SLIDER

Kenali dan Cara Mengatasi Jeragat Pada Muka

Jeragat yang dikenali sebagai pigmentation biasanya terjadi kepada kaum wanita dan lelaki tetapi kerap kali menjadi isu sensitif tentang jeragat muka pastilah kaum wanita sebab ia melibatkan penampilan dan keyakinan seseorang. 




Pigmentation berlaku apabila warna kulit bertukar menjadi tompok-tompok gelap pada sesetengah area pada kulit kita terumatamanya pada kulit wajah berbanding kulit asal kita. Kulit wajah adalah paling jelas kelihatan akibat wajah adalah area yang paling terdedah kepada matahari dan sebagainya. 


Kulit yang normal mempunyai sel melanocytes yang menghasilkan melanin, pigmen yang berwarna perang pada kulit tetapi apabila melanocytes dihasilkan atau mengeluarkan rembesan secara abnormal, maka terjadilah pigmentation / jeragat. Pigmentation boleh dipengaruhi oleh


1. Sinaran UV 
Sinaran UV adalah penyumbang terbesar kepada perubahan kulit. Pendedahan kulit kepada matahari yang berlebihan boleh menyebabkan penghasilan melanin yang berlebihan pada kulit yang menyebabkan tompok-tompok gelap pada kulit terbentuk.



2. Perubahan pada Hormon
Ini terjadi apabila wanita mengandung atau mengalami perubahan pada hormon. Perubahan hormon boleh mempengaruhi sintesis melanin. Malah keradangan pada kulit seperti jerawat, ekzema atau psoriasis boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran melanin di kawasan yang terjejas, menyebabkan penghasilan bintik-bintik gelap atau tompok selepas keradangan hilang.

3. Ubat-ubatan dan Bahan Kimia.
Sesetengah ubat seperti antibiotik atau kemo akan menyebabkan perubahn pigmentasi sebagai kesan sampingan. Manakala, pemakaian produk pemutihan kulit juga yang mempunyai bahan kimia dalam produk-produk pencerahan juga boleh memberi kesan terhadap jeragat tak sekata pada kulit wajah apabila penggunaan secara tidak betul.


PENJAGAAN JERAGAT 

Teknologi sekarang mampu menangani perihal jeragat. Cuba lihat di papan iklan, banyak facial, produk yang telah fokus kepada pigmentation. Hakikatnya, apa yang perlu kita tahu adalah bagaimana cara untuk menjaga kulit dengan baik bagi mengawal serta mengurangkan tompok-tompok pigmentation. Tipsnya adalah

1. Pakai UV Protection
Memandangkan kulit kita sering terdedah dengan sinaran matahari yang kuat, adalah sangat penting untuk memakai SPF30 ke atas. Digalakkan re-apply SPF setiap dua jam terutama sekali bila berada di luar.

2. Cleanser
Gunakan cleasing yang lembut pada kulit dua kali sehari serta sebaiknya elakkan pemakaian clenaser or scrub muka yang kasar yang akan memberi kesan kepada jeragat. Sesudah basuh, hendakla tekap muka dan bukan gosok secara kasar.



3. Exfoliate
Exfoliate yang kerap boleh membantu kulit untuk mengeluarkan sel-sel mati dan mengalakkan pembentukkan sel yang baru. Antara bahan kimia pengelupasan yang lembut adalah seperti alfa hidroksi (AHA) atau asid hidroksi beta (BHA) dan pengggunaan mengikut kadar yang disarankan. 

4. Mencari Bahan yang boleh Membantu untuk Penjagaan Jeragat seperti
  1. Vitamin C - tidak asing lagi kerana Vitamin C adalah anti-oksidan yang tinggi yang bukan sahaja membantu mencerahkan kulit malah ia membantu mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit kita. 
  2. Niacinamide - yang paling sekarang dipasaran. Ia boleh membantu menghalang pengeluaran melanin dan meratakan tona jeragat.
  3. Licorice Extract -  Bahan-bahan semulajadi yang boleh membantu mencerahkan kulit
  4. Retinoids - wujud dalam Vitamin A berfungsi untuk pusing ganti sel kulit dan menggalakkan tona kulit yang lebih sekata

Permasalahan jeragat atau pigmentasi boleh diatasi dengan penjagaan kulit yang baik. Sebaiknya, carilah produk penjagaan kulit yang natural dan bebas dari bahan kimia yang terlarang/merbahaya demi kesihatan kulit untuk jangka masa yang panjang. Banyak cara untuk mejaga serta merawat jeragat yang kini ada dipasaran malah di salon-salon kecantikan. Setiap process pemulihan mengambil masa, terus amalkan secara konsisten dan pasti keberkesanan terserlah.


#nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shakleetrhrive2023 #pengedarshakleeputrajaya #shakleereadystockputrajaya

No comments

© MANA • Theme by Maira G.