SLIDER

D.R.E.A.M

1.07.2015



Sumber : www.lifehack.org
Saya kebetulan tengah layan YouTube untuk mendapatkan mood dan idea. Saya ternampak video ini di wall Google+ dan membuatkan saya ingin share dalam blog saya juga,

Ia mengenai MENGEJAR CITA-CITA DAN IMPIAN. Selamat menonton & ambil semangat Tahun Baru.


Teater Muzikal

1.05.2015



#TahajjudCinta


Gambar dari budiey.com
Baru-baru ini saya ada nampak promosi Tahajjud Cinta dalam ig Dato Siti, Amy Search, Umie Aida...Rata-rata mempromosikan mengenai Tahajjud Cinta. Ada terdetik dihati ingin menonton tetapi tidak terfikir untuk pergi mungkin dah lepas, agaknya.

Sekali itu, pagi semalam ayah cerita tentang Tahajjud Cinta. Ayah bukannya seorang yang suka movie, lagu-lagu dan seangkatan dengannya. Tiba-tiba dia ajak tengok. Memandangkan tiada aktiviti semalam, ON-la tengok Tahajjud Cinta. Beli tiket pagi itu juga dan petang kami ke Istana Budaya.

Tahajjud Cinta adalah berkaitan dengan riwayat kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehingga kewafatan Baginda. Teater Muzikal ini ditayangkan sempena Maulidur Rasul. Penceritaan yang dihidupkan dari sejarah kepada visual. Pementasan yang Sangat Menarik danhanya mengambil masa 2 jam lebih...Tahniah kepada Erma Fatima. Saya berharap sangat selepas ini ada lagi sejarah-sejarah Islam lain dapat diterbitkan.  

Bagi yang masih belum tengok, cepat-cepat beli tiket dan tonton.

3-4 Januari : Performance by Dato Siti Nurhaliza
5 Januari : Performance by Awie
6 Januari : Performance by Amy Search

*Disamping itu, teater muzikal ini membantu mangsa banjir.

2 dalam 1...iaitu pembelajaran sirah Rasulullah dan dalam masa yang sama membantu mangsa banjir yang memerlukan... Apa tunggu lagi..cepat-cepat beli tiket tonton. 


© MANA • Theme by Maira G.