SLIDER

TIPS : Tips Kurus Dengan Cepat

Siapa pernah tengok cerita Space Jam? The old Space Jam, Micheal Jordan berlakon. I wish I can live in Looney Tunes World. Nothing is impossible bila duduk dalam dunia cartoon ini. One magic ball boleh ubah alien kecik jadi kuat dan besar. Sementara itu, saya membayangkan saya ada satu bola yang boleh serap kelebihan orang iaitu Kurus dan Cantik...semudah itu je boleh terus nampak Cantik & Kurus. Mungkin bola tu boleh serap keseksian Angelin Jolie, siap boleh pilih lagi criteria-criteria yang saya nak. Memang maverlous.


Ok, ok... cukupla dunia angan-angan kita ya. Come back to reality. Dunia Nyata. Kalau fikir nak kurus mesti akan terfikir macam mana cara paling cepat nak kurus. Tambah pulak dua minggu je lagi ni nak raya. Mestila nk cari tips kurus dengan cepat. Bukan anda sahaja. saya pun sama. Hahahaa. ... Baju dah tempah, kasut dan tudung cantik dah ready semua... tang badan je tinggal nak buat maintenance.




ADA CARA KE UNTUK CEPAT KURUS?

Realitinya, ada je cara kalau nak kurus dengan cepat tapi....ada banyak version juga.Macam-macam ada cuma tepuk dada tanya diri sendiri sahaja, minat version yang macam mana... Version cara orang ada duit, version orang kebulur, version orang desperate. 

1.    Kalau version ada duit, bolehla pergi ke mana-mana slimming world or operate buang lemak. Cepat je hasil kurus tu dapat tapi, duit memang banyaklah kena invest untuk kurus. 

2.    Version orang kebulur pula, boleh juga dengan jangan makan apa-apa. Tahan diri walau macam mana janji dapatla tengok perubahan pada fizikal diri. Janji nampak kurus, kesan yang lain tak payah fikir. Kalau makan pun boleh paksa muntah keluar semula seperti Anoreksia Nervosa.

3.    Version orang desperate pula ada macam-macam, apa sahaja orang offer untuk kurus, dia mesti beli. Makan coklat, boleh kurus dalam seminggu/ sehari ...terus laju je tangan tu masuk to cart dan beli. Tapi bila beli, hasil belum tentu sama seperti promotion yang ada. 

Heeee.... saje je bagi intro yang macam ni. Ni antara jalan yang tak berapa selamatla kalau nak kurus cara cepat. Jangan takut pada kenaikkan badan, itu lumrah kehidupan yang normal, turun naik berat badan. Ada je tips lain yang lebih baik dari options yang diatas. 



TIPS LAIN UNTUK KURUS DENGAN CEPAT

1.    Kurangkan pengambilan Gula dan process sugar: Benda pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan bergula dan process sugar seperti gula-gula, soda, kerepek. By cut off makanan ini dapat mengurangkan pengambilan kalori dan penurunan berat badan dengan cepat.

2.    Tingkatkan Pengambilan Protein : Tingkatkan pengambilan protein yang baik yang diperlukan oleh badan. Seperti Shaklee, selain ESP yang bertindak sebagai complete protein yang baik, kami juga ada Cinch yang mempunyai Lucein iaitu mekanisme membakar lemak dengan effektif dan kekalkan otot.

3.     Perbanyakkan minum air kosong : sebaik-baik air adalah air kosong. Dengan pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari membantu perut rasa kenyang, kekal hidrasi dan secara tak langsung membantu penurunan berat badan. 

4.    Exercise HIIT : HIIT ialah sejenis senaman yang melibatkan aktiviti sengit diikuti dengan tempoh rehat. Senaman jenis ini telah terbukti berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

5.    Tidur yang Cukup : Tidur yang cukup adalah penting untuk penurunan berat badan kerana ia boleh membantu mengawal hormon yang mengawal selera makan dan metabolisme. Bertujuan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap malam.


Gabungan elemen, pemakanan, kualiti tidur dan excercise adalah gabungan terbaik untuk tips kurus dan cepat secara sihat.  Kesimpulannya disini, banyak sahaja tips untuk kurus dengan cepat tetapi semua ini ada hidden syarat iaitu DETERMINATION, CONSISTENT, DISIPLIN DAN KOMITMENT. Adanya 4 elemen ini, semuanya boleh dicapai, insyaAllah. Jangan kata untuk kurus sahaja, sihat, dan kejayaan yang diidamkan. 

Sampai disini sahaja saya boleh share dengan anda kurus dengan cepat. Ambillah langkah yang selamat untuk turunkan berat badan dan janganlah cari fast track kurus yang kita sendiri tak tahu kesannya kemudian. Kerana akhir sekali ia berbalik semula kepada diri kita sendiri. 

Selamat berusaha!


#blogmegashaklee

#nextlevelblogging

#shkleethrive2023

#shakleetriumph2023 

No comments

© MANA • Theme by Maira G.