tidak boleh menghasilkan Vitamin C secara semula jadi, maka Vitamin C perlu diambil dalam bentuk supplement. 




KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C?

  1. Ini kerana manusia secara amnya tidak boleh menghasilkan Vitamin C secara semulajadi.
  2. Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidant yang berfungsi untuk melindungi badan dari keradangan yang terbentuk akibat darpada radikal bebas.
  3. Meningkatkan daya tubuh badan. Sebagai agen anti-oksidant, Vitamin C berfungsi melindungi kekebalan sel dan membantu memperkuatkan pertahanan kulit. Kulit semestinya antara organ terbesar pada tubuh badan kita. Maka vitamin C membantu menghalau bakteria, virus yang boleh menggangu sistem badan kita.
  4. Meningkatkan imuniti badan. Disebabkan vitamin C adalah anti-oxidant, dan Vitamin C mengalakkan penghasilan sel darah putih yang dikneali sebagai limfosit dan fagosit. Sel darah putih pula berfungsi untuk melindungi tubuh daripada terkena jangkitan kuman.
  5. Mengelak penyakit kronik. Vitamin C yang bertindak sebagai agen anti-oxidant yang mempunyai kelebihan melindungi badan dari radikal bebas. Disebabkan sifatnya yang melindungi, ia membantu melindungi badan dari kerosakan atau keradangan yang menyebabkan penyakit kronik yang lain.
  6. Mengecah anemia. Ini terjadi apabila sel darah merah mula tidak mencukupi zat besi. Sedangkan badan memerlukan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Apabila, ia kekurangan zat besi, maka sel darah merah tidak mampu bekerja secara baik. Disini, fungsi Vitamin C membantu penyerapan zat besi. 
  7. Mengurangi risiko penyakit mata.. Asid askorbik bertindak melambatkan terjadinya katarak mata.  
  8. Mempercepatkan kesembuhan luka. Untuk process penyembuhan luka yang cepat, badan memerlukan protein dan salah satunya collagen. Jika produksi collagen rendah dalam badan, pastinya luka akan lambat sembuh. Manakala, Vitamin C berfungsi membina, meransang, dan melepaskan collagen dalam badan bagi membantu penyembuhan kulit
  9. Menguatkan ingatan. Kajian mendapati dementia adalah penyakit yang kerap berlaku kepada warga emas akibat daripada kekurangan  Vitamin C. Vitamin C adalah anti-oksidan yang kuat. Manakala, kekurangan vitamin C di dalam badan ada kaitan dengan keupayaan untuk berfikir dan memory muscle. 


Terlalu banyak kebaikan Vitamin C yang ada dan terbukti bahawa Vitamin C bukan hanya untuk kelihatan cantik semata-mata. Tetapi, kita sering ingat cantik dan Vitamin C, sedangkan badan kita memerlukan Vitamin C untuk keperluan seperti pertahanan badan, kecergasan otak, kesihatan mata dan banyak lagi. Buktinya adalah seperti diatas. 




APA BEZA VITAMIN C DIPASARAN SERTA VITAMIN C SHAKLEE?

Vitamin C Shaklee mempunyai kelebihan sistem " Sustained-Release" iaitu teknologi yang direka untuk membenarkan pembebasan Vitamin C secara beransur-ansur kedalam badan untuk jangka masa yang panjang. Ia boleh membantu untuk memastikan badan mempunyai bekalan nutrient Vitamin C yang stabil sepanjang hari.

Vitamin C Sustained Release Shaklee adalah vitamin larut air yang tidak disimpan dalam badan. Formulasi Sustained Release direka untuk lebih lembut pada perut berbanding supplement Vitamin yang lain.

Secara kesimpulannya, Vitamin C Sustained Released Shaklee merupakan pilihan yang terbaik bagi sesiapa yang ingin memastikan pengambilan nutrient penting seperti Vitamin C mencukupi untuk spenajang hari.


Sekiranya berminat, boleh hubungi saya melalui Whatsapp di :012-2285924








Mengapa B- Complex perlu untuk Kurus?

3.29.2023

Bila datang sampai peak emosi stress, saya akan cari B-Complex untuk bantu saya untuk tenangkan diri. Selalu bercakap tentang STRESS, MENGANDUNG kita mesti kaitkan dengan B Complex tapi kali ini, apa kaitan Vitamin B Complex dengan Kurus? 



Shaklee menawarkan pelbagai suplemen vitamin B, setiap satu mengandungi kombinasi vitamin B yang terdiri daripada:



1.    Thiamin (B1)

  • Membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga dan penting untuk fungsi saraf dan otot yang sihat.
  • Ia berperanan untuk metabolisme karbohidrat yang membantu mengatur kadar gula dalam darah. 
  • Kekurangan B1 dalam badan akan menyebabkan gangguan kepada sistem cognitif (daya ingatan) dan pencernaan

2.    Riboflavin (B2)

  • Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kesihatan kulit, mata dan fungsi sistem saraf
  • Berfungsi pada bahagian metabolisme lemak, protein dan karbohidrat yang membantu pertumbuhan serta pembahagian sel.
  • Selain itu, B2 membantu mengurangkan tekanan fizikal seperti sakit kepala dan kemurungan
  • Kekurangan B2 dalam badan menyebabkan ia terhasil kepada masalah kulit dan gangguan sistem pencernaan
  • juga bertindak sebagai anti-oxidant

3.    Niasin (B3)

  • Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kesihatan kulit, saraf, dan fungsi sistem penghadaman
  • Membantu menurunkan produksi protein yang mengangkut kolestrol di dalam darah

4.    B6

Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk fungsi otak, fungsi sistem imun, dan penghasilan hormon dan neurotransmitter

5.    Folic Acid (B9)

Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat, terutamanya semasa mengandung. Ia juga membantu menghasilkan sel darah merah.

6.    B12

Membantu menghasilkan sel darah merah dan penting untuk fungsi sistem saraf.

7.    Biotin

Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat

8.    Pantothenic Acid (B5)

Seperti B yang lain, ia membantu badan untuk mendapat tenaga dari makanan dan juga terlibat dalam pengeluaran hormon dan kolestrol

 

Kalau dilihat dari kekuatan setiap satu ingredient dalam B Complex, kebanyakkan membantu untuk sistem saraf, kulit, rambut, kuku... tetapi mananya fungsi B Complex untuk kurus? Mengapa B Complex Perlu untuk Kurus?

Disini saya akan share macam mana B Complex perlu untuk Kurus? 



APAKAH MEKANISME YANG MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PENGURUSAN BERAT BADAN?


1. Penghasilan tenaga : Vitamin B adalah penting dalam penghasilan tenaga. Dari karbohidrat, lemak dan protein, ia membantu dan menyokong pengeluaran tenaga dan membantu individu kekal gaya hidup aktif dan membakar kalori dengan lebih berkesan.

2. Pengaturan gula darah :Vitamin B1 (Tiamin) dan B6 (P6), penting untuk mengawal paras gula dalam darah. Dengan menstabilkan gula dalam darah, VItamin B boleh membantu mencegah lonjakan/penurunan tahap tenaga yang boleh menyebabkan makan makanan berlebihan.

3. Pengurusan Tekanan : Stress sentiasa dikaitan dengan penambahan berat badan, kerana bila stress, otak akan mula mencari makanan yang boleh membantu turunkan stress. Sedangkan dalam di dalam B Complex, B5, B12 memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal tindak balas tekanan badan dan membantu individu mengawal stress dengan lebih berkesan

4. Hormon : Vitamin B membantu pelbagai hormon dalam badan termasuk metabolisme dan kawalan selera makan. Apabila hormon berada dalam keadaan yang stabil, secara tidak langsung boleh menyokong usaha penurunan berat badan.

TETAPI....

Tetapi sekiranya tahap pengambilan B Complex yang tidak mencukupi dalam badan akan menyebabkan kadar metabolisme menurun dan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Vitamin B sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan tubuh badan. Tetapi, kalau sekadar makan Vitamin B tanpa disertakan pemakanan yang seimbang, aktivit fizikal dan gaya hidup yang sihat adalah kombinasi terbaik untuk mencapai dan kekalkan berat badan yang sihat.

Seperti basikal, sekiranya hanya bergantung satu tayar untuk bergerak, mampukah ia berfungsi secara optimum? Untuk dapat hasil yang diidamkan, B-Complex digabungkan dengan Set Kurus lain yang mempunyai mekasime menurunkan berat badan akan membantu anda turun berat badan yg diidamkan. 


Antara B Complex terbaik adalah B Complex Shaklee kerana ia menyediakan complete group of B Family yang diperlukan oleh badan. Anda juga boleh dapatkan penambahan informasi dari blog Master Norita



Boleh hubungi saya seperti dibawah untuk pembelian atau pertanyaan lebih lanjut.

Hubungi / Whatsapp Saya di : 012-2285924




LETS HAVE FUN AT SHAKLEE FUN DAY

3.24.2023




 18.03.2023

 ITS FUN DAY FOR WHOLE SHAKLEERIAN


Kami dapat invitation by Shaklee to join Fun Day @ Shaklee Shops!

Fun Day Shops buat di beberapa branch terpilih termasuk KL HQ, KL BRANCH, JOHOR DAN KOTA BHARU. 

Siapa yang tak looking forward for FUN DAY @ Shaklee Shops.....

Fun Day @ Shaklee Shops merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Syarikat Shaklee yang dibuat secara meriah dan menjemput semua orang hadir ke Shaklee Shop untuk membeli dan enjoy aktiviti yang diadakan disana. 

Kebetulan pula hari tu, bertembung dengan Workshop Master Naquib dan kelas Dr. Redza, jadinya saya tak dapatla attend Fun Day @ Shaklee Shop ni. Tetapi yang saya tahu, Fun Day menawarkan pelbagai promosi, diskaun serta perjimatan. 



The best part, semua orang dijemput bukan sahaja ahli Shaklee. Untung berganda-ganda kalau shopping waktu ini sebab bukan sahaja dapat diskaun tapi ada free gift sekali! 




Wow, check it out! Banyak kan diskaun yang dioffer hari tu? Rugi betul kalau tak grab offer yang Shaklee offerkan kepada semua. 

Thank You Shaklee for this FUN DAY EVENTS.

Alhamdulillah, produk-produk Shaklee sentiasa ada permintaan kerana ianya terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN EFFEKTIF. Haaaa.... tak percaya ke?

Jemputla baca : KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DI MALAYSIA

Selain itu, ada juga entri-entri saya yang terdahulu tentang BUSINESS SHAKLEE. 

Seronok buat business dengan Shaklee kerana ia hanya perlu GUNA (USE) Produk Shaklee, KONGSI (SHARE) bersama rakan dan keluarga dan bila semua sudah dapat kesannya, kita BINA (BUILD) perniagaan bersama-sama team dan bantu orang lain menjana pendapatan melalui Shaklee. 

Keseronokkan dalam berniaga dengan Shaklee, anda guna dan pendapatan yang dapat anda dapat membeli lagi produk-produk lain dalam Shaklee.   

Jadi, apa tunggu lagi, marilah buat duit raya dengan BUSINESS SHAKLEE.

Berminat, boleh hubungi saya melalui whatsapp (Huda) :012-2285924


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleeputrajaya

Keburukan dalam Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu

3.22.2023

Setiap perkara ada kebaikan dan juga ada keburukan. Kerap kita dengar tentang kebaikan Intermittent Fasting, pernah tak dengar keburukan dalam Intermittent Fasting

Shaklee Workshop at TH Kelana Jaya 

Sabtu lalu, saya hadiri seharian Workshop di TH Kelana Jaya sesi pagi bersama Master Naquib dan sesi petang bersama Dr Redza tentang Pemakanan Sunah dan Sains. Melalui training, secara tidak langsung Dr Redza memberi kesedaran kepada kami tentang keburukan dalam Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu termasuk saya sendiri apabila Intermittent Fasting tidak dilakukan secara menyeluruh dan betul. Warga net seperti saya yang hanya mengetahui sebahagian ilmu tentang IF melalui pembacaan dan melalui training daripada doktor yang bertauliah, beliau memberi lebih banyak informasi tentang IF. Itulah pentingnya hadir kelas, attend training sebab melalui cara ini, ilmu dapat berkembang. 

Ramai orang diluar sana melakukan Intermittent Fasting untuk turun berat badan, nak sihat serta ada juga nak reserves penyakit. Rata-rata telah tunjukkan proven result dari IF tetapi saya percaya pasti ramai diluar sana seperti saya yang tidak aware dengan keburukan IF sekiranya kita tidak meng-optimumkan knowledge tentang IF.

Disini saya ingin share tentang keburukan dalam Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu supaya kita sama-sama mendapat manfaat dari entri ini.

Sebelum saya cerita tentang the dark side of IF, saya cerita sedikit tentang Autopaghy.


Autophagy concept


 TAHUKAH ANDA?

Autophagy ialah proses semula jadi di mana sel-sel dalam badan merosot dan mengitar semula komponen selular yang rosak atau tidak berfungsi seperti protein, organel, dan serpihan selular yang lain.

Autophagy diperlukan untuk kesihatan dan fungsi sel kerana ia membolehkan sel mengeluarkan dan menggantikan komponen yang rosak atau tidak berfungsi. Ia juga mengambil bahagian dalam pelbagai proses fisiologi seperti pertumbuhan sel, pembezaan, dan kemandirian.

Kesan kepada disfunction of autophagy dikaitkan dengan perkembangan pelbagai penyakit, termasuk kanser, gangguan neurodegeneratif, dan penyakit metabolik. 
Kepentingan proses ini untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

Terdapat 4 cara untuk mendapatkan autophagy iaitu melalui
  1. Intermittent Fasting
  2. Mengambil pemakanan lemak yang sihat
  3. Kualiti tidur
  4. Excercise

BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN

Sempena Ramadhan sudah tiba, kita akan menjalankan dry Fasting selama 12-13 jam. Cuba perhatikan gambar diatas, dalam tempoh 12 sekiranya kita hanya melakukan IF biasa, untuk mencapai autophagy mengambil masa 18-20jam. Uniknya Ciptaan Allah bila, kita lakukan dry fasting, autophagy boleh dicapai 3x ganda lebih cepat daripada Wet Fasting yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Antara 6 jam (dry fasting) atau 18 jam (intermittent fasting) untuk capai autophagy, mana yang lebih untung?

Benefits of Fasting



Bayangkan, dalam bulan Ramadhan, kita berpuasa selama 30 hari dan setiap hari badan kita boleh capai Autophagy dengan mudah berbanding tahan diri selama 3 hari untuk capai satu hari Autophagy. Unik kan.



MACAM MANA NK ACTIVATE AUTOPHAGY?

Melalui training, saya dapat informasi tentang top supplement yang boleh membantu activate autophagy terdiri daripada
  1. Resveratrol 
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Curcumin
Resveratrol dan Astaxanthin adalah keluarga Polifenol. Maka, kelebihan ini terdapat pada supplement Shaklee iaitu VIVIX yang telah dipaten oleh Shaklee. Syarikat supplements terbaik semestinya memikirkan tentang keperluan ini. Sebab itu, VIVIX dikategorikan sebagai supplement superstar dalam Shaklee. 


Set Optimum Autophagy

Selain itu, 
  1. Vivix : Induce autophagy in multiple pathways
  2. Coq10 : Promote autophagy
  3. ResV : Promote resilience against sleep deprivation 

KEBURUKAN DALAM INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU.

Haaaa... Disinilah ramai yang tidak tahu termasuk diri saya bahawa kesan membuat Intermittent Fasting tanpa bantuan supplement, menyebabkan 


90% Collagen I dalam badan musnah


Seramkan? 90% close to 100%. Besar percentage effect pada diri kita. 

Bila body boleh mencapai autophagy semasa tempoh berpuasa, tetapi, bila tidak disuppot dengan collagen akan menyebabkan kulit akan nampak lebih tua dari usia. 



Types of Collagen in Human Body


Ini kerana, Collagen Type I melibatkan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen yang membantu "youthful looking skin". Bila 90% kerosakkan pada collagen I, menyebabkan penuaan dari usia sebenar. 90% memberi impak yang sangat  besar pada kita, bak kt Dr. Redza... kalau tidak ada collagen, hasilnya jadi Kak Limah😂

Takkanlah body dah cantik, tiba-tiba rupa paras tak setanding dengan body. Betul tak? Kelemahan kita kaum wanita semestinya kecantikkan. Jangan kata wanita, lelaki pun sama, kelemahan dia adalah bila lihat wanita cantik. Tetapi bagi saya, biarlah kurus, cantik dan sihat. Jangan sekadar kurus tetapi yang lain tidak seiring. Setuju tak?

Additional Info Tentang Collagen
  • 30% dalam tubuh badan kita terdiri dari Collagen
  • ada 28 jenis Collagen yang terdiri dari Type I, II,III, V & X
  • 50% collagen hilang by umur 60 tahun
  • Collagen mula berkurangan dalam tubuh badan seawal 25tahun
  • Matahari, smoking, alcohol can affect collagen production
  • Collagen tidak ada didalam tumbuh-tumbuhan

BAGAIMANA HENDAK BUAT PEMILIHAN COLLAGEN YANG BAIK

Pemilihan collagen yang baik sangat penting untuk dapatkan hasil yang baik. Sebaiknya carilah collagen yang mudah serap. 

Shaklee juga mempunyai collagen. 

 
COLLAGEN SHAKLEE
  • Shaklee Collagen diestrak dari Sisik Ikan Laut Merah (Laut Dalam)
  • Collagen Shaklee lengkap bersama Vita C bagi membantu menyerapan yang lebih baik
  • Ia juga dilengkapi dengan Vitamin B yang diperlukan untuk memberi tenaga kepada kulit.
  • Collagen Shaklee adalah collagen peptide. Collagen peptide membantu penyerapan yang mudah serap oleh sel.



BEST SET UNTUK RAMADHAN

Sempena Ramadhan ni, jom kita cuba Set Kurus Shaklee bersama-sama Vivix, Coq10 dan Collagen untuk mendapatkan hasil optimum autophagy, supaya kita dapat kelihatan cantik, sihat dan awet muda bila raya nanti.

Serta disini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga puasa dan ibadah tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya dan marilah kita sama-sama tingkatkan amalan supaya Ramadhan ini tidak menjadi bulan yang sia-sia. Selain dari amalan rohani, kesihatan juga harus dijaga dengan baik untuk jangka masa panjang.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut atau pembelian produk Shaklee dengan hubungi saya melalui whatsapp (Huda): 012-2285924


#megablog

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleepengedarputrajaya


Disclaimer/ Penafian:

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan didalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah dan diagnose serta menyembuhkan sebarang penyakit. Pembaca yang mengalami sebarang masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau mana-mana pakar diiktiraf.










Business : Kenapa Shaklee Adalah Supplements Terbaik di Malaysia

3.17.2023

Saya mengenali Shaklee pada usia yang belasan tahun atas asbab Allah menemukan mak seorang leader Shaklee dan dari situ mak menjadi seorang distributor Shaklee untuk tujuan kesihatan ayah ketika itu. Ayah ada histroy Gout yang sangat teruk dan alhamdulillah Dengan Izin Allah, kesihatan ayah beransur pulih dengan supplement. 

Manakala saya bermula dengan mengamalkan suppliment Shaklee sejak usia belasan tahun untuk pemakanan minda serta keperluan asas harian. Sehingga hari ini, saya masih setia menjadi pengguna Shaklee. 

Kenapa Shaklee Menjadi Pilihan Saya dan Kenapa Shaklee adalah Supplement Terbaik di Malaysia

Waktu muda-mudi, saya amalkan supplement sebab mak suruh. Bila masuk universiti, kawan tegur saya, boleh ke makan supplemen banyak-banyak ni? Saya kata boleh sebab saya dah lama amalkan supplement sejak kecil. Mungkin mereka tak pernah mengamalkan sebarang makanan tambahan dalam kehidupan mereka jadinya mereka curious. 


Hari ini saya ingin kongsikan kepada Shaklee menjadi pilihan saya sejak dua puluh tahun lebih. Kenapa saya begitu setia mengunakkan produk Shaklee sehingga hari ini dan antara faktor-faktor pemilihan saya adalah seperti dibawah...

  1. Kekuatan Produk 
  2. Kekuatan Syarikat
  3. R&D yang Tinggi
Dalam dunia MLM ini, alhamdulillah saya ditemukan ramai orang yang makan supplement lebih 40 tahun di USA.

Dalam entri kali ini saya ingin share dengan anda 

Kenapa Shaklee Adalah Supplement Terbaik Di Malaysia


1. Shaklee mempunyai produk yang Lulus Tahap Keselamatan.



Kualiti dan Shaklee tidak lari kerana untuk menghasilkan satu produk, setiap bahan yang digunakan perlu melepasi kawalan kualiti yang ketat. Ini kerana Shaklee memastikan produk yang dikeluarka adalah berkualiti tinggi.

Syarikat Shaklee juga turut beri komitment dengan tidak menjalankan ujian ke atas haiwan.

Shaklee juga sangat komited terhadap menjaga kualiti mereka dengan mejalankan 23,000 ujian keaslian dan keselamatan produk. Syarikat memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk Shaklee. Shaklee mengunakkan bahan-bahan semula jadi dan organik yang membezakannya dari persaing luar.

Antara senarai tidak ada dalam Shaklee:-
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Eter Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Youlene
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Produk Shaklee TIADA BAHAN-BAHAN seperti 
  1. Pengawet Tiruan
  2. Trans Lemak
  3. MSG
serta SHAKLEE ADALAH 
  1. Non-GMO
  2. Gluten Free
  3. Beyond Organic
Malah, ketilitian dijalankan terhadap barang dan pembungkusan produk sebelum diship out ke Malaysia untuk memastikan nutrisi tidak terjejas

Adakah ia masih tidak cukup untuk membuktikan kualiti yang ada pada produk Shaklee?


2. Shaklee Mempunyai Barisan Saintis Yang Terbaik

Ketika berada di USA, saya diberi kesempatan untuk melihat barisan-barisan Saintis yang bekerja dengan Shaklee.


Inilah Saintis-saintis yang saya sempat jumpa ketika berada di USA.

3. 100 Tahun Inovasi



Kredibiliti syarikat sangat penting dalam pemilihan syarikat MLM yang terbaik. Shaklee mempunyai sejarah 100 tahun inovasi dan disokong dengan sains. 

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee berjaya menghasilkan vitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Mineral dan bila digabungkan nama ia menjadi vitamin. Produk Vitalized Mineral yang kini dikenali sebagai Vita-Lea menjadi produk sulung Shaklee dan sejak itu, Shaklee terus menghasilkan lebih banyak produk seperti ESP pada 1961. Tahun ke tahun, Shaklee telah menghasilkan produk pemakanan, ke penjagaan rumah, penjagaan kulit serta penjagaan muka.  

4. Produk yang Lengkap untuk Segenap Usia


Produk Shaklee menawarkan pelbagai produk untuk setiap golongan masyarakat dari kaum wanita, lelaki, warga emas mahupun untuk kanak-kanak. Syarikat sangat menitikberat kesihatan seluruh keluarga. Antara set yang biasa didengari adalah:-
  • Set Asas
  • Set Pregnancy
  • Set Post-Natal
  • Set Minda Cergas
  • Set Puasa Shaklee
  • Set Kurus Shaklee
  • Set Kesuburan
  • Set Kanak-kanak
Pemilihan Brand yang tepat mampu mengubah nasib kesihatan anda dan kehidupan anda.

5. Trusted Brand



Pada tahun 2021 & 2022, Shaklee telah dinobatkan sebagai TRUSTED BRAND AWARD anjuran Redears Digest bagi kategori Vitamins & Health Supplements. Anugerah ini mengambil kira kriteria:-
  • Kredibiliti Syarikat
  • Produk yang selamat dan berkesan
  • Mempunyak kelulusan KKM serta Halal yang diiktiraf oleh JAKIM 
Untuk capai tahap ini, ia membuktikan bahawa Shaklee adalah supplement terbaik di Malaysia. Tahun 2021 & 2022 adalah tahun dimana Convid telah attack satu dunia, supplement Shaklee telah menjadi pilihan rakyat Malaysia sehingga dinobatkan Trusted Brand, the ultimate seal of consumer approval. Dikalau wabak melanda, 

SIAPA YANG PERNAH BERCAKAP TENTANG SHAKLEE




Secara kesimpulannya, Shaklee menawarkan produk yang berkualiti, dijamin selamat, berkesan dan effektif. Secara peribadi, kualiti begini adalah kualiti produk yang saya cari untuk kesihatan tubuh badan saya. Memang banyak produk diluar sana boleh menawarkan pelbagai produk tetapi bagi saya untuk mencari produk pemakanan yang baik mestilah lihat pada kekuatan R&D, latar belakang syarikat serta komitmen yang dilakukan oleh syarikat untuk menhasilkan produk yang berkesan. Maka, inilah kenapa saya katakan Shaklee adalah Supplements Terbaik di Malaysia,

See you!


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#megablogshaklee
#pengedarsahshakleeputrajaya

SET HELLO NEW YOU Kurus sebelum Raya

3.14.2023

Tinggal berapa je lagi hari nak puasa. Jom kita RESET semula dalam berpuasa & Get New You Kurus sebelum Raya 




Biasakan dengan Intermittent Fasting. Seperti mana entri saya sebelum ini berkaitan intermittent fasting, saya ada cerita tentang strict tempoh masa untuk makan. Sebenarnya tiada beza pun dengan waktu kita berpuasa cuma bezanya. Puasa Ramadhan, kita tidak boleh makan dan minum dalam tempoh 6pagi - 7:30 malam. Banyak faedah reset ni. Tetapi dalam proses reset pun, kita kena jaga juga pengambilan makanan yang baik ketika itu untuk mendapatkan hasil yang optimum.

KENAPA KITA PERLU RESET?

Disini saya nak kongsi macam mana kita nak jaga reset ketika berpuasa. Biasalah kan bila berpuasa, kita tahan nafsu makan dan minum. Sebelum waktu nak berbuka, kita dah mula fikir dan siap plan dah nak makan dan minum apa untuk berbuka. Belum cerita lagi kalau dapat pergi Bazaar Ramadhan. Perghhh..... lagi panjang list makanan. End up, banyak pembaziran daripada makan. Bila, kita sumbat semua makanan dalam mulut kita end up perut kita jadi tong sampah. Reset yang berlaku selama tempoh berpuasa itu macam sia-sia sahaja. Kesian badan kita... kita aniaya badan sendiri


Allah punya sayang kat kita suruh kita berpuasa. Nampak tak gambar diatas.
Kalau kita berpuasa selama 4 jam - 8 jam, paras gula dalam darah boleh menurun. Makanan dalam perut dah dicerna. Kalau tempoh tak berpuasa selang dua jam kadang-kadang tu kita makan. Belum sempat badan nak proses kita tambah lagi overwork kerja dekat organ kita. Dahla overtime organ bekerja pastu kita tak bagi dia rehat. Teruk kita ni kalau jadi majikan. Habis kerah tenaga yang ada... Tapi disebabkan organ ni bukan ini human form, kita xperasan how hard work derang bekerja. Unik kejadian Allah jadikan.
12 jam puasa, barulah dapat bagi sistem pencernaan badan berehat. Duduk Malaysia ni, dalam tempoh less 14 jam kita berpuasa, so sedikit sebanyak, kita bagi badan kita reset sebentar. Tahu tak, bila kita reset badan kita, kita benarkan organ kita lalui process healing? 

Jadi, jomlah bagi chance dekat organ kita reset untuk kesihatan diri kita sendiri

MACAM MANA NAK RESET BILA BERPUASA...CARA-CARANYA..

Ada caranya... iaitu dengan amalkan pola pemakanan "SUKU-SUKU SEPARUH" ketika berpuasa yang sihat serta disupport bersama Set Hello New You.



Saat yang paling bahaya ketika berpuasa adalah saat hendak berbuka puasa. Betul tak? 
Bahaya tu bagi saya bahaya sebab kita ada kecenderungan untuk beli atau makanan melebihi kemampuan kita makan. Apa kata tahun ini kita buat sedikit transformasi diri. Kita refleksi diri sebelum hendak beli makanan. Disini saya sarankan tahun ini kita berbuka puasa dengan amalkan konsep Suku-Suku separuh dan ganti supper sebelum tidur kepada Set Hello New You.

Sebulan puasa ni bagus untuk kita practice semula changing habits. Selalunya orang kata nak tukar habit amil masa 21 hari. So tempoh berpuasa ni baik bagi kita untuk serba sedikit ubah lifestyle dan cara pola pemakanan kita daripada banyak membeli diluar serta makan fake food kearah makanan real food.  Fake food maksudnya adalah makanan yang diproses, frozen food, pewarna tiruan, pemanis, gula dan sebagainya. Manakala real food, adalah makanan yang lebih dekat dengan sifat raw makanan tersebut contohnya nasi, buah, sayuran. Dalam membeli makanan, real food sebenarnya lebih mahal daripada fake food kerana apa? Kualiti dan impak makanan tersebut pada badan kita. 

Nak tak sahut cabaran ini bersama saya tahun ni? 




Shaklee Set Hello New You 


Dalam Set, Hello New You ini terdapat empat produk yang terdiri daripada Cinch, Lecithin, Omega Guard dan DTX.

Macam mana Set Hello New You ni membantu Reset ketika berpuasa?


Cinch :
  1. Membantu membakar lemak dan bina otot secara berkesan melalui leusina. 
  2. Leusina membantu membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan tegap
  3. Membantu mengisi jurang nutrisi. 
  4. Leusina membantu meningkatkan serta menyokong pengurusan berat badan yang sihat
Lecithin : 
  1. Membantu membakar lemak secara semula,
  2. Membantu mempercepatkan pemecahan lemak dan 
  3. Membantu menghalang pengumpulan lemak dan keluarkan toksin dari hati
Omega Guard : 
  1. Membantu meningkatkan metabolisme, serta meningkatkan kadar metabolik dan
  2. Membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak 
  3. Membantu meningkatkan sensitiviti insulin badan untuk kawal penyimpanan lemak
Herb Lax : 
  1. membantu penghadaman dan pembersihan yang lebih sihat, 
  2. Membantu pergerakkan usus untuk membantu process semulajadi badan,
  3. Herblax mempunyai laksatif semulajadi untuk tingkatkan kekerapan pergerakkan usus dan 
  4. Membantu mengeluarkan toksin dari badan.

Antara result yang terbukti berkesan dengan pengunaan Set Hello New You...




Nampak tak, selain untuk kesihatan badan, Set Hello New You boleh menghasilkan result  sepertimana testimoni diatas. Kan, raya ni kita nak sentiasa nampak cantik dan kurus...2 in 1 benefits, why not.... 

Apa bezanya Set Hello New You dan Set Puasa Shaklee yang saya share dalam entry saya yang sebelum ini? 


Bezanya dalam Set Hello New You, ada Omega Guard serta Lecithin dan Dtx Complex yang membantu membakar lemak serta membantu penghadaman yang tersangkut.

Manakala Set Puasa Shaklee pula membantu memberi tenaga sepanjang hari dalam tempoh berpuasa. 

Jom, jangan lepaskan peluang Reset ni sebelum Puasa dan dapatkan Set Hello New You Kurus sebelum Raya atau Set Kurus Shaklee serta share result anda bersama saya.
Boleh hubungi saya melalui whatsapp di 012-2285924

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleePutrajaya
#shakleereadystockPutrajaya





Dapat Duit Raya Awal...Nikmatnya!

3.12.2023

 Seronoknya bila ada extra duit...boleh buat backup



Ramadhan dah hampir, semua orang sibuk membuat persiapan untuk menyambut puasa dan 
berhari raya. Saya fikir ramai yang sedang mengaru kepala memikiran perbelajaan yang akan dihadapi dua tiga bulan yang akan datang ini.

Alangkah seronoknya kalau raya kali ini dapat extra income untuk cover perbelanjaan raya. Setiap kali raya kita semua pasti akan menghadapi perbelanjaan yang besar. Malah ketika datang musim perayaan, ramai sedang mencari-cari tambahan kewangan, samaada mana nak buat loan atau pinjaman, korek tabung atau buat business kecil-kecilan seperti jual dipasar malam atau menjual kuih raya untuk mendapatkan instant money (fast cash).

KENAPA MESTI ADA EXTRA INCOME?

Sekarang ini, perbelanjaan sangat mahal terutama sekali barang keperluan harian. Belum libatkan lagi dengan barang kehendak kita. Terutama bila tiba musim perayaan, banyak perkara yang hendak dilakukan seperti beli baju raya, service kereta, tukar langsir, panggil orang cuci rumah dan macam-macam lagi. Persiapan dari segi persiapan diri, kereta, rumah dan kos perjalanan balik kampung semuanya adalah KOS. Kos ini bukan sahaja dirasai oleh yang sudah bekeluarga malah yang single pun affeted sama.  

SERONOKNYA BILA DAPAT DUIT RAYA AWAL...

Tahun ini, kita ada kebebasan beraya dibandingkan dua tahun lalu, kita terpaksa raya dirumah sebab PKP. Jadinya, ramailah excited nak balik kampung raya bersama keluarga tersayang. Seronoknya bila dapat duit raya awal bulan ni...macam-macam nak beli. Tapi sebenarnya... duit ni bukan musim perayaan je dapat awal. Shaklee bayar bonus setiap pertengahan bulan. Untungkan....

Antara perkara-perkara yang saya nak buat bila dapat duit raya awal ni...
  1. Saya nak rebutkan peluang sedekah sepanjang 10 akhir Ramadhan
  2. Bagi duit raya dekat mak dan ayah.
  3. Bagi duit raya awal dekat anak buah. Kebiasaannya saya selalu bagi duit raya bukan bulan Syawal tapi Ramadhan sebab nak rebutkan pahala.
  4. Nama pun perayaan, semestinya nak beli baju raya, kasut, tudung baru untuk raya
  5. Setiap kali duit masuk, semestinya Zakat perlu dibayar juga.
  6. Duit untuk  berjalan-jalan. 
Dan macam-macam lagi. Kalau nak letak listing pembelian in detail nanti xlarat nak baca. 

BAGAIMANA NAK DAPAT EXTRA INCOME DENGAN SHAKLEE?


Saya nak tanya pendapat anda, selalunya dalam musim perayaan ini, ramai orang buat perniagaan kecil-kecilan seperti jual kuih raya untuk dapatkan fast cash lebih berbaloi?

 ATAU

Anda mulakan perniagaan yang boleh dapatkan extra income setiap bulan? Yang mana lebih menarik?  

Disini saya nak kongsikan bagaimana anda boleh dapat extra income dengan Shaklee dan kelebihan menjadi ahli Shaklee seperti dibawah:-

  • Tidak perlu modal perniagaan yang besar
  • Tidak perlu simpan stock
  • Reward system yang menarik.
  • Plan marketing yang mudah diikuti.
Jom sertai saya untuk dapat duit raya awal dengan Shaklee. 
© MANA • Theme by Maira G.