SLIDER

Mengapa B- Complex perlu untuk Kurus?

Bila datang sampai peak emosi stress, saya akan cari B-Complex untuk bantu saya untuk tenangkan diri. Selalu bercakap tentang STRESS, MENGANDUNG kita mesti kaitkan dengan B Complex tapi kali ini, apa kaitan Vitamin B Complex dengan Kurus? 



Shaklee menawarkan pelbagai suplemen vitamin B, setiap satu mengandungi kombinasi vitamin B yang terdiri daripada:



1.    Thiamin (B1)

  • Membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga dan penting untuk fungsi saraf dan otot yang sihat.
  • Ia berperanan untuk metabolisme karbohidrat yang membantu mengatur kadar gula dalam darah. 
  • Kekurangan B1 dalam badan akan menyebabkan gangguan kepada sistem cognitif (daya ingatan) dan pencernaan

2.    Riboflavin (B2)

  • Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kesihatan kulit, mata dan fungsi sistem saraf
  • Berfungsi pada bahagian metabolisme lemak, protein dan karbohidrat yang membantu pertumbuhan serta pembahagian sel.
  • Selain itu, B2 membantu mengurangkan tekanan fizikal seperti sakit kepala dan kemurungan
  • Kekurangan B2 dalam badan menyebabkan ia terhasil kepada masalah kulit dan gangguan sistem pencernaan
  • juga bertindak sebagai anti-oxidant

3.    Niasin (B3)

  • Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kesihatan kulit, saraf, dan fungsi sistem penghadaman
  • Membantu menurunkan produksi protein yang mengangkut kolestrol di dalam darah

4.    B6

Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk fungsi otak, fungsi sistem imun, dan penghasilan hormon dan neurotransmitter

5.    Folic Acid (B9)

Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat, terutamanya semasa mengandung. Ia juga membantu menghasilkan sel darah merah.

6.    B12

Membantu menghasilkan sel darah merah dan penting untuk fungsi sistem saraf.

7.    Biotin

Membantu menukar makanan kepada tenaga dan penting untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat

8.    Pantothenic Acid (B5)

Seperti B yang lain, ia membantu badan untuk mendapat tenaga dari makanan dan juga terlibat dalam pengeluaran hormon dan kolestrol

 

Kalau dilihat dari kekuatan setiap satu ingredient dalam B Complex, kebanyakkan membantu untuk sistem saraf, kulit, rambut, kuku... tetapi mananya fungsi B Complex untuk kurus? Mengapa B Complex Perlu untuk Kurus?

Disini saya akan share macam mana B Complex perlu untuk Kurus? 



APAKAH MEKANISME YANG MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PENGURUSAN BERAT BADAN?


1. Penghasilan tenaga : Vitamin B adalah penting dalam penghasilan tenaga. Dari karbohidrat, lemak dan protein, ia membantu dan menyokong pengeluaran tenaga dan membantu individu kekal gaya hidup aktif dan membakar kalori dengan lebih berkesan.

2. Pengaturan gula darah :Vitamin B1 (Tiamin) dan B6 (P6), penting untuk mengawal paras gula dalam darah. Dengan menstabilkan gula dalam darah, VItamin B boleh membantu mencegah lonjakan/penurunan tahap tenaga yang boleh menyebabkan makan makanan berlebihan.

3. Pengurusan Tekanan : Stress sentiasa dikaitan dengan penambahan berat badan, kerana bila stress, otak akan mula mencari makanan yang boleh membantu turunkan stress. Sedangkan dalam di dalam B Complex, B5, B12 memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal tindak balas tekanan badan dan membantu individu mengawal stress dengan lebih berkesan

4. Hormon : Vitamin B membantu pelbagai hormon dalam badan termasuk metabolisme dan kawalan selera makan. Apabila hormon berada dalam keadaan yang stabil, secara tidak langsung boleh menyokong usaha penurunan berat badan.

TETAPI....

Tetapi sekiranya tahap pengambilan B Complex yang tidak mencukupi dalam badan akan menyebabkan kadar metabolisme menurun dan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Vitamin B sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan tubuh badan. Tetapi, kalau sekadar makan Vitamin B tanpa disertakan pemakanan yang seimbang, aktivit fizikal dan gaya hidup yang sihat adalah kombinasi terbaik untuk mencapai dan kekalkan berat badan yang sihat.

Seperti basikal, sekiranya hanya bergantung satu tayar untuk bergerak, mampukah ia berfungsi secara optimum? Untuk dapat hasil yang diidamkan, B-Complex digabungkan dengan Set Kurus lain yang mempunyai mekasime menurunkan berat badan akan membantu anda turun berat badan yg diidamkan. 


Antara B Complex terbaik adalah B Complex Shaklee kerana ia menyediakan complete group of B Family yang diperlukan oleh badan. Anda juga boleh dapatkan penambahan informasi dari blog Master Norita



Boleh hubungi saya seperti dibawah untuk pembelian atau pertanyaan lebih lanjut.

Hubungi / Whatsapp Saya di : 012-2285924




No comments

© MANA • Theme by Maira G.