SLIDER

Tips Memulakan Amalan Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah penting untuk kesihatan yang menyeluruh untuk tubuh badan kita. Dari Mr. Google sendiri kita boleh dapat pelbagai informasi tentang amalan gaya hidup sihat. Isunya adalah bagaimanakah untuk memulakan amalan gaya hidup sihat ini?



1. Tidur yang Berkualiti.

Dapatkan tidur yang cukup untuk membolehkan badan anda berehat dan cergas. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 7-9 jam tidur berkualiti setiap malam. Tahukah anda waktu tidur yang baik adalah sebelum pukul 11 malam. Ini kerana pada waktu tersebut, hati akan melakukan nyah toksin secara semulajadi bermula pada pukul 11 malam sehingga 3 pagi. Penjagaan tidur yang berkualiti akan membantu kesihatan badan malah memberi tenaga kepada keesokkan harinya.

2. Stress

Tekanan stress yang tinggi akan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita dan stress juga emosi yang sering kita gagal untuk kawal. Tekanan kehidupan dari segi pekerjaan, kewangan, dirumah, kehidupan social adalah faktor stress. Gagal kawal stress menyebabkan depresi yang kritikal sehingga ada sesetengah orang mengambil tindakan yang ektreme. 

Sangat penting untuk kita belajar tangani stress dengan kata-kata positif, praktis menghargai diri sendiri, ambil masa tempoh bertenang disamping belajar untuk mengunakkan teknik bernafas yang betul dan melakukan aktiviti/hobi yang anda minati bagi mengelakkan stress

3. Diet yang Seimbang

Point diet seimbang ni tak boleh lari dari amalan gaya hidup kerana pemakanan menentukan kesihatan kita. Pemakanan yang teratur serta pilihan pemakanan yang baik akan memberi kesan kepada kesihatan kita. 

Pemakanan yang sihat yang berasaskan piramid makanan serta kurangkan makanan berproses, gula serta garam yang tinggi dan elakkan makanan berwarna kerana pemakanan ini boleh menganggu pembesaran kanak-kanak. 

Pemilihan makanan yang baik adalah makanan yang "close to nature" seperti nasi, sayuran, keledek, buah-buahan.   

4. Exercise / Senaman

Melakukan senaman bagi ketingkatan kesihatan bagi membina otot serta berat badan yang ideal.



Rajah diatas adalah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


5.  Kebersihan dan Keselamatan

Zaman sekarang, pelbagai virus kini muncul dan trigger kesihatan kita, maka, kebersihan dan keselamatan sangat penting dalam kehidupan harian kita. Menjaga kebersihan pada diri serta sekeliling kita dengan mengamalkan tabiat cuci tangan dengan kerap serta persekitaran bagi mengelakkan penyakit tak diundang seperti denggi 

6. Tidak merokok

Berdasarkan KKM, merokok meningkatkan risiko 10x ganda akibatnya lebih 40 jenis penyakit akan didapati pada perokok. Ini kerana merokok boleh menjejaskan semua organ dan tisu di dalam badan. Asapnya sahaja mengandungi 4000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 bahan yang boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Bayangkan anda adalah perokok dan perokok bukan sahaja mengancam diri sendiri tetapi juga orang sekeliling yang menghidu asap rokok.

7. Menjaga kehidupan bersosial (social life) 

Hidup bersosial pun sebahagian dalam amalan gaya hidup sihat kerana fitrah manusia hidup dalam komuniti memupuk aktiviti bersosial bagi meningkatkan kesihatan mental dan jasmani. 

8. Lakukan aktiviti pemeriksaaan kesihatan berkala. 

Amat penting bagi kita melakukan aktiviti pemeriksaan kesihatan berkala bagi penyelia keadaan kesihatan kita dari masa ke semasa. Melalui pemeriksaan berkala, kita boleh ambil langkah pencegahan atau menjalankan rawatan lebih awal sekiranya kita dapati terdapat masalah pada kesihatan kita sebelum terlewat. 


Tips Memulakan Amalan Gaya Hidup Sihat.

Jangan memulakan kesemuanya secara serentak. Baru-baru ini saya belajar bahawa untuk membina sesuatu habit yang baru, kita harus memilih SATU ATAU DUA tindakan atau perkara yang paling mudah untuk dimulakan serta yang mudah dicapai terlebih dahulu. Ini kerana melalui tindakan kecil dan mudah dicapai akan memberi motivasi kepada diri kita sendiri untuk mencapai tindakan lain seterusnya daripada lakukan amalan gaya hidup sihat secara total dan akhirnya hangat-hangat tahi ayam.

Sebagai contoh :

Dalam keseluruhan amalan gaya sihat yang ada, saya nak mulakan dengan minum air kosong. 

So, mulai esok kita start melakukan 1 sahaja tindakan yang baru seperti minum air kosong. Lakukan ia sehingga ia menjadi "normal" untuk diri kita. 


TAHUKAH

Amalan Gaya Hidup Sihat ini seumpama membina satu habit yang baru dan baik. Sedangkan kita sedar bahawa untuk membina sesuatu habit bukannya mudah kerana kita sering kalah membina sesuatu tabiat baru dalam diri kita akibat kerana kita berlawan dengan kata-kata OTAK kita sendiri. 

" tak bolehlah, susahlah, Kau bolehla aku tak boleh, dah tua nak ubah apanya." 

itulah kata-kata OTAK yang akan beri signal "protective" kepada badan kita especially bila badan kita Stress. Protective signal itu adalah " comfort zone" yang badan kita sudah biasa dengan aktiviti kita. Maka, untuk membina sesuatu habit adalah satu cabaran untuk setiap orang. 






Jadinya untuk membina habit selama 21hari adalah satu cabaran yang besar untuk diri kita sendiri. Maka, dengan memulakan sesuatu yang mudah akan memberi signal kepada otak kita bahawa, habit yang baru kita cuba bina ini tidak memberi impak yang menakutkan untuk diri kita 

Setelah habit menjadi sebahagian dari program badan kita, maka.. ia akan jadi normalisasi dan kemudian kita memilih satu lagi tindakan yang lain untuk jadikan habit yang 

Maka, sedikit demi sedikit, kita berjaya embedded amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian kita daripada melakukan semua dan akhirnya kecundang ditengah jalan. 

Bak kata pepatah Melayu " sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Ok, jomlah kita bina satu habit yang baru kearah amalan gaya hidup sihat. Investment untuk diri sendiri dan menerima keuntungan pada masa hadapan. 




#nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #pengedarshakleePutrajaya #shakleereadystockputrajaya



No comments

© MANA • Theme by Maira G.