SLIDER

Kepentingan Manjaga Mata

12.09.2023

Mata kita adalah tingkap kepada dunia, dan menjaga kesejahteraan mereka adalah penting untuk kehidupan yang bertenaga dan memuaskan.



Bila usia muda remaja, kita berhadapan dengan rabun jauh manakala bila usia mula mencecah 40 tahun, kita juga berdean dengan rabun dekat. Malah dengan zaman sekarang ini hampir setiap hari kita on screen boleh menyebabkan mata jadi letih dan kabur. 

Tahukah anda?

Rabun mata ini juga adalah masalah genetik? Anak buah saya pergi pemeriksaan mata dan optematry menyatakan bahawa sekiranya ibubapa mempunyai sejarah pemakaian cermin mata/ masalah mata, anak-anak mereka ada potensi sebanyak 37% akan memakai cermin mata. Tetapi bukan itu sahaja, banyak perkara yang boleh mempergaruhi selain daripada genetik, ia juga dipengaruhi oleh umur dan persekitaran.



Mata juga bagi signal pada kita bila tubuh badan ada masalah dan mata adalah satu-satunya anugerah Allah yang tidak boleh diganti. Jadinya, bila mata memberi signal pada kita, erehat sebentar dari aktivit kerja kita dan pajamkan mata sebentar untuk rehat. Seperti saya sendiri, bila terlalu banyak masa menhadap screen computer ataupun telefon, mata mula jadi kering dan stress. 



Syukurlah, terdapat cara untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan mata, dan satu jalan yang menjanjikan adalah melalui makanan tambahan. 2 jenis penjagaan perlu dititik beratkan iaitu internal dan external care.

1. Internal Care

  • Caratomax mempunyai karotenoid untuk Kesihatan Mata.

          Karotenoid, seperti lutein dan zeaxanthin, adalah antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan     dan sayur-sayuran tertentu. Sebatian ini terdapat dalam kepekatan tinggi dalam retina dan dianggap memainkan peranan perlindungan terhadap degenerasi makula berkaitan usia (AMD) dan keadaan mata yang lain.

  • B-Complex dan kaitannya dengan mata.

Vitamin B, termasuk B6, B9 (folid acid), dan B12, memainkan pelbagai peranan dalam mengekalkan kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan mata terutamanya saraf pada bahagian mata. Vitamin B terlibat dalam metabolisme homocysteine, dan tahap homocysteine yang tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan risiko AMD.

2. External Care

  • Pastikan kerap letak artificial eye drop pada mata  bagi mengurangkan stress pada mata. Terdapat 2 jenis eye drop iaitu dalam bentuk botol 15ml ataupun 0.7ml (pek kecil untuk harian). 
  • Pastikan selang 30 minit, rehatkan mata sebentar dari screen dengan lihat tumbuh-tumbuhan hijau atau tutup mata sebentar.
  • Kerap buat check up untuk pastikan kita boleh monitor kondisi mata kita yang sebenar.

Semasa kita melayari dunia moden, jangan terlepas pandang tentang kesejahteraan mata kita. Mengambil langkah proaktif, termasuk penggunaan suplemen, boleh menyumbang kepada kesihatan mata yang berkekalan. 


Set Mengandung Shaklee

9.14.2023

Seiring dengan promosi pada bulan September ini, terdapat dua jenis promosi sempena Shaklee MAMA iaitu Set PreNatal dan PostNatal Mama Wellness. Kali ini ada sedikit kelainan untuk Shaklee Mama dimana, set Shaklee kini disertakan bersama essential oil, mandian serta kebersihan wanita.


1. SET PRENATAL MAMA WELLNESS

Tenaga tambahan, blok binaan, dan sokongan pada peringkat sel diperlukan untuk kehamilan berjaya. Pengambilan nutrisi semasa kehamilan, gaya hidup, dan status kesihatan bakal ibu boleh mempengaruhi berat bayi semasa lahir, kadar tumbesaran selepas lahir, dan kesihatan yang berpanjangan. Oleh itu, adalah penting untuk membuat pilihan yang memastikan anda mendapat nutrisi yang betul sepanjang tiga trimester kehamilan. Walaupun semua nutrien adalah penting untuk kehamilan yang sihat, terdapat beberapa vitamin dan mineral yang sangat penting untuk pertumbuhan anak anda.


Dalam set Prenatal Mama Wellness terdiri daripada ESP, B-Complex, Vita-Lize, Ostenutrix serta essential oil


Setiap vitamin yang disarankan membantu memberi khasiat kepada si ibu malah kepada bayi dalam kandungan juga. Tahukah kesan kepada ibu mengandung tidak mengambil calcium yang cukup, bayi dalam kandungan akan serap calcium dari tulang ibu dan memberi kesan kepada ibu itu sendiri iaitu bone mass akan berkurangan. Vitamin B bukan sahaja memberi tenaga kepada ibu manakala Vitamin B juga membantu support nervous system untuk otak bayi juga. Manakala, Vita-Lize pula membantu optimum absoption folid acid kepada tubuh badan kita.

Terdapat dua jenis essential oil dalam set ini Smooth Tummy Oil dan Relaxing Magnesium Oil.

Smooth tummy oil mengandungi virgin coconut oil, tebu dan Bentong halia membantu mengurangkan kesan selulit, melancarkan peredaran darah serta meransang penghasilan kolagen bagi meningkatkan keanjalan kulit.


Kelebihan Relaxing Magnesium Gel mempunyai pati lavender, Bentong Ginger serta minyak magnesium

- membantu mencegah kekejangan otot

- membantu ibu mengandung mendapatkan kualiti tidur yang baik 

-  membantu mengurangkan tahap tekanan.



2. SET POSTNATAL MAMA WELLNESS

Ibu menyusu memerlukan semua vitamin penting untuk menyediakan badan mereka dengan nutrisi. Ini akan meningkatkan kualiti susu ibu dan memastikan ibu kekal sihat untuk memikul tanggungjawab baru mereka. Oleh itu, semasa tempoh sukar ini, jangan abaikan kuasa vitamin. Susu ibu mengandungi banyak nutrien berkhasiat dan sebatian pelindung yang akan membantu bayi kekal sihat, berkembang dan berkembang. Banyak perkara diperlukan daripada ibu untuk menghasilkan susu. Menghasilkan "cecair emas" ini memerlukan banyak tenaga ibu. Untuk membantu menghasilkan susu ibu, adalah penting untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien dan berkhasiat. Selain itu, makan makanan yang sihat selepas bersalin boleh membantu anda berasa lebih sihat dan segar dari segi mental dan fizikal, dan siapa yang tidak mahukannya?

Mana bagi Set Postnatal Mama Wellness mempunyai ESP, Alfalfa, Omega Guard, Ostenutrix serta mandian untuk memberi kesegaran kepada ibu selepas bersalin. 

Alfafa

  • membantu meransang penghasilan susu 
  • membantu menyokong proses penyembuhan lebih baik
  • membantu mengawal atur pergerakkan usus

Omega Guard

  • Sangat penting buat perkembangan penglihatan bayi
  • mengawal atur emosi ibu 

Ostenutrix

  • membantu pertumbuhan dan perkembangan tualng bayi
  • membantu mengurangkan risiko osteporosis pada ibu yang menyusu. 
  • Tahukah bahawa kesan fizikal kepada bayi apabila kurang supply calcium kepada mereka, gigi mudah patah.

dan Embun Feminine Herbal Wash dan Warming Herbal Wash.

Kebiasaan selepas bersalin, adalah sesi penjagaan diri. Embun untuk set post natal menyediakan bahan mandian buat ibu-ibu yang selepas bersalin. 

Herbal Wash

- Membantu untuk pemulihan kesihatan faraj

- membantu mengurangkan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim serta membantu mengecutkan tisu bahagian kemaluan.

Warming Herbal Bath

- membantu melancarkan peredaran darah.

- meredakan otaot dan sakit sendi

- memanaskan badan seperti mana sesi bertangas 





Perbezaan kali ini untuk Set Mama Wellness, kali ini Shaklee sertakan preparation inner and outer care dengan kolaborasi bersama Tanamera yang dikenali sebagai Embun buat ibu yang mengandung serta yang menyusu seperti yang diterangkan diatas. Embun ini adalah pelengkap kepada set penyusuan dan set mengandung kepada seluruh mama. Embun hanya boleh didapati melalui set Set PreNatal dan PostNatal Mama Wellness kerana formulasi Embun ini dipaten exclusively untuk Shaklee dan tidak akan diual secara berasingan. 


Kolaborasi ini seiring dengan falsafah yang dipegang oleh Shaklee iaitu sains, herba dan extract tumbuhan. Perbezaan Embun dengan produk lain Tanamera adalah bahan yang terdapat didalam produk Embun itu sendiri. Antara bahan yang terdapat didalam 

+ Bentong Ginger. Bentong ginger dipilih kerana bioactive yang terdapat pada bentong ginger untuk digunakan

+ Virgin Coconut Oil. Berfungsi membantu mengurangkan kegatalan, kurangkan sweeling, anti-inflammation.

+ Sugarcane. Membantu mengelakkan daripada kulit kering.


Pengunaan kedua set Set PreNatal dan PostNatal Mama Wellness buat wanita mengandung serta selepas bersalin dari segi supplement membantu si ibu untuk berasa lebih sihat serta membantu si ibu memberi nutrient yang cukup untuk tumbesaran bayi. Manakala dari segi luaran, Embun membantu si ibu untuk berada dalam keadaan tenang dari segi emosi dan kesegaran secara fizikal melalui essential oil serta mandian sepanjang tempoh mengandung dan selepas bersalin. 


Maka, set mengandung Shaklee kini fokus untuk memberikan kegembiraan kepada wanita mengandung agar dapat menjalani fasa-fasa mengandung dengan tenang dan menikmati pengalaman indah semasa tempoh mengandung sebagai seorang ibu dengan bahagia. 

Bagi suami-suami yang ingin memastikan kebahagiaan para isteri, boleh juga anda belikan set ini kepada isteri anda sebagai hadiah dan menjaga kebajikan kesihatan mereka. Sekiranya berminat, anda boleh hubungi saya untuk Set Mengandung Shaklee di talian 012-2285924.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023


Fasa Wanita Mengandung dan Keperluan Menanganinya

9.13.2023

Baru-baru ini saya attend zoom meeting berkenaan Program baru serta tawaran yang melibatkan wanita mengadung. Melalui perkongsian yang diadakan di dalam zoom tersebut memberi sedikit sebanyak informasi berkaitan wanita mengandung. 


Impian setiap pasangan adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri rumahtangga dan pelengkap sebuah makna keluarga. Kini, ramai telah ada awareness tentang menjaga kesihatan pada peringkat awal sebelum perkahwinan dengan menjaga pemakanan mereka serta perancangan untuk mengandung. 


CABARAN DALAM FASA MENGANDUNG


Ketika wanita mengandung sepanjang tempoh sembilan bulan ini, kebiasaannya mereka akan berdepan dengan morning sickness, heartburn, sembelit, cepat letih, cramp kaki waktu malam. Semua ini adalah normal akibat daripada perubahan hormon wanita dan juga perubahan fizikal mereka. 

Fasa wanita mengandung terbahagi kepada 3 trimester iaitu 1 trimester (1-3 bulan), 2nd trimester (4-6 bulan) akhir sekali 3rd trimester (7-9 bulan). Setiap fasa wanita mengandung ini bergantung juga kepada si ibu kerana ada kalanya, si ibu mengalami morning sickness yang berpanjangan sehingga masuk ke 3 trimester (7-9 bulan) dan ada juga yang berbeza. Tetapi ditekankan disini, bahawa, diatas adalah simptom-simptom yang kebiasaannya yang dijangka akan berlaku sepanjang tempoh pregnancy (mengandung). 

TIPS UNTUK MENANAGINYA:



1. Morning Sickness
  • Makan dengan kerap dan juga pastikan pengambilan makanan yang bersize kecil
  • Sebaiknya elakkan fatty food, fast food dan juga makanan pedas serta bergoreng
  • perbanyakkan pengambilan vitamin B6 untuk mengelakkan mabuk/loya sepanjang tempoh mengandung.
2. Cepat Rasa Letih
  • Pastikan ambil nap dipagi hari. Bagi yang bekerja waktu lunch time adalah sebaiknya nap sebentar sebelum makan tengah hari
  • Pastikan tidur awal supaya badan lebih cergas untuk bekerja esoknya, jangan biasakan tidur lewat malam
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergula tinggi
  • Jangan tinggal vitamin/supplement seperti vitamin B, iron serta protein dalam aktiviti harian kerana Vitamin B akan menukarkan makanan kepada tenaga dan memberi tenaga kepada ibu mengandung untuk kekal aktive. Manakala kepetingan iron pula bagus intuk membantu serta menyokong menghasilkan lebih banyak produksi sel darah merah serta Protein yang baik bukan sahaja buat ibu mengandung malah untuk pembentukkan bayi.
3. Kaki Kebas especially waktu malam
  • Elakkan berdiri atau duduk sepanjang masa dalam tempoh yang lama. Biasalah bila badan berat, kita berpotensi duduk lebih masa
  • Pastikan buat simple streching sebelum tidur untuk pastikan muscle kita rilex
  • Bila masuk certain trimester, tinggikan kaki sedikit dari badan supaya mengelakkan water retention especially hujung-hujung trimester.
  • Massage kaki dengan magensium oil bila cramp
  • Ambil vitamin calcium dan magnesium dalam diet seharian.
4. Sakit Belakang (Back Pain)
  • Kerapkan buat simple lower back strechting. Bila berbadan dua, pasti lenguh dibahagian lower back.
  • Pakai kasut yang baik. Invest kepada kasut yang support good arch supaya ia mampu mengurangkan sakit belakang
  • Guna support pillow atau pregnancy pillow untuk support keselesan ketika berehat. 
  • Pengambilan Omega3 membantu mengurangkan keradangan serta juga calcium bagi membantu menguatkan tulang.
Kesimpulannya, ada banyak perkara yang perlu diketahui bagi wanita mengandung untuk mengatasi cabaran yang bakal dihadapi sepanjang tempoh mengandung. Pengambilan makanan yang sihat, lifestyle yang baik, serta disupport dengan supplement serta vitamin yang berkualiti tinggi membantu kedua-dua wanita mengandung serta tumbesaran bayi dalam kandungan. Semestinya tempoh ini, doktor sendiri pun akan beri supplement seperti acid folid, b complex dan omega semasa sesi pemeriksaan kandungan bayi. 

Seterusnya, entri saya akan saya sambung tentang  keperluan pemakanan oleh wanita mengandung sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas mengandung. Nantikan...

Sambil-sambil itu, boleh layari website Shaklee MAMA



#nextlevelblogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarsahshakleeputrajaya

Doa yang Bagus untuk Wanita

8.16.2023

Bila bercakap tentang Doa. Banyak doa yang baik-baik untuk diamalkan. Kalau cari di google search tentang doa yang bagus untuk wanita ini, yang keluar mesti antaranya doa jodoh dan doa cantik rupa paras.

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA DIAMALKAN

Bagi saya antara amalan yang baik untuk diamalkan sebelum berdoa adalah dengan mulakan dengan Al-Fatihah.


Bagi saya Al-Fatihah ini adalah pembuka kepada segala doa. Sebaiknya amalkan 41x bacaan Al-Fatihah selepas solat fardhu dan doalah apa sahaja doa yang dihajati.

Antara doa yang bagus untuk kita selit dalam doa adalah

  1. Doa keampunan atas segala salah silap yang telah kita lakukan selama ini.
  2. Doa kepada kedua ibubapa kita, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, guru-guru serta seluruh muslimin dan muslimat.
  3. Doa ketetapan iman dan terangkan hati melihat kebenaran.
  4. Doa perlindungan daripada ancaman, bencana alam, niat jahat manusia dan musibah yang tidak diingini
  5. Doa untuk perlindungan hati daripada terjerumus perkara-perkara yang tidak baik
  6. dan paling utama, doalah untuk meminta agar sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Lastly, dalam doa mintalah segala-galanya yang terbaik untuk anda kerana doa itu adalah sebuah nikmat yang Allah turunkan kepada kita. Gunakanlah kehebatan doa kerana doa adalah sebaik-baik senjata bagi umat Islam untuk perlindungan diri dan meminta kepada Allah SWT. Kita adalah hambaNya yang kerdil malah tiada daya untuk melawan takdir yang Allah telah tetapkan kepada kita. 

Melalui doa jua, kita mampu merubah takdir kita. Semuanya dengan IzinNya.

Apa pun jua amalan, pastikanlah amalan itu dilakukan secara konsisten. Tiada doa yang khusus buat doa yang bagus untuk wanita tetapi berdoalah apa sahaja walaupun sekecil-kecil hajat. Begitulah coretan untuk kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Vitamin Untuk Wanita

Isu wanita adalah Hormon. Bila hormonnya tak menentu, pastinya effectnya terkesan pada emosi dan kesihatannya kerana ia sangat terkait antara satu sama lain.  Setiap peringkat umur seorang wanita itu memerlukan penekanan khusus dalam menjaga kesihatan wanita terutama bila usianya mencecah 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan keatas. Makin berusia, kenalah jaga lebih lagi kesihatan kita.

Hal ini pun tak terkecuali untuk saya. Memandangkan umur saya hampir ke 40-an, saya berazam untuk kurus dan sihat bila saya cecah 40 tahun, maka ikut target saya, saya ada masa 2 tahun untuk mencapai impian kesihatan saya.

Antara vitamin yang baik untuk wanita seperti saya dan anda adalah:-

1. Vita-Lize 



Vita-Lize sebelum ini dikenali sebagai Vita-Lea. Ia mengandungi asas keperluan nutrient yang lengkap untuk kesihatan diri secara optimum. Pengambilan 2 tablet sehari ia menyediakan 25 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan termasuk iron, vitamin C, B vitamins and folid asid. 

Seiiring dengan namanya Vita-Lize (Multimineral and Multivitamins), ia mengadungi pelbagai vitamin dan mineral seperti senarai dibawah.



2. Ostenutrix

Ostenutrix sangat baik untuk tulang. Tulang sangat penting bagi kaum hawa kerana setiap bulan, kita ada haid serta bagi yang bersalin, darah banyak keluar ketika melahirkan bayi. Ketika itu, calcium didalam badan turut sama keluar dan menyebabkan kekurangan calcium didalam badan.

Kekerapan haid setiap bulan menyebabkan kekurangan calcium dalam badan. Tanpa mengambil sebarang vitamin untuk menjagaan tulang untuk jangka masa panjang, akan menyebabkan jelas terlihat pada lutut kita. Isu sakit lutut adalah risiko yang kita akan hadapi apabila kita mencecah usia 60-70an akibat daripada kerapuhan tulang akibat daripada kekurangan calcium.

3. Omega Guard

Omega Guard sangat penting untuk melawan inflammation. Inflammation terjadi akibat daripada keradangan yang berlaku didalam tubuh badan kita. Apabila kita tidak membendung keradangan didalam badan, ia akan terzahir pada kulit kita seperti jerawat, tompok-tompok merah, dan potensi kepada penyakit-penyakit merbahaya.


Malah, keradangan didalam badan juga mampu memberi kesan kepada kecergasan otak, sakit lutut, dan jantung. Maka, Omega Guard yang kaya dengan Omega 3 bertindak sebagai anti-inflammation membantu meredakkan keradangan didalam badan. Malah, keradangan didalam tubuh badan kita akan memberi kesan kepada wanita yang hamil serta bayi yang dikandung. Malah perlu diingat bahawa inflammation terjadi akibat daripada stress, kandungan gula yang tinggi dalam badan, kualiti tidur yang rendah serta kehidupan serta pemakanan yang tak seiimbang.


4. GLA

Tahukah GLA ini sangat penting untuk wanita. Bagi yang biasa dengan Evening Primerose, GLA berfungsi seperti EPO. Ia bagus untuk wanita yang masih ada haid serta yang tengah melalui proses menapause. GLA membantu membetulkan hormon didalam badan. Pengambilan Omega Guard serta GLA memberi synergy yang baik kerana Omega3 dan Omega 6 membantu memberi kesan kepada fungsi kognitif dan mengelakkan gangguan kognitif.  

Vitamin "V-O-O-G" untuk wanita adalah keperluan yang baik untuk wanita pada setiap peringkat umur.  Ini kerana, yang masih single perlukan tenaga untuk kekal aktif belajar serta bersukan, manakala untuk wanita yang telah berkahwin perlukan vitamin untuk kekal cergas dan bertenaga untuk mengurus hal anak-anak, keluarga dan rumah. Manakala bagi wanita yang lebih berusia seperti 60-70an, mereka ingin berasa keselesaan tubuh badan untuk melakukan aktiviti harian seperti beribadat, berjalan dan berkebun. Disini, kita boleh lihat pada setiap peringkat umur, wanita perlukan tenaga yang optimum untuk mejalani kehidupan harian mereka. 

Pengambilan vitamin untuk wanita sangat penting seawal remaja dan 20-an kerana pengambilan vitamin memerlukan jangka masa panjang untuk dapat melihat kesannya kepada tubuh badan anda. Kita wanita akan mengalami sisi perubahan hormon dari masa ke semasa baik dari sebelum kahwin, selepas berkahwin, tempoh menapause dan selepas menapause. 

Pada usia saya sekarang pun saya sudah boleh merasa perubahan yang berlaku pada tubuh badan sendiri. Sekiranya tiada persediaan untuk menjaga kesihatan saya, mungkin kesan kesakitan pada tubuh badan lebih teruk terasa berbanding dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. 

Maka, penjagaan kesihatan wanita sangat penting kerana apabila kita sihat, emosi kita akan stabil, kita berfikiran positif, kita gembira dan secara tak langsung akan memberi kesan kepada diri sendiri, ahli keluarga serta masyarakat sekeliling kita. 

Sekiranya anda ingin mula mengambil vitamin untuk kesihatan jangka masa panjang anda, vitamin diatas adalah vitamin saranan untuk vitamin wanita tetapi ia masih bergantung kepada budget yang anda miliki. Maka, anda boleh hubungi saya pada talian Whatsapp di 012-2285924.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleesahputrajaya

#pengedarsahshakleeputrajayareadystock

Coq10 dan Jantung Anda

8.08.2023

 

Bercerita tentang Coq10, semestinya kita tidak boleh lari dengan jantung. Pernah tak dengar bahawa Coq10 ini memberi perumpamaan seperti bateri kepada jantung anda?

Kalau pernah dengar, bagusla...dan soalan seterus saya.. adakah anda telah amalkan Coq10 dalam diet harian anda?

Kalau belum pernah dengar, saya cerita sedikit tentang Coq10 sebagai sesi sharing saya hari ini ya.

APA ITU COQ-TROL/ COQ10?

Coenzyme Q10 atau nama lain CoQ10 adalah nutrisi larut lemak (fat-soluble) yang wujud dalam setiap sel dalam tubuh badan kita. CoQ10 sangat penting untuk penghasilan tenaga dalam sel iaitu mitokondria (sel kuasa tenaga).  


UNTUK LEBIH MUDAH MEMAHAMI COQ10,

CoQ10 adalah kunci utama dalam penjanaan tenaga sel pada "mitocondria". Impak kepada kekurangan CoQ10 menyebabkan kurang efficient dalam penghasilan tenaga sel. 


TAHUKAH ANDA BAHAWA.. SEMAKIN KITA BERUSIA, PENURUNAN PENGHASILAN COQ10 TURUT SAMA MENURUN?


Tahukah anda bahawa penghasilan CoQ10 dalam badan makin menurun semakin kita berusia? Secara alami, kita makin meningkat usia dan semakin lama semakin lemah kita rasa. 

Cuba perhatikan tenaga kanak-kanak dan tenaga warga emas, berbeza bukan. Tidak dinafikan saya yang dalam 30-40an ini, tenaga yang saya rasa berbeza dengan tenaga yang saya rasakan semasa saya berada dalam prime time umur 20-30tahun.  

Seiiring dengan gambar diatas, begitulah graf penurunan organ badan kita. Organ ini sesuatu yang kita tidak boleh nampak seperti mana kita nampak diri kita sendiri. Disini, kajian menunjukkan bahawa, kekurangan CoQ10 didalam badan memberi impak kepada organ-organ utama terutamanya hati, jantung, buah pinggang, dan paru-paru. Ini adalah gambaran penurunan yang ketara dan antara yang jelas ternampak pada lahiriah adalah anda berasa cepat lesu dan letih.

Kenapa 4 organ ini menjadi kajian, sebabnya..4 organ ini yang "bekerja keras" lebih daripada organ lain dan antara organ yang berkerja 24jam tanpa cuti.


PERKAITAN COQ10 DAN JANTUNG ANDA



Ini kerana CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana paling banyak tenaga diperlukan oleh badan.

Tahukah anda, ada sebilangan sel-tisu dan organ masih boleh berfungsi seperti biasa walaupun kekurangan Coq10 dalam badan tetapi ada juga yang terlebih sensitif dengan kekurangan Coq10 dalam badan dan bahagian yang paling sensitif adalah SEL DIDALAM JANTUNG.

Kekurangan Coq10 didalam Jantung akan memberi kesan kepada kesihatan kita yang ketara seperti Heart failure, high blood pressure, irregular heartbeat. 


Dahulu, ianya Coq10 dan kini dikenali sbg CoQ-trol Plus



Kepentingan CoQ-trol Plus sangat penting untuk kesihatan kita terutamanya jantung kita. Sayangi jantung anda dengan berikan nutrisi yang baik supaya ia boleh berfungsi secara optimum. 

Berikan yang terbaik untuk diri anda. Kesihatan itu mahal sekira kita tidak menjaganya dari awal. 

Sekiranya anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang CoQ-trol, anda boleh hubungi saya di 012-2285924. 



#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarsahshakleeputrajaya

#pengedarsahshakleeputrajayareadystock




Kenali Vitamin E

CONVERSATION DI KEDAI SAYUR,

ME: Boss,  saya mau order  1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.

TAUKE KEDAI : Lu, mau buat apa banyak-banyak ini?

ME : Saya mau makan utuk dapat Vitamin E, boss!

TAUKE KEDAI : Aiyaaaa... lu gila ka mau makan mcm mn itu? ada banyak lagi cara lain loooo... Lu, cari la vitamin manyak jual loo.... lu pilih saja apa brand you suka daripada lu makan mcm tu hari-hari. 

ME : Hmm.. mana mau cari tauke...

TAUKE KEDAI : Adaaaa.... itu... yang famous itu...

- The End- 



TAHU TAK?

400IU Vitamin E adalah keperluan yang perlu dimabil untuk memastikan kandungan IU yang mencukupi untuk melawan radikal bebas?

Radikal bebas ini, 

  1. Pemusnah sel, 90% punca masalah kesihatan
  2. Punca datang dari - pencemaran udara, pemakanan, stress dan sinaran radiasi.
Antara soalan-soalan yang boleh kita perhatikan dan fikirkan untuk kebaikan diri sendiri,
  1. Adakah anda pasti bahawa badan anda bebas dari radikal bebas?
  2. Adakah anda yakin, makanan-makanan yang dibeli di pasaraya mahupun pasar bebas dari racun?
  3. Bila makan dikedai, adakah mereka menyediakan makanan yang berkualiti dari segi bahan-bahan serta penyediaannya?
  4. Adakah makanan yang viral yang anda cuba itu semuanya tidak memberi kesan kepada tubuh serta sistem organ anda?

ANTARA MASALAH KESIHATAN AKIBAT SERANGAN RADIKAL BEBAS (POTENTIAL)
  • Arteriosclerosis (saluran darah menjadi keas)
  • Cancer & Leukemia
  • Stroke
  • Coronary Heart Disease (Serangan Jantung)
  • DIabetes
  • Facial lines, freckles, age spots
  • Rheumatoid arthritis
  • Collagen disease
  • Sunburns
  • Penyakit kulit
  • Radang buah pinggang

KELEBIHAN VITAMIN E PADA DIRI KITA
  1. MELINDUNGI JANTUNG
  2. TINGKATKAN KEMAMPUAN REPRODUKSI
  3. ANTI-PENUAAN
  4. ANTI-OKSIDAN YANG KUAT
  5. KELESTARIAN TENAGA
  6. PERBAIKI ARTHRITIS
  7. MENGHALANG KEGUGURAN : 
  8. MEMPERBAIKI PARUT 

APA PERBEZAAN VITAMIN E YANG ADA PADA SHAKLEE


  1. Ia menggunakkan vitamin E yang asli (d-alfa) bukan sintetik (l-alfa)
  2. Sumber yang semulajadi lebih aktif secara biologi berbanding sintetik
  3. Daripada sumber kacang soya
  4. Vitamin E tiada kesan sampingan berbanding Vitamin A yang berlebihan mampu mejadi toksik
  5. Mempunyai Selenium. Selenium ini berfungsi membantu tubuh menyerap Vitamin E (kuasa synergy) untuk memelihara membran sel, sel darah merah, tisu otot, saraf sert DNA. Ia juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium, and melindungi retina.
  6. Satu kapsul Vitamin E mempunyai 400IU serta membekalkan jumlah Vitamin E seperti terdapat dalam
      • 40 hidangan (1 auns) buah badam semulajadi
      • 28 hidangan (2 sudu makan) minyak bunga merah
      • 24 hidangan (1 sudu makan) mayonis


KESAN KEKURANGAN VITAMIN E DI DALAM BADAN, MEH KITA KENALI,

  1. Ataksia : iaitu ganguan koordinasi otot akibt masalah pada otak kerana kekurangan Vitamin E dapat merosakkan saraf otak
  2. Lemah Lutut : Vitamin E sangat penting bagi sistem saraf pusat kerana ia mengatur sebahagian besar fungsi tubuh dan fikiran.
  3. Sistem imunisasi badan. Vitamin E bersifat anti-oksidan, maka kekurangan vitamin E dalam badan dapat menurunkan fungsi sel pada sistem imun termasuk sel penglihatan mata, sel yang menghantar signal kepada otot.
Disini, adalah penting pengambilan Vitamin E dalam kehidupan seharian. Malah pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin E adalah sebaiknya disertakan dengan Vitamin A&C untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.

Sekiranya anda memerlukan Vitamin E untuk kesihatan harian diri serta keluarga anda, anda boleh hubungi saya di 012-2285924.

Yang utama... ADALAH, KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA ANDA.


#nextlevelblogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleeputrajaya
#pengedarsahshakleeputrajayareadystock


Tips Travel

7.28.2023

Travel ini adalah satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan bagi saya yang suka travelling.  Manakala travelling ini ada dua style samaada backpack style or well-planned travelling style. Walau bagaimanapun, preparation untuk berjalan tu lebih kurang sahaja persiapannya. 



Melalui pengalaman-pengalaman saya yang telah travel kebanyakkan tempat, disini saya nak share simple tips traveling.

1. Light Packing

Light packing ni, anda perlu tahu berapa lama anda nk travel dan sediakan baju yang mudah untuk basuh serta kering dan paling utama keselesaan ketika berjalan. Setiap negara ada beza cuaca. Study cuaca negara tersebut sebelum packing supaya ada persediaan awal dan tidak gelabah bila tiada baju yang bersesuaian. 


2. Supplement atau ubat-ubatan 

Ini penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang masa anda travel. Tak perlu bawak banyak hanya vitamin yang perlu sahaja especially untuk immune system. Usually, bila travel akan ada setengah orang ada kalah pada perubahan cuaca yang ketra dari negara panas ke sejuk mahupun kering. Sentiasa pastikan anda anda hidrasi sepanjang perjalanan anda.

 


3. Tiba awal di Airport

Ini penting sebabnya kita tak nak kelam kabut bila sampai di airport. Biar awal 2-3 jam awal supaya sekiranya ada apa-apa, kita tak rushing. Pernah sekali expect keluar dah cukup dah masa untuk sampai tapi siapa sangka tengah-tengah jalan tiba-tiba ada roadblock pula. Bukan 30 minit roadblock, dekat sejam setengah roadblock dan kebetulan hari tu, Presiden Obama turun Malaysia.  Jenuh tengok jam dan berdoa untuk sampai tepat pada masanya. Dari situ lesson learn buat kami untuk keluar lebih awal lagi in future.  


4. Pastikan semua dokumen penting dijaga rapi.

Dokumen seperti passport, ic, lesen semua mesti kena jaga dengan baik. Sentiasa pastikan ia berada dalam keadaan selamat. Pastikan anda check time to time bila travel dan sentiasa berhati-hati dengan barang berharga anda bila berjalan. Sekiranya anda pergi ke negara yang ada ramai professional pick pocket, pastikan, anda letakkan barang anda dihadapan anda supaya tidak hilang.


5. Be open-minded

Bila berjalan ke negara orang ini, kita kena open and learn sebab setiap tempat ada perbezaan budaya, gaya hidup dan rules and regulation mereka. Jangan bawa diri kita seperti mana kita di negara sendiri. Travel ini kita kena belajar adopt dan adapt. Tak payah pergi jauh, lihat pada tandas. Di Malaysia, tandas kita basah tapi dinegara luar tandas mereka kering. Jadi belajar untuk adjust diri kita adapt tandas kering. Ada caranya kita boleh buat cara kita dengan prepare satu botol air mineral kosong sentiasa dengan anda dan bila nak masuk tandas, isi dan selesaikan urusan anda. Simple.


6. Be ready for the Unexpected

Percayalah, ada masa ada sahaja perkara yang tak dijangka akan berlaku. Jangan stress-stress. Stress hanya akan merosakkan nikmat travelling. Saya sendiri pernah lalui pelbagai unexpected event semasa travelling.  Dont complaint, ingat Adopt and Adapt! itu rules bila travel. 

Akhir sekali, ingt bahawa setiap perjalanan berjalan ke negara orang mahupun negara sendiri ia adalah satu perjalanan yang sangat unik dan menyeronokkan. Expect the unexpected. Tak semua perjalanan yang kita plan itu akan follow sepenuhnya seperti yang dirancang, kadang-kadang ada sahaja perkara-perkara yang tak disangka muncul. Jangan stress, be open embrace the journey, learn from the experience and enjoy every moment of your travel journey. Thats the fun part of travelling.

Sehingga disini my simple tips travel buat anda dan semoga cebisan sharing ini dapat membantu anda. Happy travelling!    

    


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Pengalaman Pertama Percutian Shaklee Saya

Bila bercakap tentang travel ni. Teringat pengalaman pertama Huda diberikan rezeki untuk rasa percutian Shaklee pada tahun 2014. Segalanya pertama kali buat Huda dan yang sangat mengujakan Huda adalah buat pertama kalinya kaki ini akan jejak negara besar iaitu United States. 

Ketika itu, saya masih bekerja di syarikat swasta dan pada suatu hari mak tanya, Huda, nak tak pergi USA? Tanpa fikir panjang.... jawapan Huda pastilah NAK. Why waste the opportunity bila rezeki ada didepan mata... betul tak? Bagi Huda zaman dulu, USA adalah tempat yang paling susah nak dapat pergi berbanding negara lain. Kalau waktu tu dengar orang belajar di USA, wowww..... habis hebat dahla ketika itu.


2014

Adalah permulaan bagi Huda untuk menikmati percutian Shaklee bersama mak dan ayah and 2014 jugalah adalah the best year of my life. Nama pun first time kan... so banyak perkara yang Huda sendiri tak tahu dengan Shaklee travel style. 



Sebenarnya percutian bersama Shaklee sangat mewah. Sebelum hendak ke USA, pastilah ada breifing tentang itineary ke sana. Kebetulan pula pada tahun itu adalah global conference Shaklee dimana semua ahli Shaklee akan berkumpul disatu tempat dan kali ini di Long Beach, California. Manakala untuk Shaklee Malaysia, selang 2 tahun... pasti akan kembali ke USA. Waktu tu tak boleh bayang macam mana lah rupanya Los Angeles ni.... Excited sangat!!!

Bag yang diterima dari Shaklee. Ini masa nak check in

Sebelum berangkat ke USA, kami diberi beg luggage setiap orang satu, memandangkan kami bertiga...kami dapat 3 bag. Percaya tak, setiap kali travel dengan Shaklee, mesti kita akan dapat bag luggage yang baru. So, bagi yang biasa travel setiap tahun dengan Shaklee, pastilah koleksi luggage bag dia banyak.... Tak cukup dengan itu, sebelum berangkat masuk flight kami juga menerima wang saku dari Shaklee. Ini baru di Malaysia belum touch down lagi di USA.

Perjalanan dari sini ke USA mengambil masa 24 jam tempoh penerbangan dan perbezaan waktu antara Malaysia dan USA juga 24jam. Jadi untuk first timer macam Huda yang fly dan ada jarak perbezaan waktu yang ketara ini memang akan mengambil masa sedikitla untuk adjust.

Muka excited first day samapai di

Di Los Angeles, kami ditempatkan di Hyatt Regency Long Beach berdekatan dengan Long Beach Conference yang akan berlangsung selama 3 hari. Just walking distance untuk kami ke conference talk. Selapas itu, kami dibawa ke Disneyland Los Angeles dan juga Universal Studio Hollywood. 


Shaklee Global Conference Events



Hollywood walk of fame

Selama ni orang bercakap tentang Universal Studio, tapi tak pernah sampai walaupun di negara jiran. Melalui Shaklee, siapa sangka Universal Studio Huda yang pertama adalah Hollywood. Seronokkan bila kita dapat berjalan ke negara orang ini, bukan sahaja jauh perjalanan malah luas pengalaman


Meet Gru and his minion



Sepanjang tempoh berada di USA, pihak Shaklee menjaga kami dengan cukup baik dari semua segi. Dari segi waktu solat, tempat solat, makanan yang halal, sekiranya ada apa-apa masalah, movement dan sehinggakan bag pun kami dijaga oleh pihak Shaklee. Even tukar hotel, beg kami dh ada didalam bilik sebelum kami sampai bilik... to that extent layanan kami dapat ketika itu. 

Di San Fransico pula, kami check-in hotel San Francisco Marriott Marquis dan bila berada di San Francisco, semestinya kami akan dibawa ke Shaklee HQ. Disin, kami disambut oleh Shaklee staff disana dan berkesempatan bertemu dengan para saintis serta melihat sekeliling Shaklee office. 


Kami di depan building Shaklee HQ


Jika dibandingkan travel secara sendiri dan travel bersama Shaklee, travel Shaklee sangat luar biasa sebabnya... melalui Shaklee, Huda dapat merasai travel yang mewah dari segi hotel, layanan, dan adanya element-element suprise gift yang Shaklee sediakan kepada kami sepanjang masa travel dengan Shaklee. 

Melalui Shaklee juga, Huda dapat menikmati impian berjalan seluruh dunia dan banyak tempat telah Huda jejak selepas itu. Yang paling utama sepanjang pengalaman travel bersama Shaklee ini, memori yang paling mahal-la bagi Huda adalah apabila Huda dapat mencipta memori indah travel bersama kedua ibubapa Huda dan juga abg dan kakak ipar sekeluarga. 

So, bila buat business ni bersama keluarga dan kawan-kawan, alangkah seronoknya bila terbayang-bayang bila kita beramai-ramai dapat percutian Shaklee dan cipta kenangan indah bersama. 

Masih tak terlewat untuk mencipta impian bersama. Sekiranya anda berminat untuk membina sebuah perniagaan yang mampu membawa anda ke seluruh dunia, marilah hubungi saya.


#nextlevelblogging

#shakleethriumph2023

#shakleethrive2023

© MANA • Theme by Maira G.