SLIDER

Sebuah Legasi

Pernahkah anda terlintas untuk membina sebuah Legasi?

Sebuah legasi yang dapat dinikmati oleh anak-anak anda?

 Impian membina sebuah legasi atau sekadar sebuah perniagaan?



SEMUA ORANG PASTINYA ADA IMPIAN

Semua orang pastinya ada impian. Impian yang memberi impak yang besar kepada diri sendiri, keluarga tersayang dan masyarakat. Setiap peringkat umur kita, kita ada impian, pada usia belasan tahun hingga 30-an, kita menghidupkan impian kita sendiri dan apabila berkeluaraga, impian kita berkembang untuk keluarga tercinta dan sehingga satu peringkat usia, apabila kita meliki segalanya, kita berimpian untuk berbakti kepada masyarakat. Betul kan?

---------

Saya perhatikan ibu saya sendiri, kini beliau berusia 72 tahun. Masih mempunyai impian tetapi impian beliau adalah untuk keluarga dan masyarakat. Walaupun pada usianya yang lanjut itu, beliau sering cakap, kebahagiaan dia apabila dia dapat memberi sesuatu yang baik untuk orang lain. 




JENIS PERNIAGAAN APAKAH YANG ANDA INGINKAN?

Pada saat ini dengan keadaan ekonomi serta bebanan kehidupan, ramai telah mencari alternatif untuk membuat tambahan sumber pendapatan untuk tampung bebanan hidup. Rata-rata ramai yang membuat dua ke tiga pekerjaan untuk tampung hidup. 17 tahun yang lalu pun saya pernah bertemu seorang kakak ni kerja hakikinya adalah di syarikat guaman dan malam hari dia buat kerja sampingan sebagai cashier di AEON. Zaman tu saya masih budak universiti yang saja-saja buat part time untuk nak rasa kerja. 

SENARIO-SENARIO PERNIAGAAN

  1. Ada juga yang buat pelbagai perniagaan sampaikan tidak tahu mana satu perniagaan sebenar dia. 
  2. Dan ada juga buat pernigaan sebab nak glamour - ikut celebriti. Apa yang dipakai, semuanya jadi ikutan. 
  3. Ada juga orang buat business ikut season. Macam sekarang musim ramadhan, muncul mereka di bazaar-bazaar. 

Tidak salah pun untuk berniaga. Buat perniagaan tapi bila ditinggalkan, ia mati begitu sahaja. Tak rasa ke penat, setiap kali memulakan sesuatu yang baru... ia perlukan modal, tenaga dan masa.


MEMBINA LEGASI

"Legasi adalah sesuatu yang kita buat, tidak kira apa bidang kemahiran (cth: kepandaian bersilat,memanah, perniagaan kedai jahit,etc) yang boleh diwarisi kepada anak cucu".


Pernah tak jumpa kedai runcit, kedai makan yang kecil-kecil yang pernigaan mereka bertahan lebih 20-30 tahun. Perniagaan yang asalnya dijalankan oleh nenek moyang dan turun-temurun ke anak cucu. Biasa kan? 

Kedai air soya kegemaran kami.


Mcm di Penang, ada satu kedai air soya. Setiap kali balik Penang, air soya tu mesti beli bawak balik untuk minum sambil drive. Setiap kali tu jugaklah mak saya akan cakap.... "kedai ni, sejak mak kecik lagi dah ada. Now anak dia yang tak over kedai ini". Hakikat kedai tu kecil sahaja dan sewa di kawasan yang kecil, tetapi ... ia masih bertahan sampai saya dah dewasa ini. Itulah antara kedai-kedai yang berlegasi saya pernah jumpa. 

Dan

Sambungan kepada cerita impian ibuku. Beliau juga berkeingingan untuk membina sebuah legasi dalam perniagaan beliau untuk anak-anaknya warisi kelak. Untuk memulakan pernigaan sendiri  pastinya mengambil masa, tenaga dan kos yang tinggi. Tetapi disini, Syarikat Shaklee menyediakan ruang perniagaan yang boleh diwarisi. Hebat kan. 

 Sebelum diwarisi, ia perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. 

Tetapi tidak mustahilkan untuk dapat membina Legasi. 


ALHAMDULILLAH

Ibu saya kini  telah menemui track yang betul untuk membina legasinya bersama Shaklee dan kini beliau sudah berada di dalam Shaklee selama 27 tahun, dan saya, kakak dan abang saya mengikuti jejak langkah beliau untuk membina sebuah legasi yang bukan sekadar hanya bermanfaat untuk masa depan anak-anak malah menyebarkan kebaikan kepada seluruh manusia.


Impian Ibuku tercapai 

Mereka telah capai tangga kejayaan


Kami Shakleerian. Doakan kejayaan kami dalam Shaklee.



Pilihan di dalam tangan anda. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.  


2 comments

pija.abdullah said...

alhamdulliah dah ada contoh terbaik depan mata. mudahan sis juga berjayaaaa!

HUDA HUSSAIN said...

Ya. Saya doakan anda berjaya sama baik di dunia dan akhirat

© MANA • Theme by Maira G.