SLIDER

Tips Travel

Travel ini adalah satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan bagi saya yang suka travelling.  Manakala travelling ini ada dua style samaada backpack style or well-planned travelling style. Walau bagaimanapun, preparation untuk berjalan tu lebih kurang sahaja persiapannya. 



Melalui pengalaman-pengalaman saya yang telah travel kebanyakkan tempat, disini saya nak share simple tips traveling.

1. Light Packing

Light packing ni, anda perlu tahu berapa lama anda nk travel dan sediakan baju yang mudah untuk basuh serta kering dan paling utama keselesaan ketika berjalan. Setiap negara ada beza cuaca. Study cuaca negara tersebut sebelum packing supaya ada persediaan awal dan tidak gelabah bila tiada baju yang bersesuaian. 


2. Supplement atau ubat-ubatan 

Ini penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang masa anda travel. Tak perlu bawak banyak hanya vitamin yang perlu sahaja especially untuk immune system. Usually, bila travel akan ada setengah orang ada kalah pada perubahan cuaca yang ketra dari negara panas ke sejuk mahupun kering. Sentiasa pastikan anda anda hidrasi sepanjang perjalanan anda.

 


3. Tiba awal di Airport

Ini penting sebabnya kita tak nak kelam kabut bila sampai di airport. Biar awal 2-3 jam awal supaya sekiranya ada apa-apa, kita tak rushing. Pernah sekali expect keluar dah cukup dah masa untuk sampai tapi siapa sangka tengah-tengah jalan tiba-tiba ada roadblock pula. Bukan 30 minit roadblock, dekat sejam setengah roadblock dan kebetulan hari tu, Presiden Obama turun Malaysia.  Jenuh tengok jam dan berdoa untuk sampai tepat pada masanya. Dari situ lesson learn buat kami untuk keluar lebih awal lagi in future.  


4. Pastikan semua dokumen penting dijaga rapi.

Dokumen seperti passport, ic, lesen semua mesti kena jaga dengan baik. Sentiasa pastikan ia berada dalam keadaan selamat. Pastikan anda check time to time bila travel dan sentiasa berhati-hati dengan barang berharga anda bila berjalan. Sekiranya anda pergi ke negara yang ada ramai professional pick pocket, pastikan, anda letakkan barang anda dihadapan anda supaya tidak hilang.


5. Be open-minded

Bila berjalan ke negara orang ini, kita kena open and learn sebab setiap tempat ada perbezaan budaya, gaya hidup dan rules and regulation mereka. Jangan bawa diri kita seperti mana kita di negara sendiri. Travel ini kita kena belajar adopt dan adapt. Tak payah pergi jauh, lihat pada tandas. Di Malaysia, tandas kita basah tapi dinegara luar tandas mereka kering. Jadi belajar untuk adjust diri kita adapt tandas kering. Ada caranya kita boleh buat cara kita dengan prepare satu botol air mineral kosong sentiasa dengan anda dan bila nak masuk tandas, isi dan selesaikan urusan anda. Simple.


6. Be ready for the Unexpected

Percayalah, ada masa ada sahaja perkara yang tak dijangka akan berlaku. Jangan stress-stress. Stress hanya akan merosakkan nikmat travelling. Saya sendiri pernah lalui pelbagai unexpected event semasa travelling.  Dont complaint, ingat Adopt and Adapt! itu rules bila travel. 

Akhir sekali, ingt bahawa setiap perjalanan berjalan ke negara orang mahupun negara sendiri ia adalah satu perjalanan yang sangat unik dan menyeronokkan. Expect the unexpected. Tak semua perjalanan yang kita plan itu akan follow sepenuhnya seperti yang dirancang, kadang-kadang ada sahaja perkara-perkara yang tak disangka muncul. Jangan stress, be open embrace the journey, learn from the experience and enjoy every moment of your travel journey. Thats the fun part of travelling.

Sehingga disini my simple tips travel buat anda dan semoga cebisan sharing ini dapat membantu anda. Happy travelling!    

    


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

No comments

© MANA • Theme by Maira G.