SLIDER

Tips Kerja Dari Rumah

DARI SEORANG WANITA YANG BEKERJA KEPADA "SURIRUMAH" SEPENUH MASA

Saya dulu pernah bekerja disyarikat swasta beberapa tahun dahulu. Pada awal tahun 2019, saya melepaskan jawatan saya dan menjadi sepenuh masa berada dirumah. Dari seorang wanita yang bekerjaya kepada tiada pekerjaaan...semestinya pelbagai perasaan ada.. kerana bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang kita dah biasa dapat.... iaitu PENDAPATAN.

Bila duduk dirumah, saya mula langkah kecil untuk belajar buat business yang kini saya lakukan tetapi bila berada dirumah ini, saya merasakan berada dirumah sangat berbeza suasana bekerja. 

Sememangnya bekerja dari rumah ini kita ada "freedom of time". Tak dinafikan tetapi, sekiranya kita gagal ada disiplin yang kuat dan rutin yang betul, ia boleh jadi sesuatu seperti yang kita gambarkan dalam imaginasi kita. 
 


TIPS BEKERJA DARI RUMAH

Sejak PKP, 2 tahun... kita telah experience kerja dirumah. Tanpa disangka-sangka selama ini yang merasakan kerja dari rumah untuk Malaysia, ia agak mustahil tetapi, asbab Convid-19, rela atau tidak, kebanyakkan terpaksa adapt dengan suasana work from home. 

Walaupun kerja dirumah sangat menarik, fleksible dan mudah tetapi dalam masa yang sama ada cabaran tersendiri. Yang paling expert kerja dari rumah ini pastilah surirumah. Tetapi adakah mustahil untuk seorang surirumah membina sebuah empayar dari rumah? 

Pengalaman saya yang memerhatikan ramai surirumah kini berusaha untuk membuat perniagaan dari rumah dan mereka telah berjaya dalam perniagaan mereka. 

Disini, saya share macam mana nk menghidupkan suasana bekerja dari rumah. 

1. Mengadakan satu designated area untuk bekerja

Bila bekerja dari rumah, pasktikan ada satu area kita set untuk dijadikan "personal office". Dengan adanya personal office, kita akan rasa semangat nak bekerja dirumah. Invest kerusi yang selesa meja dan hiaslah kawasan kerja yang ceria dan menyeronokkan.  Letak sedikit wangi-wangian untuk boost mood bekerja sambil pasang music yang sedap. 

2. Membentuk satu routine

Cabaran duduk dirumah adalah masa. Kalau bekerja dioffice, kita ada fixed work clock. Dimana waktu bekerja adalah 9pg sehingga 5ptg tetapi tidak dirumah. Bila duduk dirumah, tanpa proper planning dalam menjaga masa, akhir sekali tahu-tahu, dah malam dan hari itu tiada apa-apa progress sebab apa... kita ada banyak perkara dirumah yang boleh distract mind kita daripada membuat kerja yang sepatutnya dibuat. Ini belum cerita tentang main hp... sekejap je 3-4 jam boleh habis begitu sahaja dengan hp. Maka, kalau nak buat business dari rumah, kita harus bentuk routine bekerja kita, cumanya ada sedikit fleksibiliti dimana kita boleh start waktu bekerja dari pukul brp sehingga berapa kerana setiap orang ada commitment masing-masing. 

3. Letakkan limit masa 

Bila bekerja dari rumah, kita harus letak limit masa bercakap dengan customer supaya kualiti masa bekerja serta kualiti masa bersama keluarga terjaga. Ini cabaran terbesar kerana bukan mudah untuk limit masa terutama sekali bila customer call tengah malam/ malam-malam untuk tanyakan produk tetapi, pastikan kita ada limit masa supaya tiada yang tersinggung. 

4. Kekal motivasi

Ini perkara paling penting bila duduk dirumah kerana emosi duduk dirumah sangat berbeza daripada duduk di tempat kerja. Bezanya duduk ditempat kerja, kita ada ruang untuk berubah tempat dan mengambil energy baru. Tetapi bila dirumah, itulah tempat kita sentiasa berada 24jam dan kadang-kadang tak terluah perasaan sendiri kepada orang lain. Jadinya, bila bekerja dirumah, kita sendiri perlu ada motivasi diri. Kerapkan mendengar motivasi pagi-pagi supaya setiap hari berjalan dengan penuh semangat. Sekiranya ada cabaran pun, kita boleh bertenang, face it and go through it. 

5.  Terus belajar menimba ILMU

Ilmu sangat penting untuk kita "grow". Duduk dirumah pun kita boleh grow dengan ilmu. Zaman sekarang terlalu banyak online classes yang kita boleh join. Tepuk dada tanya selera.. apa yang nak belajar. Di office, ada training yang diberi kepada pekerja tetapi dirumah tiada. Maka invest sedikit wang untuk belajar supaya otak kita sentiasa berkembang. Dengan ilmu juga kita boleh terapkan dalam business yang kta jalankan. Jangan hanya fokus kepada kewangan, otak juga perlukan pengisian dan bukan itu sahaja, ia juga membantu meningkatkan self-esteem kita. Kadang-kadang psikologi kita bila jarang jumpa orang, kita rasa self-esteem kita mula menurun sebab kurangnya pergaulan. Maka dengan ambil insiatif belajar, ia membantu meningkatkan keyakinan kita.

6. Pastikan kawasan bekerja sentiasa kemas

Ini sangat penting kerana ia akan memberi impak kepada mood. Cuba ingat zaman kita kecik-kecik dulu, bila rumah bersepah mesti mak marah sebab sepahkan rumah, kan? Bila bersepah mesti mood satu hari terus kelaut. Tak caya tanya surirumah kita... hehehehe. So, bila bekerja dirumah, pastikan tempat kerja kita sentiasa kemas dan jangan pula meja jahit, meja makan, meja mainanan semua satu tempat. Nanti otak akan terdistract daripada membuat kerja rumah daripada business. Belum cerita mood. Bila mood dah tiada, satu kerja pasti tidak berjalan. 


Akhir kata...banyak sahaja tips mengenai kerja dari rumah... yang utama kita harus belajar untuk menguruskanya dengan baik. Sekiranya rasa mustahil, percayalah saya telah melihat ramai surirumah berjaya membuat perniagaan dari rumah malah lebih berjaya daripada saat mereka bekerja. Sekiranya suatu masa dulu kita bekerja dan kini tiada pekerjaan, dan ingin berimpian untuk memulakan perniagaan dari rumah untuk menjana pendapatan. Percayalah anda boleh. 


Sampai disini sahaja coretan saya hari ini.

Take care everyone!


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleeputrajaya

#shakleereadystockputrajaya


No comments

© MANA • Theme by Maira G.