Pengalaman Pertama Percutian Shaklee Saya
Bila bercakap tentang travel ni. Teringat pengalaman pertama Huda diberikan rezeki untuk rasa percutian Shaklee pada tahun 2014. Segalanya pertama kali buat Huda dan yang sangat mengujakan Huda adalah buat pertama kalinya kaki ini akan jejak negara besar iaitu United States.
Ketika itu, saya masih bekerja di syarikat swasta dan pada suatu hari mak tanya, Huda, nak tak pergi USA? Tanpa fikir panjang.... jawapan Huda pastilah NAK. Why waste the opportunity bila rezeki ada didepan mata... betul tak? Bagi Huda zaman dulu, USA adalah tempat yang paling susah nak dapat pergi berbanding negara lain. Kalau waktu tu dengar orang belajar di USA, wowww..... habis hebat dahla ketika itu.
2014
Adalah permulaan bagi Huda untuk menikmati percutian Shaklee bersama mak dan ayah and 2014 jugalah adalah the best year of my life. Nama pun first time kan... so banyak perkara yang Huda sendiri tak tahu dengan Shaklee travel style.
Sebenarnya percutian bersama Shaklee sangat mewah. Sebelum hendak ke USA, pastilah ada breifing tentang itineary ke sana. Kebetulan pula pada tahun itu adalah global conference Shaklee dimana semua ahli Shaklee akan berkumpul disatu tempat dan kali ini di Long Beach, California. Manakala untuk Shaklee Malaysia, selang 2 tahun... pasti akan kembali ke USA. Waktu tu tak boleh bayang macam mana lah rupanya Los Angeles ni.... Excited sangat!!!
Bag yang diterima dari Shaklee. Ini masa nak check in |
Sebelum berangkat ke USA, kami diberi beg luggage setiap orang satu, memandangkan kami bertiga...kami dapat 3 bag. Percaya tak, setiap kali travel dengan Shaklee, mesti kita akan dapat bag luggage yang baru. So, bagi yang biasa travel setiap tahun dengan Shaklee, pastilah koleksi luggage bag dia banyak.... Tak cukup dengan itu, sebelum berangkat masuk flight kami juga menerima wang saku dari Shaklee. Ini baru di Malaysia belum touch down lagi di USA.
Perjalanan dari sini ke USA mengambil masa 24 jam tempoh penerbangan dan perbezaan waktu antara Malaysia dan USA juga 24jam. Jadi untuk first timer macam Huda yang fly dan ada jarak perbezaan waktu yang ketara ini memang akan mengambil masa sedikitla untuk adjust.
Muka excited first day samapai di |
Di Los Angeles, kami ditempatkan di Hyatt Regency Long Beach berdekatan dengan Long Beach Conference yang akan berlangsung selama 3 hari. Just walking distance untuk kami ke conference talk. Selapas itu, kami dibawa ke Disneyland Los Angeles dan juga Universal Studio Hollywood.
Hollywood walk of fame |
Sepanjang tempoh berada di USA, pihak Shaklee menjaga kami dengan cukup baik dari semua segi. Dari segi waktu solat, tempat solat, makanan yang halal, sekiranya ada apa-apa masalah, movement dan sehinggakan bag pun kami dijaga oleh pihak Shaklee. Even tukar hotel, beg kami dh ada didalam bilik sebelum kami sampai bilik... to that extent layanan kami dapat ketika itu.
Di San Fransico pula, kami check-in hotel San Francisco Marriott Marquis dan bila berada di San Francisco, semestinya kami akan dibawa ke Shaklee HQ. Disin, kami disambut oleh Shaklee staff disana dan berkesempatan bertemu dengan para saintis serta melihat sekeliling Shaklee office.
Kami di depan building Shaklee HQ |
Jika dibandingkan travel secara sendiri dan travel bersama Shaklee, travel Shaklee sangat luar biasa sebabnya... melalui Shaklee, Huda dapat merasai travel yang mewah dari segi hotel, layanan, dan adanya element-element suprise gift yang Shaklee sediakan kepada kami sepanjang masa travel dengan Shaklee.
Melalui Shaklee juga, Huda dapat menikmati impian berjalan seluruh dunia dan banyak tempat telah Huda jejak selepas itu. Yang paling utama sepanjang pengalaman travel bersama Shaklee ini, memori yang paling mahal-la bagi Huda adalah apabila Huda dapat mencipta memori indah travel bersama kedua ibubapa Huda dan juga abg dan kakak ipar sekeluarga.
So, bila buat business ni bersama keluarga dan kawan-kawan, alangkah seronoknya bila terbayang-bayang bila kita beramai-ramai dapat percutian Shaklee dan cipta kenangan indah bersama.
Masih tak terlewat untuk mencipta impian bersama. Sekiranya anda berminat untuk membina sebuah perniagaan yang mampu membawa anda ke seluruh dunia, marilah hubungi saya.
#nextlevelblogging
#shakleethriumph2023
#shakleethrive2023
No comments
Post a Comment