SLIDER

Hari Raya Dengan Shaklee

4.28.2023

Hari ini sudah masuk 6 Syawal. Cepat sahaja masa sekarang ini dari 1 Syawal dan tup tup dah masuk Syawal ke 6. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Semoga semua yang membaca menikmati Raya dengan penuh kesyukuran. 



Dikesempatan Syawal ini, semestinya sesi kunjung mengunjung itu menjadi acara wajib untuk seluruh umat Islam. Tahun ini sangat seronok berbanding tahun-tahun yang lalu bagi saya kerana kali ini adik beradik semuanya ada dirumah beraya. Walaupun tak complete tapi yang utama semuanya ada untuk spend time together dengan mak dan ayah. Berbanding dari tahun lepas, semuanya terpaksa pakai zoom untuk buat ucapan. Syukur tahun ini, raya tahun ini lebih bermakna dari tahun yang lalu. Kegembiraan ibu bapa terserlah bila semua anak cucu ada didepan mata. Biar penat tetapi bahagia. 


Bila hari raya ini tidak sah kalau tidak selitkan Shaklee bersama tetamu. Saat ini kita ambil peluang berkongsi kesedaran sesama ahli keluarga tentang kepentingan supplement dalam diet harian. 


Musim raya sentiasa ada dua situasi iaitu mengunjungi serta yang dikunjungi. Kebetulan pula beberapa hari yang lalu ada sedara datang berkunjung dirumah untuk beraya. Melihat keadaan beliau yang terketar-ketar tangan tidak sihat serta kaki yang makin menghitam akibat penyakit yang dialami ini, kami berkongsi cerita untuk memberi awareness tentang kepentingan menjaga kesihatan. Memandangkan usianya yang lebih muda dari kedua ibubapaku, atas asbab rasa tanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan yang kami ada pelajari selama ini bagi membuka mata mereka tentang kepentingan pemakanan tambahan dan bukan hanya bergantung kepada satu cara penyelesian penyakit. 


Kebetulan pula, salah seorang dari menantunya ada yang telah mengamalkan supplement Shaklee dan juga share kepada kami tentang feedback selepas dia consume ESP dan Vitamin C dan dia mengatakan dia kurang dapat demam berbanding dia tanpa makan vitamin. Saya juga sempatla share promotion Set Rahmah memandangkan harga yang murah serta dia sendiri telah mengamalkan. Sempat juga saya syorkan dia untuk beli Set Rahmah kerana promosi yang baik untuk direbutkan. 


Hari raya adalah waktu yang paling best untuk berhari raya bersama Shaklee kerana peluang untuk share awareness bersama keluarga besar. Apabila perkara yang melibatkan kesihatan, awareness adalah top priority buat saya kerana masih ada ramai lagi yang mengambil mudah tentang kesihatan. 


Melihat keadaan yang berlaku kepada saudara sendiri, bertapa ruginya kita kalau tidak mengambil peluang menjaga diri ketika masih dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana saya dikenali ke dunia pemakanan tambahan pada usia yang muda. Malah ibubapa saya juga mengamalkan Shaklee pada usia 40-an dan sehingga sekarang. 

Setelah semua tetamu balik, pastinya banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tambahan pula yang tinggal kami bertiga, bukan mudah untuk entertain ramai tetamu seharian dengan masak serta melayan tetamu. Kemudian kemas rumah, cuci pinggan dan sebagainya. Ini baru cerita tentang hari pertama berhari raya. Jadinya rutin kami sebelum tidur untuk ambil Set Asas iaitu ESP, Vitamin C, Vita Lea, Omega Guard dan Ostenutrix untuk recover energy.

Begitulah kisah hari raya saya dengan Shaklee. Ia sangat penting buat kami sekeluarga untuk menjaga kesihatan. Sakit itu normal. Kalau tak sakit tu namanya superheroes/ immortal. Tetapi, bila ada pemakanan tambahan dalam diet seharian, ia membantu improve kesihatan berbanding tanpa supplement seperti feedback yang saya terima melalui tetamu yang pernah mengamalkan Shaklee.


Selamat Berhari Raya semua.



#Shahkleetrive2023 # Shakleetriumph2023 #nextlevelblogging #blogmegaShaklee

BUSINESS : Mencari Insentif Shaklee dan Peluang Mendapat Extra RM600

4.25.2023

Entri kali ini saya hendak share kepada New Comer and Those yang Nak Boost Engine semula bersama Shaklee. Dah nama pun business entri kan, lets talk business.

Saya nak share kepada semua peluang menjana pendapatan secara serious bersama Shaklee. Kali ini tawaran Shaklee mengancam dari biasa kerana Shaklee menawarkan program tiga bulan dan anda berpeluang mendapat additional insentif Shaklee sebanyak RM600. Terlebih dahulu saya akan sharekan Marketing Plan yang tawarkan kepada semua ahli lama dan potential ahli Shaklee iaitu 3C


CASH

Mission utama untuk menjana pendapatan bersama Shaklee semestinya CASH atau nama lain TUNAI. Siapa yang tidak mahu Cash, kan? Even saya sendiri pun. Cash antara motivasi utama kita bekerja serta buat business. Dalam MLM, ia perlu capai targeted sales dan UV untuk kita layak dapat Cash Bonus. Yang menarik dengan Shaklee ini, walaupun anda hanya seorang consumer produk (ahli tetapi tidak fokus untuk buat business Shaklee tetapi lebih kepada consume untuk diri sendiri) bila anda membeli produk dan mencapai certain UV, anda boleh dapat cash bonus dari Shaklee. Menarikkan? 

Tetapi lebih menguntungkan bila anda fokus membuat business kerana anda boleh dapat keuntungan dari penjualan runcit serta leadership bonus yang anda bina untuk organisasi anda. 


CAR

Ini best...car bonus diberikan secara tunai dan bukannya diberi kereta. Keuntungan disini bila dapat tunai, anda boleh beli ikut pilihan dan impian anda. Bukan macam menang loteri kereta tu. Perasan tak ada dekat mall-mall yang buat contest dapat sebiji hadiah kereta. Kadang-kadang dia offer Proton X70, ada yang offer BMW dan macam-macam ikut budget penganjur. Dengan Shaklee, ia berbeza..Car Bonus sangat flexible sebab ia diberi secara tunai kepada anda yang layak serta memenuhi syarat untuk Car Bonus. 


Kereta Impian


Jadi, tepuk dada tanya selera dan impian anda. Sama ada anda hendak beli kereta/motor/kapal sekalipun ia bergantung kepada anda. Mungkin sesetengah orang telah dapat kereta impian dan tidak lagi memerlukan kereta atau mungkin nak beli benda lain. Dengan extra cash dari car bonus, anda boleh memilih untuk menggunakan wang yang diterima untuk mencapai impian anda. 


CONVENTION

Antara semua reward. Convention trip yang paling menarik minat saya. Shaklee menawarkan tiga convention trip iaitu International Trip, Umrah dan Regional Trip.

Antara International Trip yang ada anda boleh memilih salah satu antara trip yang anda impikan. Sekiranya anda berminat untuk pergi ke Umrah, anda boleh memilih Umrah 

atau 

pilihan lain sebagai contoh untuk tahun 2024, International Trip adalah Japan.  Japan satu negara yang sangat bersih. Saya suka dengan budaya sopan santun mereka, tiba-tiba teringat pula saya dengan Trip Japan pada tahun 2017. 


Trip bersama Shaklee antara trip yang sentiasa saya looking forward kerana apa tau, Shaklee menyediakan trip 5⭐ kepada semua ahli Shaklee yang layak dan tidak pernah mengecewakan. Even Kimono yang kami pakai ini pun diberi oleh Shaklee in full set. Culture, Food and Experience. Those are the unforgettable moment sepanjang trip di Japan. Tak boleh bayangkan apa lagi yang Shaklee akan sediakan untuk tahun hadapan. 


Manakala Regional untuk tahun 2024, yang paling best ialah Cruise! Royal Caribbean Cruise. MasyaAllah seronoknyaaa....Bukan main-main ya convention trip tahun depan, ini another level punya cruise trip. 


Menarikkan Marketing Plan dan insentif Shaklee sediakan untuk ahli Shaklee. Tetapi kali ini, Shaklee 


EMPAT (4) SIMPLE STEPS UNTUK DAPAT EXTRA INSENTIF.

Insentif ini ditawarkan kepada ahli baru mahupun ahli lama di dalam Shaklee. Peluang yang ditawarkan


1. DAFTAR

Insentif Tambahan ini disediakan untuk sesiapa yang berdaftar menjadi ahli Shaklee. Baik untuk ahli yang baru mahupun ahli Shaklee yang sedia ada. Sekiranya tidak mendaftar, pastinya anda tidak layak mendapat insentif tambahan ini.

Jadinya, rules pertama mestilah mendaftar menjadi ahli Shaklee.Ada dua cara samaada membayar yuran keahlian sebanyak RM35 atau sekiranya anda ingin dapatkan free membership. Anda boleh membeli set promotion bulan ini iaitu Set Rahmah sebanyak RM99 dan anda akan automatically menjadi ahli Shaklee bukan itu sahaja, melalui Set Rahmah, anda juga dapat dua product iaitu ESP dan Vitamin C yang bernilai RM288.75. 

    

2. CONSUME

Semestinya bila bercakap tentang menjana pendapatan melalui product supplement ini. Seharusnya kita jadi seorang pengguna terlebih dahulu kerana dengan mengamalkan produk-produk tertentu seperti dalam Set Rahmah (ESP dan Vitamin C) anda sendiri pastinya dapat merasai keberkesanan produk dan anda akan lebih yakin untuk share dengan orang lain.

Set Rahmah antara permulaan yang paling murah dan baik untuk diamalkan untuk seisi keluarga. 


3. KONGSI

Kongsi.... semestinya benda yang baik kita kenalah share dengan semua orang. Betul tak?

Macam-macam cara yang kita boleh kongsi kepada orang ramai selain dari ahli keluarga, kawan-kawan dan juga social media seperti TikTok, Instragram tentang kebaikan produk yang anda sendiri telah rasai.

Seperti saya sekarang ini juga berkongi kepada semua apa tawaran yang Shaklee telah tawarkan kepada semua SID mahupun orang baru yang berminat untuk mula jana pendapatan bersama Shaklee. 


4.  KEKALKAN MOMENTUM 

Tiga yang atas adalah asas kepada sharing concept. Tetapi kali ini Shaklee meletakkan syarat supaya kekalkan momentum selama tiga bulan bagi memastikan prestasi /KPI yang konsisten selama tiga bulan dan insentif shaklee tambahan sebanyak RM600 diberikan oleh syarikat kepada anda. Extra ya. Extra RM600 Shaklee yang akan masukkan direct ke dalam akaun anda. 

Extra ini tidak termasuk bonus bulanan yang anda terima dari Shaklee. Extra ini seumpama token of appreciation Shaklee bagi sempena menghargai usaha kejayaan anda. 

Tetapi insentif Shaklee RM600 ini hanya ditawarkan bagi potential business leader dan business leader yang nak buat business bersama Shaklee bermula dari tempoh  April, Mei sehingga Jun. Sekiranya anda berminat untuk join, boleh join dalam tempoh ini secepat mungkin kerana peluang RM600 hanya valid bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Shaklee. Jangan lewat-lewat buat keputusan, nanti anda yang rugi. 

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di 012-2289524



#Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #nextlevelblogging #blogmegaShaklee

Memburu Malam Lailatul Qadr

4.12.2023

Pagi ini saya berkesempatan join Kuliah Subuh secara online dan teringat nak share disini sebagai rujukan saya dan moga yang lain pun mendapat manfaat yang sama.




Semua pastinya dah tahu 10 akhir Ramadhan adalah misi mencari Lailatul Qadr.

MENCARI adalah MEMBURU.

Bagaimanakah kita memburu malam Lailatul Qadr?
Adakah malam Lailatul Qadr hanya pada malam-malam ganjil?
Mestikah malam Lailatul Qadr jatuh pada malam ke-27 Ramadhan?

Itu bukanlah persoalannya tetapi...


APAKAH KEUTAMAAN DALAM TEMPOH MEMBURU MALAM LAILATUL QADR?


Dalam misi memburu malam Lailatul-Qadr, kita perlu ada energy yang sangat tinggi. Kerana pada malam-malam terakhir Ramadhan, kita harus berusaha untuk mencari Redha Allah S.W.T. dan belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini lagi atau tidak. 

Pastikan kita sentiasa jaga niat untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadr kerana sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadr yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. 

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksud: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 3-5)


Antara kelebihan malam al-Qadr ialah:

•  Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam al-Qadr mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. 

Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadr. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

•  Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

•  Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

•  Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: 

“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.


Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”  Riwayat Ahmad


Memperbanyakkan doa, antaranya: 

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا

(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).


Sebaiknya kita tingkatkan amalan dari sehari ke sehari seperti contoh : 
  • Malam 20 Ramadhan - 100 ayat
  • Malam 21 Ramadhan - 150 ayat
  • Malam 23 Ramadhan - 200 ayat
Biasa tak dengar,  "semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini"

Ia adalah refleksi dari tindakan kita melalui tingkatkan jumlah ayat yang dibaca setiap hari pada malam 10 terakhir Ramadhan. Ia akan membantu kita memperbaiki diri lebih baik setiap hari dan dalam masa yang sama ia meningkatkan tingkatan amalan kita untuk bulan Ramadhan tahun ini, insyaAllah.

Selain itu juga, di dalam Kuliah Subuh tadi memberi sedikit intipati dimana, kita juga sebaiknya boleh perbanyakkan zikir seperti istigfar dan alhamdulillah serta perbanyakkan sujud syukur sebagai tanda tingkatan kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, pada 10 akhir Ramadhan, cara untuk memburu Malam Lailatul Qadr adalah melalui tindakan serta kesungguhan kita mencari Lailatul Qadr kerana tanpa tindakan dan kesungguhan memburu malam yang istimewa ini, kita akan berada dalam kerugian.

Moga sama-sama kita berpeluang bertemu malam Lailatul-Qadr dan mendapat Rahmat dan Kasih SayangNya serta Keampunan dariNya. Amiin Ya Rabb.

Selamat Beribadat.


TIPS : Tips Kurus Dengan Cepat

4.11.2023

Siapa pernah tengok cerita Space Jam? The old Space Jam, Micheal Jordan berlakon. I wish I can live in Looney Tunes World. Nothing is impossible bila duduk dalam dunia cartoon ini. One magic ball boleh ubah alien kecik jadi kuat dan besar. Sementara itu, saya membayangkan saya ada satu bola yang boleh serap kelebihan orang iaitu Kurus dan Cantik...semudah itu je boleh terus nampak Cantik & Kurus. Mungkin bola tu boleh serap keseksian Angelin Jolie, siap boleh pilih lagi criteria-criteria yang saya nak. Memang maverlous.


Ok, ok... cukupla dunia angan-angan kita ya. Come back to reality. Dunia Nyata. Kalau fikir nak kurus mesti akan terfikir macam mana cara paling cepat nak kurus. Tambah pulak dua minggu je lagi ni nak raya. Mestila nk cari tips kurus dengan cepat. Bukan anda sahaja. saya pun sama. Hahahaa. ... Baju dah tempah, kasut dan tudung cantik dah ready semua... tang badan je tinggal nak buat maintenance.




ADA CARA KE UNTUK CEPAT KURUS?

Realitinya, ada je cara kalau nak kurus dengan cepat tapi....ada banyak version juga.Macam-macam ada cuma tepuk dada tanya diri sendiri sahaja, minat version yang macam mana... Version cara orang ada duit, version orang kebulur, version orang desperate. 

1.    Kalau version ada duit, bolehla pergi ke mana-mana slimming world or operate buang lemak. Cepat je hasil kurus tu dapat tapi, duit memang banyaklah kena invest untuk kurus. 

2.    Version orang kebulur pula, boleh juga dengan jangan makan apa-apa. Tahan diri walau macam mana janji dapatla tengok perubahan pada fizikal diri. Janji nampak kurus, kesan yang lain tak payah fikir. Kalau makan pun boleh paksa muntah keluar semula seperti Anoreksia Nervosa.

3.    Version orang desperate pula ada macam-macam, apa sahaja orang offer untuk kurus, dia mesti beli. Makan coklat, boleh kurus dalam seminggu/ sehari ...terus laju je tangan tu masuk to cart dan beli. Tapi bila beli, hasil belum tentu sama seperti promotion yang ada. 

Heeee.... saje je bagi intro yang macam ni. Ni antara jalan yang tak berapa selamatla kalau nak kurus cara cepat. Jangan takut pada kenaikkan badan, itu lumrah kehidupan yang normal, turun naik berat badan. Ada je tips lain yang lebih baik dari options yang diatas. 



TIPS LAIN UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

1.    Kurangkan pengambilan Gula dan process sugar: Benda pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan bergula dan process sugar seperti gula-gula, soda, kerepek. By cut off makanan ini dapat mengurangkan pengambilan kalori dan penurunan berat badan dengan cepat.

2.    Tingkatkan Pengambilan Protein : Tingkatkan pengambilan protein yang baik yang diperlukan oleh badan. Seperti Shaklee, selain ESP yang bertindak sebagai complete protein yang baik, kami juga ada Cinch yang mempunyai Lucein iaitu mekanisme membakar lemak dengan effektif dan kekalkan otot.

3.     Perbanyakkan minum air kosong : sebaik-baik air adalah air kosong. Dengan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari membantu perut rasa kenyang, kekal hidrasi dan secara tak langsung membantu penurunan berat badan. 

4.    Exercise HIIT : HIIT ialah sejenis senaman yang melibatkan aktiviti sengit diikuti dengan tempoh rehat. Senaman jenis ini telah terbukti berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

5.    Tidur yang Cukup : Tidur yang cukup adalah penting untuk penurunan berat badan kerana ia boleh membantu mengawal hormon yang mengawal selera makan dan metabolisme. Bertujuan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap malam.


Gabungan elemen, pemakanan, kualiti tidur dan excercise adalah gabungan terbaik untuk tips kurus dan cepat secara sihat.  Kesimpulannya disini, banyak sahaja tips untuk kurus dengan cepat tetapi semua ini ada hidden syarat iaitu DETERMINATION, CONSISTENT, DISIPLIN DAN KOMITMENT. Adanya 4 elemen ini, semuanya boleh dicapai, insyaAllah. Jangan kata untuk kurus sahaja, sihat, dan kejayaan yang diidamkan. 

Sampai disini sahaja saya boleh share dengan anda kurus dengan cepat. Ambillah langkah yang selamat untuk turunkan berat badan dan janganlah cari fast track kurus yang kita sendiri tak tahu kesannya kemudian. Kerana akhir sekali ia berbalik semula kepada diri kita sendiri. 

Selamat berusaha!


#blogmegashaklee

#nextlevelblogging

#shkleethrive2023

#shakleetriumph2023 

BUSINESS : Business Online Yang Terbaik

4.10.2023

Era sekarang ni semuanya nak digitalized. Even, kalau pergi ke mana-mana kedai pun kebanyakkan semuanya nak dibayar secara cashless. Tak heranlah kalau sekarang business pun rata-rata dah mula gunakan medium digital untuk berbusiness secara online. 

2020, tahun Convid-19, tahun PKP.. business secara online adalah pilihn terbaik untuk survive dalam perniagaan. S




MEMILIH PERNIAGAAN

Pemilihan perniagaan sangat penting. Ini kerana bila kita sudah memulakan sesuatu pernigaan, apa yg kita harapkan adalah kejayaan berterusan dengan perniagaan dari perniagaan yang kita telah pilih untuk dijadikan punca pendapatan dan legasi perniagaan



KEBAIKAN & KEMUDAHAN BUSINESS ONLINE

Kalau dahulu, saya perhatikan orang yang ada fizikal store itu mesti berjaya dan salah satu impian saya dahulu kala pun adalah untuk membuka sebuah kedai stationary dan arts. Tetapi, sekarang fizikal store bukanlah satu pilihan untuk berjaya kerana era sekarang yang telah berubah dari fizikal store ke online shopping.

Disini saya sertakan secara general kebaikan business online dan antaranya adalah

  • Fleksikbiliti : Perniagaan boleh dijalankan bila-bila masa serta dimana sahaja kita berada
  • Kos Overhead yang Rendah : Bila berbusiness online, kos-kos seperti sewa tapak, overhead yang dijalankan oleh tradisional business (physical store) dapat dilupuskan
  • Dunia Tanpa Sempadan : Online boleh mendekatkan kita dengan potential consumer yang jauh serta luar dari kawasan kita. 
  • Modal yang Rendah : Semestinya online tidak memerlukan modal yang besar, hanya .. computer/mobile phone, internet 
  • Aksess yang Mudah : Business Online memberi peluang aksess yang sangat mudah bagi penjual dan pembeli. Hanya dengan klik melalui handphone sendiri, kita boleh mendapat aksess untuk setiap carian yang dikehendaki.


BUSINESS ONLINE TERBAIK: PERNIAGAAN SHAKLEE



Pilihan saya adalah perniagaan Shaklee. Walaupun asasnya perniagaan ini adalah MLM. Tetapi, kelebihan lebih berlipat ganda dari perniagaan lain. Biarpun MLM. Ia masih boleh dilakukan secara online. 

KENAPA SAYA PILIH PERNIAGAAN SHAKLEE?

DAN

 KENAPA SAYA KATAKAN BUSINESS ONLINE YANG TERBAIK MELALUI PERNIAGAAN SHAKLEE?


1.    Modal yang Rendah : Saya bukan perniaga yang mempunyai modal perniagaan yang besar dan tidak suka mengambil risiko dalam perniagaan. Pemilihan modal yang rendah adalah pilihan saya dan Shaklee menawarkan modal keahlian yang murah dan berpatutan. Dengan tawaran yang baik ini memberi saya ruang untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee. 


2.    Fleksibiliti : Fleksibiliti adalah kelebihan dalam perniagaan secara online. Ini adalah pilihan yang tepat dan terbaik kerana bila kita mempunyai fleksibiliti masa serta tempat, tak kira diamana jua saya berada, pastinya perniagaan saya ikut kemana sahaja saya berada. Malah saya adalah jenis manusia yang banyak travel. Kesana kesini, perniagaan yang memberikan fleksibiliti adalah perniagaan pilihan saya.

3.    Easy Access : Bila dah nama pun online, mestilah senang untuk diaksess, Shaklee pun ada website sendiri. Dari websiter tersebut, saya boleh membuat pembelian, penghantaran serta register new member dari talian. Mudahkan. 


4.    Reward Sistem : Ini main kesukaan saya. Reward Sistem yang sangat best. Reward sistem yang menarik dari sebuah syarikat MLM yang menawarkan 3C iaitu Cash, Convention, dan Car. Saya pernah beberapa kali merasai Convention (Travel). Perniagaan yang menawarkan trip travel 5 star, memang sangat-sangat berbeza daripada trip biasa.  


5.    Kredibiliti Syarikat : Pemilihan sebuah perniagaan sangat penting kerana kredibiliti sebuah syarikah melambangkan kekuatan syarikat itu tersebut. Syarikat Shaklee telah ditubuhkan sejak 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee malah legasi beliau masih utuh sampai sekarang. Dalam tempoh 100 tahun membuktikan keutuhan sebuah syarikat yang berkualiti tinggi melalui research dan developmentnya. 


6.     Produk yang Safe, Proven dan Effective : Semestinya, menjual produk mesti cari produk yang mampu mengeluarkan produk yang berkualiti. Shaklee, menawarkan produk yang dijamin selamat, berkesan dan effektif. Ia jadikan saya lebih yakin untuk menggunakan serta mengamalkan produknya.


7.    Global / Dunia Tanpa Sempadan : Online adalah satu method yang menhubungkan kita dengan dunia luar. Walaupun saya berada di Malaysia, mungkin dari penulisan saya ini boleh dibaca oleh pembaca di USA/ Turkey/ Indonesia. Malah saya jadikan medium blog ini sebagai medium business online saya dan pastinya, saya boleh mendapat consumer tak kira dimana sahaja mereka berada. 

Alangkan barang yang kita beli dari overseas pun kita boleh dapat dengan mudah. Inikan pula penghantaran produk juga mudah pada masa kini. 


8.    Tiada Kos Overhead : Perniaagan yang tidak perlu kos overhead. Modal mungkin ada tetapi bukan kos overhead kerana, melalui online, saya boleh buat order, dan penghantaran produk juga akan dilakukan oleh syarikat sendiri dan dipos melalui Gdex untuk consumer.  Mudah sahaja, dari rumah pun barang boleh dihantar kepada consumer dengan cepat. 


Ok, sehingga ini saya coretan saya tentang business online yang menjadi pilihan saya. Banyak peluang ada untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan yang mudah dan tidak membebankan wang ringgit. Sekiranya berminat, boleh hubungi saya melalui whatsapp :0122285924


#blogmegashaklee

#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Vitamin Kulit Cantik dengan Harga Rahmah

4.06.2023

 Secara zahir, kecantikan adalah idaman semua orang. Sampai satu peringkat usia, lumrah alam semulajadi kulit pasti akan berubah mengikut perubahan usia. Pelbagai cara akan kita lakukan untuk maintain kecantikan yang dimiliki. Spa, Facial.. itu semua perkara yang kita lakukan untuk .

Bila ditegur cantik, pasti berbunga-bunga hati kita. Kalau sebaliknya, pastinya kita hendak buat sesuatu untuk nampak cantik. Mulalah cari make up, foundation, etc untuk menampakkan penampilan yang menawan.  

Tapi sebenarnya, make up dan sebagainya hanya penjagaan luaran. Bagaimana penjagaan dalaman pula?


Defini KULIT CANTIK,

KULIT YANG ANJAL, GLOWING, FRESH, AWET MUDA DAN BEBAS DARI JERAWAT, JERAGAT DAN SEBAGAINYA 


Perasan tidak, bila seseorang tidak sihat atau demam, kita akan cam melalui kulit mereka dan kadang-kadang kita akan tegur, "Awak sihat tak?". Betul tak? Apabila kita tidak sihat, ia akan terpamir pada kulit yang kusam, suram and pucat. Itu selalunya kalau kita memerhatikan seseorang mesti pada rupa kulit mereka selain daripada energy mereka. 

Berbeza  pula dengan orang yang sihat. Kulit mereka akan nampak lebih glow, cerah dan sihat.

Kulit adalah key indikator untuk menentukan kulit itu sihat atau tidak tetapi tahukan kulit adalah proses yang terakhir untuk kita dapat kulit cantik dan sihat?


KENAPA?

Ini kerana keseluruhan badan kita terdiri dari kulit. Yang terzahir pada permukaan kulit adalah indikator apa yang terjadi didalam tubuh badan kita yang kita sendiri tidak nampak. Ia adalah satu cara badan kita memberi signal bahawa ada bahagian pada organ / sel badan memerlukan perhatian.

Sebagai contoh, ada je inflammation dalam badan akan ada tanda-tanda kecil seperti bisul, jerawat dan kemerahan pada kulit.

Jadinya... kulit memberi indikator yang terakhir setelah process dalam badan berlaku.


MACAM MANA NAK DAPAT KULIT CANTIK?

Make up, fondation, bedak asas hanya aksesori kepada muka tetapi yang paling utama untuk dijaga adalah asas kepada kulit. Kulit yang cantik terzahir akibat daripada dalaman yang sihat. Dalaman yang sihat bermaksud badan bebas dari inflamasi. Selain itu, kita memberi makanan yang betul kepada pemakanan sel. 

Jadinya, penting penjagaan dalaman kita untuk mendapat kulit yang cantik.

Banyak faktor yang melibatkan kesihatan kulit iaitu, pemakanan, lifestyle, sinaran UV dan stress. 4 perkara ini sentiasa menjadi external faktor utama yang memberi impak kepada kulit serta tubuh badan kita.

Sekiranya kita refleksi aktiviti harian kita, cara lifestyle, pemakanan, pendedahan diri pada sinaran matahari dan stress. Sekiranya kita tidak mampu jaga dengan baik, sebaiknya carilah pemakanan tambahan untuk membantu support keperluan sel.


APA YANG DIPERLUKAN UNTUK DAPAT KULIT YANG CANTIK DAN SIHAT?

Ada banyak produk yang berkaitan tentang kulit tetapi disini saya hanya akan tekankan kepada dua sahaja produk iaitu

ESP

  • Mempunyai amino asid yang lengkap yang diperlukan oleh badan
  • Mempunyai niancinamide yang membantu mencerahkan kulit, mengecilkan pori dan mengekalkan lembapan kulit 

SUSTAINED RELEASE VITAMIN-C

  • Merupakan tinggi anti-oxidant bagi pencegah radikal bebas akibat dari sinar UV dan persekitaran
  • Membantu mengalakkan pembentukkan kolagen
  • Membantu untuk menghaluskan garis-garis halus dimuka
  • Membantu mengelakkan penuaan pramatang
  • Menyokong pertumbuhan tisu baru

Saya hanya menekankan kebaikan dua produk ini sempena promosi bulan April.

APA YANG KAMI TAWARKAN UNTUK BULAN INI:

Kali ni, sempena rata-rata menyediakan set makanan Rahmah dah sebagainya bagi menyantuni semua masyarakat di Malaysia. Shaklee juga menyediakan Set Vitamin Kulit Cantik dengan Harga Rahmah. Shaklee menawarkan dua jenis promosi iaitu Set A dan Set B.

Set A : 1 Esp dan 1 Sustained Release Vitamin C

Promosi harga dengan hanya bernilai RM99.00. Terdapat dua produk utama yang baik untuk membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Kecantikkan bermula dari dalam iaitu pengambilan ESP serta Vitamin C.

Rebutlah peluang ini dimana anda boleh menikmati produk ini bukan sahaja untuk anda malah untuk seluruh keluarga.

Sekiranya anda inginkan lebih banyak keuntungan dari promosi ini, kami juga menawarkan Set B dengan penjimatan yang berganda.

Set B : 2 Esp dan 2 Sustained Release Vitamin C


Sekiranya berminat, boleh hubungi saya melalui whatsapp pada 012-2285924







Sebuah Legasi

4.03.2023

Pernahkah anda terlintas untuk membina sebuah Legasi?

Sebuah legasi yang dapat dinikmati oleh anak-anak anda?

 Impian membina sebuah legasi atau sekadar sebuah perniagaan?



SEMUA ORANG PASTINYA ADA IMPIAN

Semua orang pastinya ada impian. Impian yang memberi impak yang besar kepada diri sendiri, keluarga tersayang dan masyarakat. Setiap peringkat umur kita, kita ada impian, pada usia belasan tahun hingga 30-an, kita menghidupkan impian kita sendiri dan apabila berkeluaraga, impian kita berkembang untuk keluarga tercinta dan sehingga satu peringkat usia, apabila kita meliki segalanya, kita berimpian untuk berbakti kepada masyarakat. Betul kan?

---------

Saya perhatikan ibu saya sendiri, kini beliau berusia 72 tahun. Masih mempunyai impian tetapi impian beliau adalah untuk keluarga dan masyarakat. Walaupun pada usianya yang lanjut itu, beliau sering cakap, kebahagiaan dia apabila dia dapat memberi sesuatu yang baik untuk orang lain. 




JENIS PERNIAGAAN APAKAH YANG ANDA INGINKAN?

Pada saat ini dengan keadaan ekonomi serta bebanan kehidupan, ramai telah mencari alternatif untuk membuat tambahan sumber pendapatan untuk tampung bebanan hidup. Rata-rata ramai yang membuat dua ke tiga pekerjaan untuk tampung hidup. 17 tahun yang lalu pun saya pernah bertemu seorang kakak ni kerja hakikinya adalah di syarikat guaman dan malam hari dia buat kerja sampingan sebagai cashier di AEON. Zaman tu saya masih budak universiti yang saja-saja buat part time untuk nak rasa kerja. 

SENARIO-SENARIO PERNIAGAAN

  1. Ada juga yang buat pelbagai perniagaan sampaikan tidak tahu mana satu perniagaan sebenar dia. 
  2. Dan ada juga buat pernigaan sebab nak glamour - ikut celebriti. Apa yang dipakai, semuanya jadi ikutan. 
  3. Ada juga orang buat business ikut season. Macam sekarang musim ramadhan, muncul mereka di bazaar-bazaar. 

Tidak salah pun untuk berniaga. Buat perniagaan tapi bila ditinggalkan, ia mati begitu sahaja. Tak rasa ke penat, setiap kali memulakan sesuatu yang baru... ia perlukan modal, tenaga dan masa.


MEMBINA LEGASI

"Legasi adalah sesuatu yang kita buat, tidak kira apa bidang kemahiran (cth: kepandaian bersilat,memanah, perniagaan kedai jahit,etc) yang boleh diwarisi kepada anak cucu".


Pernah tak jumpa kedai runcit, kedai makan yang kecil-kecil yang pernigaan mereka bertahan lebih 20-30 tahun. Perniagaan yang asalnya dijalankan oleh nenek moyang dan turun-temurun ke anak cucu. Biasa kan? 

Kedai air soya kegemaran kami.


Mcm di Penang, ada satu kedai air soya. Setiap kali balik Penang, air soya tu mesti beli bawak balik untuk minum sambil drive. Setiap kali tu jugaklah mak saya akan cakap.... "kedai ni, sejak mak kecik lagi dah ada. Now anak dia yang tak over kedai ini". Hakikat kedai tu kecil sahaja dan sewa di kawasan yang kecil, tetapi ... ia masih bertahan sampai saya dah dewasa ini. Itulah antara kedai-kedai yang berlegasi saya pernah jumpa. 

Dan

Sambungan kepada cerita impian ibuku. Beliau juga berkeingingan untuk membina sebuah legasi dalam perniagaan beliau untuk anak-anaknya warisi kelak. Untuk memulakan pernigaan sendiri  pastinya mengambil masa, tenaga dan kos yang tinggi. Tetapi disini, Syarikat Shaklee menyediakan ruang perniagaan yang boleh diwarisi. Hebat kan. 

 Sebelum diwarisi, ia perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. 

Tetapi tidak mustahilkan untuk dapat membina Legasi. 


ALHAMDULILLAH

Ibu saya kini  telah menemui track yang betul untuk membina legasinya bersama Shaklee dan kini beliau sudah berada di dalam Shaklee selama 27 tahun, dan saya, kakak dan abang saya mengikuti jejak langkah beliau untuk membina sebuah legasi yang bukan sekadar hanya bermanfaat untuk masa depan anak-anak malah menyebarkan kebaikan kepada seluruh manusia.


Impian Ibuku tercapai 

Mereka telah capai tangga kejayaan


Kami Shakleerian. Doakan kejayaan kami dalam Shaklee.



Pilihan di dalam tangan anda. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.  


Idea Menu Sahur Sihat

4.02.2023

Siapa suka bangun awal dipagi hari untuk masak, dimana orang lain sedap tidur?? 

Saya memang kagum dekat mak-mak yang bangun awal siapkan makanan untuk semua ahli keluarga dia.
Ada yang jenis prepare nasi with various lauk pauk untuk sahur. Kalau saya sendiri, I prefer something yang cepat mudah dan tidak memenatkan.

ANTARA MENU YANG SELALU LALU DEPAN SOCMED SAYA 

Yang paling famous, mesti semua dh tau kan socmed mana yang muncul ketika Ramadhan ni. Semestinya saya selalu akan tengok socmed Khairulaming. hahahahah I think semua orang pun sama je kan dengan saya.


For me, dia bagus betul dia dh jumpa niche dia dalam pasaran dan menu masakan dia walaupun kadang-kadang nampak simple. Tapi waktu tengok dalam keadaan tengah puasa ni, memang membuak-buakla nafsu makan.



SEBAIKNYA, KALAU KITA IKUT KEMBALI SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

PENGALAMAN SAYA
Sebenarnya, 3-4 tahun yang lalu. Saya pun macam biasa pagi, mak mesti masak nasi ada dua jenis lauk makan untuk sahur. Tetapi tahun PKP, saya cuba try kurma dan susu sebagai makanan waktu sahur. Amazing ya rasa kenyang tu sangat berbeza bila sahur makan dengan makan kurma. Kalau makan nasi dulu, by pukul 10 pagi dah perut dah lapar. Tapi dengan kurma, elok je perut tak berkeroncong.
Bukanlah maksudnya nasi tu salah, tidak... tetapi bila kita makan sahur makanan yang baik, sihat dan ia mampu buat kita tahan lebih lama berpuasa serta bagi kita lebih bersemangat untuk berpuasa dipagi hari.

TIPSNYA 
1. Kurang Gula : Main culprit. Sebaiknya elak gula putih tapi gantilah dengan honey.
2. Kurang Karbo : Elakkan pengambilan karbo yang proses seperti mee, kuew tiau, bihun, pasta
3. Banyak Serat : Fruits

IDEA MENU SAHUR SIHAT YANG MUDAH DAN RINGKAS







OK sampai disini sahaja entry saya untuk Idea Menu Sahur Sihat saya. Boleh cuba kalau berminat.




#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023 


© MANA • Theme by Maira G.