Memburu Malam Lailatul Qadr
Pagi ini saya berkesempatan join Kuliah Subuh secara online dan teringat nak share disini sebagai rujukan saya dan moga yang lain pun mendapat manfaat yang sama.
Dalam misi memburu malam Lailatul-Qadr, kita perlu ada energy yang sangat tinggi. Kerana pada malam-malam terakhir Ramadhan, kita harus berusaha untuk mencari Redha Allah S.W.T. dan belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini lagi atau tidak.
Pastikan kita sentiasa jaga niat untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadr kerana sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam al-Qadr yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Maksud: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 3-5)
Antara kelebihan malam al-Qadr ialah:
• Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam al-Qadr mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan.
Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam al-Qadr. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
• Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
• Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
• Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata:
“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” Riwayat Ahmad
Memperbanyakkan doa, antaranya:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).
- Malam 20 Ramadhan - 100 ayat
- Malam 21 Ramadhan - 150 ayat
- Malam 23 Ramadhan - 200 ayat
No comments
Post a Comment