SLIDER

Shaklee Testimoni : Detox dengan Vivix

Entri hari ini saya ingin ceritakan tentang pengalaman saya detox tentang VIVIX tetapi 

 AMARAN KERAS!

Ini bukan overclaim, tetapi ini adalah penceritaan dari pengalaman saya sebagai ujikaji kepada diri saya sendiri. Don't simply try this without consultation. Saya pesan awal-awal ya. Ini adalah cerita pengalaman saya semata-mata. Semua dilakukan adalah atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.


Dalam tempoh PKP 1.0 dimana kebanyakkan masa saya habis makan, makan, baring, tidur, main game dan sebagainya sampai satu tahap dimana hormon saya jadi hire wire. Kemudian bukan tu sahaja, kulit saya jadi kasar, pori makin besar, period dah makin teruk, tapak kaki merekah teruk, sakit lutut, jerawat tak berhenti-henti dan pastinya berat badan makin teruk sampai satu tahap setiap kali makan berat badan akan naik sampai sekilo. Saat tu keterdesakkan diri nak cari solution yang paling cepat. Apa sahaja janji boleh solve problem sendiri.


KETERDESAKKAN DAN SOLUTION YANG PANTAS.

Akibat dua faktor ini menyebabkan saya tak sabar dan suatu hari kakak ipar saya suggest sesuatu tetapi suggestion yang datang bersama amaran. Amaran dia adalah, daya ketahanan selama dua minggu. Dalam masa yang sama juga saya mula membeli ebook dari Shopee yang berharga RM0.90 hingga ke RM1.00 dan baca tentang PCOS, Hormone dan sebagainya. Apa yang ada beli!Haaaa... dan buku pertama yang saya baca waktu tu PCOS dan kesan PCOS kalau melarat. Waktu tu checklist dia more than 1/2 dari checklist tu symptomnya saya ada.  Sambung pula dengan hormone, detox juice, etc dan sehinggalah saya jumpa ke intermittent fasting. 


Ketakutan terhadap kesan penyakit kepada kesihatan tubuh badan saya menakutkan saya sehingga saya decide untuk buat hardcore detox selama 14 hari tanpa solid food atau nama lain kita panggil dia water fasting. Water fasting adalah perkara yang saya buat sebelum saya dapat tahu tentang IF.


PENGALAMAN NO FOOD SELAMA 14 DAYS

No food but only VIVIX. Itulah dia rahsianya, saya buat detox melalui VIVIX, tanpa sebarang solid food. Liquid only. 

Pengalaman saya, first saya kena bagitahu mental saya yang saya tidak boleh makan. Hanya 3L air dicampur bersama vivix selama 14 hari. Hari pertama, saya kerap ke bilik air. Membuang segala toksik yang paling busuk dalam perut keluar. senang kata najisnya hitam dan berbau... selama 4 hari. Dalam tempoh ini memang saya tak boleh keluar rumah sebab akan kerap pergi toilet. Dari 85kg kepantasan turun berat badan sangat cepat. Nampak sangat saya berat air. Slowly, kekerapan ke tandas makin berkurangan bila badan dah terasa kosong. Kerak-kerak najis semuanya keluar, memang puasla.

Kemudian, bila kita tak ada solid food, ingatkan tak boleh hidup. Sebenarnya palsu semua tu, selagi ada air, in Sha Allah tidak la teruk sangat laparnya seperti yang dijangka sebelum ini. Dalam tempoh 7 hari, badan mula rasa letih sebab tiada apa-apa untuk diconvert sebagai tenaga kan. tapi tak apa, demi misi nak result yang cepat!

Masuk hari ke-8, craving mula kick off dalam badan dan malam jadi macam owl, tak boleh tidur. Tambah pula tengok rancangan-rancangan makanan. Asyik whatsapp dengan Sarah nak makan ni lepas boleh makan. Craving is no joke. Waktu ini hanya berkira-kira hari untuk habis 14hari. Tetapi apa yang saya perasan dalam tempoh water fasting ini, badan saya lebih ringan, lebih fokus, dan kurang letih sehinggakan saya boleh drive sepanjang hari dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan terus ke Kelantan. 9 jam perjalanan dan sampai Kelantan pun saya masih ada tenaga lebihan.


DETOX DENGAN VIVIX

Sebenarnya bukan saya sahaja pernah lakukan detox dengan Vivix. Ramai lagi yang pernah cuba tapi bagi saya, Saya amalkan dengan vivix kerana property yang ada pada vivix dimana ia mampu memperbaiki sehingga ke cell DNA. Alang-alang nak repair, kasi terus ke DNA level.



KEBAIKAN WATER FASTING
  • Menurunkan berat badan
  • Autophagy
  • Membantu meningkatkan kepekaan terhadap insulin dalam badan
  • Kejelasan dan tumpuan minda yang tajam
  • Membantu menetapkan corak pemakanan dan tabiat makan yang tidak elok
  • Mengalakkan sistem penghadaman rehat supaya dapat membenarkan organ badan melakukan proses pembaikpulih

KEBURUKKAN WATER FASTING TANPA SUPPLEMENT

  • Water fasting tanpa bantuan supplement sangat merugikan kerana dengan bantuan supplement, ia dapat membantu cell memberi nutrient yang cukup kepada badan kita.
  • Muscle Loss. kita nak maintainkan muscle tapi losskan fats. tanpa supplement, muscle loss mesti menurun
  • Potensi kepada extreme cravings dan impak kepada psikologi makan menyebabkan makan ikut nafsu.

Selepas tempoh 14 hari, dari yang craving nak makan macam-macam tu terus hilang sebab rasa sayang nak break the circle tetapi dengan mulakan liquid food terlebih dahulu then slowly ke normal food. Awal-awal nak break tu rasa sayang sebab badan tengah dalam fasa yang sangat selesa, ringan, perut clear dan bertenaga tetapi cara saya nak control intake makan adalah melalui IF beserta dengan supplement Shaklee yang lain. Hasilnya, dalam tempoh enam bulan ke setahun saya buat tracking period dan akhirnya result
  • Period cycle menjadi konsisten dan cantik.
  • BMI turun ke normal range
  • Berat badan menurun
  • Penghadaman lebih baik
  • Lidah lebih mudah sensitif kepada manis menyebabkan saya akan pastikan kurang pengambilan gula.
  • dan banyak lagi. 

Antara testimoni saya yang paling saya gembira lakukan dan setiap kali saya nak mulakan detox, saya akan lakukan detox vivix supaya saya dapat bagi perut saya rehat sebentar.


Sebagai agen Shaklee, saya bukan sahaja fokus untuk menjual sepenuhnya tetapi saya menggunakannya dan merasai shaklee effect yang berkesan kepada diri saya sendiri. Banyak Shaklee effect telah saya rasai sejak dari zaman belajar sehingga ke hari ini dan bulan ini ada pula promosi Vivix serta combo-combo yang lain.




Bulan ini ada promosi Vivix, ResV dan kombinasi ResV dan Vivix. 

Sekiranya berminat boleh hubungi saya 012-2285924

Setelah anda mencuba produk ini, anda boleh share Shaklee testimoni anda bersama saya.


#nextlevelbloggin

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleeputrajaya

#shakleereadystockputrajaya

No comments

© MANA • Theme by Maira G.