SLIDER

Tips Travel

7.28.2023

Travel ini adalah satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan bagi saya yang suka travelling.  Manakala travelling ini ada dua style samaada backpack style or well-planned travelling style. Walau bagaimanapun, preparation untuk berjalan tu lebih kurang sahaja persiapannya. 



Melalui pengalaman-pengalaman saya yang telah travel kebanyakkan tempat, disini saya nak share simple tips traveling.

1. Light Packing

Light packing ni, anda perlu tahu berapa lama anda nk travel dan sediakan baju yang mudah untuk basuh serta kering dan paling utama keselesaan ketika berjalan. Setiap negara ada beza cuaca. Study cuaca negara tersebut sebelum packing supaya ada persediaan awal dan tidak gelabah bila tiada baju yang bersesuaian. 


2. Supplement atau ubat-ubatan 

Ini penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang masa anda travel. Tak perlu bawak banyak hanya vitamin yang perlu sahaja especially untuk immune system. Usually, bila travel akan ada setengah orang ada kalah pada perubahan cuaca yang ketra dari negara panas ke sejuk mahupun kering. Sentiasa pastikan anda anda hidrasi sepanjang perjalanan anda.

 


3. Tiba awal di Airport

Ini penting sebabnya kita tak nak kelam kabut bila sampai di airport. Biar awal 2-3 jam awal supaya sekiranya ada apa-apa, kita tak rushing. Pernah sekali expect keluar dah cukup dah masa untuk sampai tapi siapa sangka tengah-tengah jalan tiba-tiba ada roadblock pula. Bukan 30 minit roadblock, dekat sejam setengah roadblock dan kebetulan hari tu, Presiden Obama turun Malaysia.  Jenuh tengok jam dan berdoa untuk sampai tepat pada masanya. Dari situ lesson learn buat kami untuk keluar lebih awal lagi in future.  


4. Pastikan semua dokumen penting dijaga rapi.

Dokumen seperti passport, ic, lesen semua mesti kena jaga dengan baik. Sentiasa pastikan ia berada dalam keadaan selamat. Pastikan anda check time to time bila travel dan sentiasa berhati-hati dengan barang berharga anda bila berjalan. Sekiranya anda pergi ke negara yang ada ramai professional pick pocket, pastikan, anda letakkan barang anda dihadapan anda supaya tidak hilang.


5. Be open-minded

Bila berjalan ke negara orang ini, kita kena open and learn sebab setiap tempat ada perbezaan budaya, gaya hidup dan rules and regulation mereka. Jangan bawa diri kita seperti mana kita di negara sendiri. Travel ini kita kena belajar adopt dan adapt. Tak payah pergi jauh, lihat pada tandas. Di Malaysia, tandas kita basah tapi dinegara luar tandas mereka kering. Jadi belajar untuk adjust diri kita adapt tandas kering. Ada caranya kita boleh buat cara kita dengan prepare satu botol air mineral kosong sentiasa dengan anda dan bila nak masuk tandas, isi dan selesaikan urusan anda. Simple.


6. Be ready for the Unexpected

Percayalah, ada masa ada sahaja perkara yang tak dijangka akan berlaku. Jangan stress-stress. Stress hanya akan merosakkan nikmat travelling. Saya sendiri pernah lalui pelbagai unexpected event semasa travelling.  Dont complaint, ingat Adopt and Adapt! itu rules bila travel. 

Akhir sekali, ingt bahawa setiap perjalanan berjalan ke negara orang mahupun negara sendiri ia adalah satu perjalanan yang sangat unik dan menyeronokkan. Expect the unexpected. Tak semua perjalanan yang kita plan itu akan follow sepenuhnya seperti yang dirancang, kadang-kadang ada sahaja perkara-perkara yang tak disangka muncul. Jangan stress, be open embrace the journey, learn from the experience and enjoy every moment of your travel journey. Thats the fun part of travelling.

Sehingga disini my simple tips travel buat anda dan semoga cebisan sharing ini dapat membantu anda. Happy travelling!    

    


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Pengalaman Pertama Percutian Shaklee Saya

Bila bercakap tentang travel ni. Teringat pengalaman pertama Huda diberikan rezeki untuk rasa percutian Shaklee pada tahun 2014. Segalanya pertama kali buat Huda dan yang sangat mengujakan Huda adalah buat pertama kalinya kaki ini akan jejak negara besar iaitu United States. 

Ketika itu, saya masih bekerja di syarikat swasta dan pada suatu hari mak tanya, Huda, nak tak pergi USA? Tanpa fikir panjang.... jawapan Huda pastilah NAK. Why waste the opportunity bila rezeki ada didepan mata... betul tak? Bagi Huda zaman dulu, USA adalah tempat yang paling susah nak dapat pergi berbanding negara lain. Kalau waktu tu dengar orang belajar di USA, wowww..... habis hebat dahla ketika itu.


2014

Adalah permulaan bagi Huda untuk menikmati percutian Shaklee bersama mak dan ayah and 2014 jugalah adalah the best year of my life. Nama pun first time kan... so banyak perkara yang Huda sendiri tak tahu dengan Shaklee travel style. 



Sebenarnya percutian bersama Shaklee sangat mewah. Sebelum hendak ke USA, pastilah ada breifing tentang itineary ke sana. Kebetulan pula pada tahun itu adalah global conference Shaklee dimana semua ahli Shaklee akan berkumpul disatu tempat dan kali ini di Long Beach, California. Manakala untuk Shaklee Malaysia, selang 2 tahun... pasti akan kembali ke USA. Waktu tu tak boleh bayang macam mana lah rupanya Los Angeles ni.... Excited sangat!!!

Bag yang diterima dari Shaklee. Ini masa nak check in

Sebelum berangkat ke USA, kami diberi beg luggage setiap orang satu, memandangkan kami bertiga...kami dapat 3 bag. Percaya tak, setiap kali travel dengan Shaklee, mesti kita akan dapat bag luggage yang baru. So, bagi yang biasa travel setiap tahun dengan Shaklee, pastilah koleksi luggage bag dia banyak.... Tak cukup dengan itu, sebelum berangkat masuk flight kami juga menerima wang saku dari Shaklee. Ini baru di Malaysia belum touch down lagi di USA.

Perjalanan dari sini ke USA mengambil masa 24 jam tempoh penerbangan dan perbezaan waktu antara Malaysia dan USA juga 24jam. Jadi untuk first timer macam Huda yang fly dan ada jarak perbezaan waktu yang ketara ini memang akan mengambil masa sedikitla untuk adjust.

Muka excited first day samapai di

Di Los Angeles, kami ditempatkan di Hyatt Regency Long Beach berdekatan dengan Long Beach Conference yang akan berlangsung selama 3 hari. Just walking distance untuk kami ke conference talk. Selapas itu, kami dibawa ke Disneyland Los Angeles dan juga Universal Studio Hollywood. 


Shaklee Global Conference Events



Hollywood walk of fame

Selama ni orang bercakap tentang Universal Studio, tapi tak pernah sampai walaupun di negara jiran. Melalui Shaklee, siapa sangka Universal Studio Huda yang pertama adalah Hollywood. Seronokkan bila kita dapat berjalan ke negara orang ini, bukan sahaja jauh perjalanan malah luas pengalaman


Meet Gru and his minion



Sepanjang tempoh berada di USA, pihak Shaklee menjaga kami dengan cukup baik dari semua segi. Dari segi waktu solat, tempat solat, makanan yang halal, sekiranya ada apa-apa masalah, movement dan sehinggakan bag pun kami dijaga oleh pihak Shaklee. Even tukar hotel, beg kami dh ada didalam bilik sebelum kami sampai bilik... to that extent layanan kami dapat ketika itu. 

Di San Fransico pula, kami check-in hotel San Francisco Marriott Marquis dan bila berada di San Francisco, semestinya kami akan dibawa ke Shaklee HQ. Disin, kami disambut oleh Shaklee staff disana dan berkesempatan bertemu dengan para saintis serta melihat sekeliling Shaklee office. 


Kami di depan building Shaklee HQ


Jika dibandingkan travel secara sendiri dan travel bersama Shaklee, travel Shaklee sangat luar biasa sebabnya... melalui Shaklee, Huda dapat merasai travel yang mewah dari segi hotel, layanan, dan adanya element-element suprise gift yang Shaklee sediakan kepada kami sepanjang masa travel dengan Shaklee. 

Melalui Shaklee juga, Huda dapat menikmati impian berjalan seluruh dunia dan banyak tempat telah Huda jejak selepas itu. Yang paling utama sepanjang pengalaman travel bersama Shaklee ini, memori yang paling mahal-la bagi Huda adalah apabila Huda dapat mencipta memori indah travel bersama kedua ibubapa Huda dan juga abg dan kakak ipar sekeluarga. 

So, bila buat business ni bersama keluarga dan kawan-kawan, alangkah seronoknya bila terbayang-bayang bila kita beramai-ramai dapat percutian Shaklee dan cipta kenangan indah bersama. 

Masih tak terlewat untuk mencipta impian bersama. Sekiranya anda berminat untuk membina sebuah perniagaan yang mampu membawa anda ke seluruh dunia, marilah hubungi saya.


#nextlevelblogging

#shakleethriumph2023

#shakleethrive2023

Cabaran 30 Hari Transformasi bersama Shaklee

7.18.2023

 CABARAN 30 HARI KEARAH TRANSFORMASI



Berita Panas!!!!

Bulan ini ada Program baru iaitu Program Transformation selama 30 hari bersama Shaklee. Bagi sesiapa yang dalam planning untuk nak transform diri marilah join program ini bersama saya.

Kali ini, Shaklee bukan sahaja menawarkan Program ini selama 30 hari, malah syarikat juga menawarkan voucher tunai kepada pemenang. 

2 in 1.... 

1) rewardnya adalah turun berat badan kearah berat badan ideal dan 

2) Menang dalam berkumpulan yang melayakkan menang voucher tunai secara berkumpulan.


Bilakah program 30 hari ini berjalan?

Program transformasi berjalan selama 30 hari bermula pada tarikh anda decide untuk mulakan trasnformasi seperti 26hb. Maka 26hb adalah hari pertama sehingga 30hari kemudian.

Apa yang perlu dibuat...

mengambil gambar anda sebelum transformation (depan dan sisi) dan timbang berat badan anda.


MISI?

Misi kami adalah kearah memperbaiki kehidupan kami kearah kesihatan yang lebih baik.


Kita tidak lari dari isu lebih berat badan. Kalau diperhatikan gambar diatas, 44.2% Malaysia mengalami isu overweight yang membimbangkan diantara Southeast Asia.

Program Cabaran 30 Hari Transformasi bersama Shaklee ini bertujuan untuk bantu orang ramai agar kita mengambil inisiatif untuk menyumbang kearah bilangan lebihan berat badan yang makin merisaukan. 

Program ini juga bukan sekadar untuk menurunkan berat badan tetapi selepas anda berjaya menurunkan berat badan, pastinya kesihatan lain akan juga seiiring menjadi lebih baik

 

APA YANG DITAWARKAN?

Untuk program transformasi ini, ada 2 pilihan yang ditawarkan dan setiap produk ini disusun genap untuk pengambilan selama 30 hari.




Set 1 :                                                                            Set 2

1 x Alfalfa Complex (S)                                           1 x Alfalfa Complex (S)

1 x Omega Guard                                                      1 x Omega Guard

1 x Lecithin                                                                1 x Lecithin

2 x Cinch Latte/Choc                                              2 x Cinch Latte/Choc

                                                                                      1 Vivix

*Kedua-dua program ini akan dapat FREE TUMBLR


KENAPA BERKUMPULAN?

Syarat program ini harus membina kumpulan yang terdiri daripada min 3 - 5 orang. Program ini dijalankan secara kumpulan agar kita ada motivasi serta memberi galakkan serta support antara satu sama lain. Bila bekerja dalam kumpulan, baru ada terus bersemangat, betul tak.

Saya sendiri pun akan menyertai Program Transformasi 30 Hari ini dan mencari ahli ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program ini dengan syarat kena beli salah satu produk diatas. Dengan pembelian ini, anda akan dapat free membership malah, kemungkinan boleh dapat cash rebate.


Maka, apa tunggu lagi.... mari sertai dengan saya dan sama-sama kita ambil cabaran transformasi 30 hari kearah BETTER YOU. Sekiranya berminat, boleh hubungi saya ditalian : 012-2285924.

Mari sama-sama kita transform sementara stock masih ada.

Tips Business Online

7.17.2023

 Welcome to the World Without Boundaries!

You can reach the world just at a tip of your finger!

How is it? Cliche tak...


2023 - adalah zaman dimana kita tak mampu keluar dari cengkaman teknologi. Semuanya digital, termasuklah nak bayar duit makan pun thru digital payment. Tak bawak cash pun dah tiada masalah sekarang ini. Janji ada kad/hp dah memadai. Kad tertinggal..... tak mengapa...Qpay adaa....

-------

Maka, tidak hairanlah juga bila business pun kearah ONLINE. Banyak yang shift dari fizikal business ke online business. Bak kata Bill Gates, sekiranya perniagaan anda tiada dalam internet, maka, pastinya anda akan terkeluar dari market anda. Termasuklah MLM juga, yang suatu ketika dahulu hanya menjalankan perniagaan pintu ke pintu tetapi kini, sangat mudah dijumpai dalam internet. 



Dunia digital ni banyak sangat perkara yang boleh dioffer kepada pelanggan serta potential customer tetapi apakah perbezaan yang ada pada kita yang membolehkan kita shine di platform social media. So saya share tips business online yang boleh dijadikan rujukan.


TIPS BUSINESS ONLINE

1. Membina NICHE

mencari Niche dalam business juga boleh dijadikan satu strategy dalam mencari target audience kita. Dengan adanya target audience, lebih mudah untuk kita mencari prospek serta potential consumer untuk membeli produk kita. Berbanding menjual segalanya dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada consumer.

2. Personal Branding

Bab personal branding, adalah satu teknik untuk membina kepercayaan consumer terhadap penjual. Membina kepercayaan melalui dunia cyber sangat sukar kini kerana dengan wujudnya scammer yang makin menjadi-jadi serta kehebatan marketing yang mampu menarik consumer tetapi berbeza dengan personal branding. Consumer boleh melihat serta menilai sendiri mengikut pemerhatian dia untuk dia membina kepercayaan terhadap produk yang digunakan.


3. Optimize social media

Fully utilized social media sangat penting dalam business online. Kini ada facebook, youtube, instagram, pinterest. Banyak medium yang boleh digunakan sebagai platform untuk menjual product. Apabila kita fully utilized segala medium yang ada, amat mudah untuk consumer mencari kita serta nampak kita.  


4. Consistent Sharing

Business online ini seperti kedai yang terbuka 24 jam tanpa tidur. Untuk memastikan kedai kita sentiasa OPEN adalah dengan konsisten sharing. Sharing produk, kebaikan produk, promosi bulanan dan sebagainya. 


Banyak kelebihan business online, ia mungkin tidak menggunakan modal yang besar seperti traditional business tetapi ia memerlukan komitment yang kita berikan kepada perniagaan kita. Lagi kerap kita invest masa, tenaga dan idea dalam menjadikan perniagaan anda mudah ditemui dalam social media, maka lebih mudah anda menjalankan perniagaan dalam talian.


Seperti saya sendiri juga sedang melakukan perniagaan Shaklee secara online. Sekiranya berminat untuk berniaga perniagaan yang kos yang rendah, boleh hubungi saya di talian 0122285924.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleeputrajaya

#shakleereadystockputrajaya

Tips Kerja Dari Rumah

DARI SEORANG WANITA YANG BEKERJA KEPADA "SURIRUMAH" SEPENUH MASA

Saya dulu pernah bekerja disyarikat swasta beberapa tahun dahulu. Pada awal tahun 2019, saya melepaskan jawatan saya dan menjadi sepenuh masa berada dirumah. Dari seorang wanita yang bekerjaya kepada tiada pekerjaaan...semestinya pelbagai perasaan ada.. kerana bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang kita dah biasa dapat.... iaitu PENDAPATAN.

Bila duduk dirumah, saya mula langkah kecil untuk belajar buat business yang kini saya lakukan tetapi bila berada dirumah ini, saya merasakan berada dirumah sangat berbeza suasana bekerja. 

Sememangnya bekerja dari rumah ini kita ada "freedom of time". Tak dinafikan tetapi, sekiranya kita gagal ada disiplin yang kuat dan rutin yang betul, ia boleh jadi sesuatu seperti yang kita gambarkan dalam imaginasi kita. 
 


TIPS BEKERJA DARI RUMAH

Sejak PKP, 2 tahun... kita telah experience kerja dirumah. Tanpa disangka-sangka selama ini yang merasakan kerja dari rumah untuk Malaysia, ia agak mustahil tetapi, asbab Convid-19, rela atau tidak, kebanyakkan terpaksa adapt dengan suasana work from home. 

Walaupun kerja dirumah sangat menarik, fleksible dan mudah tetapi dalam masa yang sama ada cabaran tersendiri. Yang paling expert kerja dari rumah ini pastilah surirumah. Tetapi adakah mustahil untuk seorang surirumah membina sebuah empayar dari rumah? 

Pengalaman saya yang memerhatikan ramai surirumah kini berusaha untuk membuat perniagaan dari rumah dan mereka telah berjaya dalam perniagaan mereka. 

Disini, saya share macam mana nk menghidupkan suasana bekerja dari rumah. 

1. Mengadakan satu designated area untuk bekerja

Bila bekerja dari rumah, pasktikan ada satu area kita set untuk dijadikan "personal office". Dengan adanya personal office, kita akan rasa semangat nak bekerja dirumah. Invest kerusi yang selesa meja dan hiaslah kawasan kerja yang ceria dan menyeronokkan.  Letak sedikit wangi-wangian untuk boost mood bekerja sambil pasang music yang sedap. 

2. Membentuk satu routine

Cabaran duduk dirumah adalah masa. Kalau bekerja dioffice, kita ada fixed work clock. Dimana waktu bekerja adalah 9pg sehingga 5ptg tetapi tidak dirumah. Bila duduk dirumah, tanpa proper planning dalam menjaga masa, akhir sekali tahu-tahu, dah malam dan hari itu tiada apa-apa progress sebab apa... kita ada banyak perkara dirumah yang boleh distract mind kita daripada membuat kerja yang sepatutnya dibuat. Ini belum cerita tentang main hp... sekejap je 3-4 jam boleh habis begitu sahaja dengan hp. Maka, kalau nak buat business dari rumah, kita harus bentuk routine bekerja kita, cumanya ada sedikit fleksibiliti dimana kita boleh start waktu bekerja dari pukul brp sehingga berapa kerana setiap orang ada commitment masing-masing. 

3. Letakkan limit masa 

Bila bekerja dari rumah, kita harus letak limit masa bercakap dengan customer supaya kualiti masa bekerja serta kualiti masa bersama keluarga terjaga. Ini cabaran terbesar kerana bukan mudah untuk limit masa terutama sekali bila customer call tengah malam/ malam-malam untuk tanyakan produk tetapi, pastikan kita ada limit masa supaya tiada yang tersinggung. 

4. Kekal motivasi

Ini perkara paling penting bila duduk dirumah kerana emosi duduk dirumah sangat berbeza daripada duduk di tempat kerja. Bezanya duduk ditempat kerja, kita ada ruang untuk berubah tempat dan mengambil energy baru. Tetapi bila dirumah, itulah tempat kita sentiasa berada 24jam dan kadang-kadang tak terluah perasaan sendiri kepada orang lain. Jadinya, bila bekerja dirumah, kita sendiri perlu ada motivasi diri. Kerapkan mendengar motivasi pagi-pagi supaya setiap hari berjalan dengan penuh semangat. Sekiranya ada cabaran pun, kita boleh bertenang, face it and go through it. 

5.  Terus belajar menimba ILMU

Ilmu sangat penting untuk kita "grow". Duduk dirumah pun kita boleh grow dengan ilmu. Zaman sekarang terlalu banyak online classes yang kita boleh join. Tepuk dada tanya selera.. apa yang nak belajar. Di office, ada training yang diberi kepada pekerja tetapi dirumah tiada. Maka invest sedikit wang untuk belajar supaya otak kita sentiasa berkembang. Dengan ilmu juga kita boleh terapkan dalam business yang kta jalankan. Jangan hanya fokus kepada kewangan, otak juga perlukan pengisian dan bukan itu sahaja, ia juga membantu meningkatkan self-esteem kita. Kadang-kadang psikologi kita bila jarang jumpa orang, kita rasa self-esteem kita mula menurun sebab kurangnya pergaulan. Maka dengan ambil insiatif belajar, ia membantu meningkatkan keyakinan kita.

6. Pastikan kawasan bekerja sentiasa kemas

Ini sangat penting kerana ia akan memberi impak kepada mood. Cuba ingat zaman kita kecik-kecik dulu, bila rumah bersepah mesti mak marah sebab sepahkan rumah, kan? Bila bersepah mesti mood satu hari terus kelaut. Tak caya tanya surirumah kita... hehehehe. So, bila bekerja dirumah, pastikan tempat kerja kita sentiasa kemas dan jangan pula meja jahit, meja makan, meja mainanan semua satu tempat. Nanti otak akan terdistract daripada membuat kerja rumah daripada business. Belum cerita mood. Bila mood dah tiada, satu kerja pasti tidak berjalan. 


Akhir kata...banyak sahaja tips mengenai kerja dari rumah... yang utama kita harus belajar untuk menguruskanya dengan baik. Sekiranya rasa mustahil, percayalah saya telah melihat ramai surirumah berjaya membuat perniagaan dari rumah malah lebih berjaya daripada saat mereka bekerja. Sekiranya suatu masa dulu kita bekerja dan kini tiada pekerjaan, dan ingin berimpian untuk memulakan perniagaan dari rumah untuk menjana pendapatan. Percayalah anda boleh. 


Sampai disini sahaja coretan saya hari ini.

Take care everyone!


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleeputrajaya

#shakleereadystockputrajaya


© MANA • Theme by Maira G.