Seronoknya Berniaga
6.17.2019
Dari hobi ke peluang perniagaan yang tidak disangka-sangka. Walaupun pulangan hanya RM10-00 nikmat berniaga tetap terasa KENAPA?
1. HASIL TITIK PELUH
Pastinya yang utama adalah hasil titik peluh. Setiapnya mengambil masa, tenaga, idea dan usaha kita sendiri. Siapa yang membenarkan ia? Pastinya diri sendiri. Apabila masa, tenaga, idea dan usaha kita lakukan, dengan pulangan yang kita terima, pastinya ia memberi sedikit kebahagiaan dihati. Baik apa jua perniagaan yang dilakukan.

2. IKHLAS
Apabila kita berniaga, pastinya ia datang dari keikhlasan. Tanpa keikhlasan, pastinya kita tidak akan buat sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh, betul tak? Dengan keikhlasan, pasti datangnya nikmat keseronokkan. Dari keseronokkan timbul kesyukuran. Dengan itu, kita akan terus berniaga baik untungnya kurang mahupun tinggi.
3. TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN
Apabila kita melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan dan apabila datang masa orang menolak, kita mula rasa kecewa dan patah semangat. Manakala apabila kita buat atas keinginan sendiri berkongsi dan memberi, pastinya kita akan terus berniaga tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Hari ini, atas urus niaga yang kecil, nikmatnya tidak terhingga dan hikmah disebalik duit RM10-00 saya yakin, semua orang mampu berniaga cuma TERBATASNYA KEJAYAAN DALAM SEBUAH PERNIAGAAN adalah pada diri kita sendiri kerana ia berdasarkan usaha yang kita usakahan ke arah kejayaan.
Sedikit coretan dari saya hari ini.