SLIDER

Doa yang Bagus untuk Wanita

Bila bercakap tentang Doa. Banyak doa yang baik-baik untuk diamalkan. Kalau cari di google search tentang doa yang bagus untuk wanita ini, yang keluar mesti antaranya doa jodoh dan doa cantik rupa paras.

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA DIAMALKAN

Bagi saya antara amalan yang baik untuk diamalkan sebelum berdoa adalah dengan mulakan dengan Al-Fatihah.


Bagi saya Al-Fatihah ini adalah pembuka kepada segala doa. Sebaiknya amalkan 41x bacaan Al-Fatihah selepas solat fardhu dan doalah apa sahaja doa yang dihajati.

Antara doa yang bagus untuk kita selit dalam doa adalah

  1. Doa keampunan atas segala salah silap yang telah kita lakukan selama ini.
  2. Doa kepada kedua ibubapa kita, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, guru-guru serta seluruh muslimin dan muslimat.
  3. Doa ketetapan iman dan terangkan hati melihat kebenaran.
  4. Doa perlindungan daripada ancaman, bencana alam, niat jahat manusia dan musibah yang tidak diingini
  5. Doa untuk perlindungan hati daripada terjerumus perkara-perkara yang tidak baik
  6. dan paling utama, doalah untuk meminta agar sentiasa berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Lastly, dalam doa mintalah segala-galanya yang terbaik untuk anda kerana doa itu adalah sebuah nikmat yang Allah turunkan kepada kita. Gunakanlah kehebatan doa kerana doa adalah sebaik-baik senjata bagi umat Islam untuk perlindungan diri dan meminta kepada Allah SWT. Kita adalah hambaNya yang kerdil malah tiada daya untuk melawan takdir yang Allah telah tetapkan kepada kita. 

Melalui doa jua, kita mampu merubah takdir kita. Semuanya dengan IzinNya.

Apa pun jua amalan, pastikanlah amalan itu dilakukan secara konsisten. Tiada doa yang khusus buat doa yang bagus untuk wanita tetapi berdoalah apa sahaja walaupun sekecil-kecil hajat. Begitulah coretan untuk kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



No comments

© MANA • Theme by Maira G.