SLIDER

Doa yang Bagus untuk Wanita

8.16.2023

Bila bercakap tentang Doa. Banyak doa yang baik-baik untuk diamalkan. Kalau cari di google search tentang doa yang bagus untuk wanita ini, yang keluar mesti antaranya doa jodoh dan doa cantik rupa paras.

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA DIAMALKAN

Bagi saya antara amalan yang baik untuk diamalkan sebelum berdoa adalah dengan mulakan dengan Al-Fatihah.


Bagi saya Al-Fatihah ini adalah pembuka kepada segala doa. Sebaiknya amalkan 41x bacaan Al-Fatihah selepas solat fardhu dan doalah apa sahaja doa yang dihajati.

Antara doa yang bagus untuk kita selit dalam doa adalah

  1. Doa keampunan atas segala salah silap yang telah kita lakukan selama ini.
  2. Doa kepada kedua ibubapa kita, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, guru-guru serta seluruh muslimin dan muslimat.
  3. Doa ketetapan iman dan terangkan hati melihat kebenaran.
  4. Doa perlindungan daripada ancaman, bencana alam, niat jahat manusia dan musibah yang tidak diingini
  5. Doa untuk perlindungan hati daripada terjerumus perkara-perkara yang tidak baik
  6. dan paling utama, doalah untuk meminta agar sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Lastly, dalam doa mintalah segala-galanya yang terbaik untuk anda kerana doa itu adalah sebuah nikmat yang Allah turunkan kepada kita. Gunakanlah kehebatan doa kerana doa adalah sebaik-baik senjata bagi umat Islam untuk perlindungan diri dan meminta kepada Allah SWT. Kita adalah hambaNya yang kerdil malah tiada daya untuk melawan takdir yang Allah telah tetapkan kepada kita. 

Melalui doa jua, kita mampu merubah takdir kita. Semuanya dengan IzinNya.

Apa pun jua amalan, pastikanlah amalan itu dilakukan secara konsisten. Tiada doa yang khusus buat doa yang bagus untuk wanita tetapi berdoalah apa sahaja walaupun sekecil-kecil hajat. Begitulah coretan untuk kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Vitamin Untuk Wanita

Isu wanita adalah Hormon. Bila hormonnya tak menentu, pastinya effectnya terkesan pada emosi dan kesihatannya kerana ia sangat terkait antara satu sama lain.  Setiap peringkat umur seorang wanita itu memerlukan penekanan khusus dalam menjaga kesihatan wanita terutama bila usianya mencecah 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan keatas. Makin berusia, kenalah jaga lebih lagi kesihatan kita.

Hal ini pun tak terkecuali untuk saya. Memandangkan umur saya hampir ke 40-an, saya berazam untuk kurus dan sihat bila saya cecah 40 tahun, maka ikut target saya, saya ada masa 2 tahun untuk mencapai impian kesihatan saya.

Antara vitamin yang baik untuk wanita seperti saya dan anda adalah:-

1. Vita-Lize 



Vita-Lize sebelum ini dikenali sebagai Vita-Lea. Ia mengandungi asas keperluan nutrient yang lengkap untuk kesihatan diri secara optimum. Pengambilan 2 tablet sehari ia menyediakan 25 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan termasuk iron, vitamin C, B vitamins and folid asid. 

Seiiring dengan namanya Vita-Lize (Multimineral and Multivitamins), ia mengadungi pelbagai vitamin dan mineral seperti senarai dibawah.



2. Ostenutrix

Ostenutrix sangat baik untuk tulang. Tulang sangat penting bagi kaum hawa kerana setiap bulan, kita ada haid serta bagi yang bersalin, darah banyak keluar ketika melahirkan bayi. Ketika itu, calcium didalam badan turut sama keluar dan menyebabkan kekurangan calcium didalam badan.

Kekerapan haid setiap bulan menyebabkan kekurangan calcium dalam badan. Tanpa mengambil sebarang vitamin untuk menjagaan tulang untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan jelas terlihat pada lutut kita. Isu sakit lutut adalah risiko yang kita akan hadapi apabila kita mencecah usia 60-70an akibat daripada kerapuhan tulang akibat daripada kekurangan calcium.

3. Omega Guard

Omega Guard sangat penting untuk melawan inflammation. Inflammation terjadi akibat daripada keradangan yang berlaku didalam tubuh badan kita. Apabila kita tidak membendung keradangan didalam badan, ia akan terzahir pada kulit kita seperti jerawat, tompok-tompok merah, dan potensi kepada penyakit-penyakit merbahaya.


Malah, keradangan didalam badan juga mampu memberi kesan kepada kecergasan otak, sakit lutut, dan jantung. Maka, Omega Guard yang kaya dengan Omega 3 bertindak sebagai anti-inflammation membantu meredakkan keradangan didalam badan. Malah, keradangan didalam tubuh badan kita akan memberi kesan kepada wanita yang hamil serta bayi yang dikandung. Malah perlu diingat bahawa inflammation terjadi akibat daripada stress, kandungan gula yang tinggi dalam badan, kualiti tidur yang rendah serta kehidupan serta pemakanan yang tak seiimbang.


4. GLA

Tahukah GLA ini sangat penting untuk wanita. Bagi yang biasa dengan Evening Primerose, GLA berfungsi seperti EPO. Ia bagus untuk wanita yang masih ada haid serta yang tengah melalui proses menapause. GLA membantu membetulkan hormon didalam badan. Pengambilan Omega Guard serta GLA memberi synergy yang baik kerana Omega3 dan Omega 6 membantu memberi kesan kepada fungsi kognitif dan mengelakkan gangguan kognitif.  

Vitamin "V-O-O-G" untuk wanita adalah keperluan yang baik untuk wanita pada setiap peringkat umur.  Ini kerana, yang masih single perlukan tenaga untuk kekal aktif belajar serta bersukan, manakala untuk wanita yang telah berkahwin perlukan vitamin untuk kekal cergas dan bertenaga untuk mengurus hal anak-anak, keluarga dan rumah. Manakala bagi wanita yang lebih berusia seperti 60-70an, mereka ingin berasa keselesaan tubuh badan untuk melakukan aktiviti harian seperti beribadat, berjalan dan berkebun. Disini, kita boleh lihat pada setiap peringkat umur, wanita perlukan tenaga yang optimum untuk mejalani kehidupan harian mereka. 

Pengambilan vitamin untuk wanita sangat penting seawal remaja dan 20-an kerana pengambilan vitamin memerlukan jangka masa panjang untuk dapat melihat kesannya kepada tubuh badan anda. Kita wanita akan mengalami sisi perubahan hormon dari masa ke semasa baik dari sebelum kahwin, selepas berkahwin, tempoh menapause dan selepas menapause. 

Pada usia saya sekarang pun saya sudah boleh merasa perubahan yang berlaku pada tubuh badan sendiri. Sekiranya tiada persediaan untuk menjaga kesihatan saya, mungkin kesan kesakitan pada tubuh badan lebih teruk terasa berbanding dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. 

Maka, penjagaan kesihatan wanita sangat penting kerana apabila kita sihat, emosi kita akan stabil, kita berfikiran positif, kita gembira dan secara tak langsung akan memberi kesan kepada diri sendiri, ahli keluarga serta masyarakat sekeliling kita. 

Sekiranya anda ingin mula mengambil vitamin untuk kesihatan jangka masa panjang anda, vitamin diatas adalah vitamin saranan untuk vitamin wanita tetapi ia masih bergantung kepada budget yang anda miliki. Maka, anda boleh hubungi saya pada talian Whatsapp di 012-2285924.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleesahputrajaya

#pengedarsahshakleeputrajayareadystock

Coq10 dan Jantung Anda

8.08.2023

 

Bercerita tentang Coq10, semestinya kita tidak boleh lari dengan jantung. Pernah tak dengar bahawa Coq10 ini memberi perumpamaan seperti bateri kepada jantung anda?

Kalau pernah dengar, bagusla...dan soalan seterus saya.. adakah anda telah amalkan Coq10 dalam diet harian anda?

Kalau belum pernah dengar, saya cerita sedikit tentang Coq10 sebagai sesi sharing saya hari ini ya.

APA ITU COQ-TROL/ COQ10?

Coenzyme Q10 atau nama lain CoQ10 adalah nutrisi larut lemak (fat-soluble) yang wujud dalam setiap sel dalam tubuh badan kita. CoQ10 sangat penting untuk penghasilan tenaga dalam sel iaitu mitokondria (sel kuasa tenaga).  


UNTUK LEBIH MUDAH MEMAHAMI COQ10,

CoQ10 adalah kunci utama dalam penjanaan tenaga sel pada "mitocondria". Impak kepada kekurangan CoQ10 menyebabkan kurang efficient dalam penghasilan tenaga sel. 


TAHUKAH ANDA BAHAWA.. SEMAKIN KITA BERUSIA, PENURUNAN PENGHASILAN COQ10 TURUT SAMA MENURUN?


Tahukah anda bahawa penghasilan CoQ10 dalam badan makin menurun semakin kita berusia? Secara alami, kita makin meningkat usia dan semakin lama semakin lemah kita rasa. 

Cuba perhatikan tenaga kanak-kanak dan tenaga warga emas, berbeza bukan. Tidak dinafikan saya yang dalam 30-40an ini, tenaga yang saya rasa berbeza dengan tenaga yang saya rasakan semasa saya berada dalam prime time umur 20-30tahun.  

Seiiring dengan gambar diatas, begitulah graf penurunan organ badan kita. Organ ini sesuatu yang kita tidak boleh nampak seperti mana kita nampak diri kita sendiri. Disini, kajian menunjukkan bahawa, kekurangan CoQ10 didalam badan memberi impak kepada organ-organ utama terutamanya hati, jantung, buah pinggang, dan paru-paru. Ini adalah gambaran penurunan yang ketara dan antara yang jelas ternampak pada lahiriah adalah anda berasa cepat lesu dan letih.

Kenapa 4 organ ini menjadi kajian, sebabnya..4 organ ini yang "bekerja keras" lebih daripada organ lain dan antara organ yang berkerja 24jam tanpa cuti.


PERKAITAN COQ10 DAN JANTUNG ANDA



Ini kerana CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana paling banyak tenaga diperlukan oleh badan.

Tahukah anda, ada sebilangan sel-tisu dan organ masih boleh berfungsi seperti biasa walaupun kekurangan Coq10 dalam badan tetapi ada juga yang terlebih sensitif dengan kekurangan Coq10 dalam badan dan bahagian yang paling sensitif adalah SEL DIDALAM JANTUNG.

Kekurangan Coq10 didalam Jantung akan memberi kesan kepada kesihatan kita yang ketara seperti Heart failure, high blood pressure, irregular heartbeat. 


Dahulu, ianya Coq10 dan kini dikenali sbg CoQ-trol Plus



Kepentingan CoQ-trol Plus sangat penting untuk kesihatan kita terutamanya jantung kita. Sayangi jantung anda dengan berikan nutrisi yang baik supaya ia boleh berfungsi secara optimum. 

Berikan yang terbaik untuk diri anda. Kesihatan itu mahal sekira kita tidak menjaganya dari awal. 

Sekiranya anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang CoQ-trol, anda boleh hubungi saya di 012-2285924. 



#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarsahshakleeputrajaya

#pengedarsahshakleeputrajayareadystock




Kenali Vitamin E

CONVERSATION DI KEDAI SAYUR,

ME: Boss,  saya mau order  1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.

TAUKE KEDAI : Lu, mau buat apa banyak-banyak ini?

ME : Saya mau makan utuk dapat Vitamin E, boss!

TAUKE KEDAI : Aiyaaaa... lu gila ka mau makan mcm mn itu? ada banyak lagi cara lain loooo... Lu, cari la vitamin manyak jual loo.... lu pilih saja apa brand you suka daripada lu makan mcm tu hari-hari. 

ME : Hmm.. mana mau cari tauke...

TAUKE KEDAI : Adaaaa.... itu... yang famous itu...

- The End- 



TAHU TAK?

400IU Vitamin E adalah keperluan yang perlu dimabil untuk memastikan kandungan IU yang mencukupi untuk melawan radikal bebas?

Radikal bebas ini, 

  1. Pemusnah sel, 90% punca masalah kesihatan
  2. Punca datang dari - pencemaran udara, pemakanan, stress dan sinaran radiasi.
Antara soalan-soalan yang boleh kita perhatikan dan fikirkan untuk kebaikan diri sendiri,
  1. Adakah anda pasti bahawa badan anda bebas dari radikal bebas?
  2. Adakah anda yakin, makanan-makanan yang dibeli di pasaraya mahupun pasar bebas dari racun?
  3. Bila makan dikedai, adakah mereka menyediakan makanan yang berkualiti dari segi bahan-bahan serta penyediaannya?
  4. Adakah makanan yang viral yang anda cuba itu semuanya tidak memberi kesan kepada tubuh serta sistem organ anda?

ANTARA MASALAH KESIHATAN AKIBAT SERANGAN RADIKAL BEBAS (POTENTIAL)
  • Arteriosclerosis (saluran darah menjadi keas)
  • Cancer & Leukemia
  • Stroke
  • Coronary Heart Disease (Serangan Jantung)
  • DIabetes
  • Facial lines, freckles, age spots
  • Rheumatoid arthritis
  • Collagen disease
  • Sunburns
  • Penyakit kulit
  • Radang buah pinggang

KELEBIHAN VITAMIN E PADA DIRI KITA
  1. MELINDUNGI JANTUNG
  2. TINGKATKAN KEMAMPUAN REPRODUKSI
  3. ANTI-PENUAAN
  4. ANTI-OKSIDAN YANG KUAT
  5. KELESTARIAN TENAGA
  6. PERBAIKI ARTHRITIS
  7. MENGHALANG KEGUGURAN : 
  8. MEMPERBAIKI PARUT 

APA PERBEZAAN VITAMIN E YANG ADA PADA SHAKLEE


  1. Ia menggunakkan vitamin E yang asli (d-alfa) bukan sintetik (l-alfa)
  2. Sumber yang semulajadi lebih aktif secara biologi berbanding sintetik
  3. Daripada sumber kacang soya
  4. Vitamin E tiada kesan sampingan berbanding Vitamin A yang berlebihan mampu mejadi toksik
  5. Mempunyai Selenium. Selenium ini berfungsi membantu tubuh menyerap Vitamin E (kuasa synergy) untuk memelihara membran sel, sel darah merah, tisu otot, saraf sert DNA. Ia juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium, and melindungi retina.
  6. Satu kapsul Vitamin E mempunyai 400IU serta membekalkan jumlah Vitamin E seperti terdapat dalam
      • 40 hidangan (1 auns) buah badam semulajadi
      • 28 hidangan (2 sudu makan) minyak bunga merah
      • 24 hidangan (1 sudu makan) mayonis


KESAN KEKURANGAN VITAMIN E DI DALAM BADAN, MEH KITA KENALI,

  1. Ataksia : iaitu ganguan koordinasi otot akibt masalah pada otak kerana kekurangan Vitamin E dapat merosakkan saraf otak
  2. Lemah Lutut : Vitamin E sangat penting bagi sistem saraf pusat kerana ia mengatur sebahagian besar fungsi tubuh dan fikiran.
  3. Sistem imunisasi badan. Vitamin E bersifat anti-oksidan, maka kekurangan vitamin E dalam badan dapat menurunkan fungsi sel pada sistem imun termasuk sel penglihatan mata, sel yang menghantar signal kepada otot.
Disini, adalah penting pengambilan Vitamin E dalam kehidupan seharian. Malah pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin E adalah sebaiknya disertakan dengan Vitamin A&C untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

Sekiranya anda memerlukan Vitamin E untuk kesihatan harian diri serta keluarga anda, anda boleh hubungi saya di 012-2285924.

Yang utama... ADALAH, KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA ANDA.


#nextlevelblogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleeputrajaya
#pengedarsahshakleeputrajayareadystock


© MANA • Theme by Maira G.