SLIDER

Set Puasa

Chillies, Dakgalbi...ahhhh sedapnya!!!! Time nak puasa nilah kita teringin nak makan macam-macam. 




Pejam celik tinggal lagi 16 hari kita dah nak mula berpuasa. Nafsu makan tu macam setahun nak puasa. Sudahkah semua buat preparation untuk puasa ni? Baju raya dah beli ke? Mental dah ready ke untuk puasa? Duit raya dah asingkan dah ke? Dah fikir ke tahun ni balik rumah siapa dulu tahun ni? Kejap-kejap-kejap....ini preparation nak puasa ke nak raya ni? Hehehhehee.... Apa-apa pun sebelum kita menikmati raya.... kita nikmati puasa dulu ya. Ganjaran dan nikmat terbesar bagi kaum Islam iaitu bepuasa. Sebaiknya, kita menikmati puasa dengan keadaaan kekal bertenaga dengan Set Puasa dalam tempoh berpuasa. Yelah kan, dah setahun kita jarang-jarang nk berpuasa kecuali Ramadhan kan. Bagi yang rajin berpuasa Isnin-Khamis, alhamdulillah, syabas saya ucapkan. Saya sendiri pun adalah manusia yang duduk dalam kategori pertama tu. InsyaAllah akan improve diri dari masa ke semasa. 

Biasa tak, bila dah lama tak berpuasa, hari pertama puasa rasa sangat lemah. Terutama sekali waktu berkerja sebab bangun awal, lepas tu pergi kerja dan time rehat adalah time tidur sebab letih tak makan dan minum? Lepas tu balik kerja, penat duduk dalam jem then balik rumah tunggu lagi tak sabar untuk tunggu waktu berbuka sebab nak minum air. Dengan je azan pertama, terus cepat-cepat ambil segelas air teguk sekali gus dan berteguk-teguk kemudian untuk lepaskan rasa dahaga seharian. Ada tak yang rasa macam itu? Lepas dah minum berteguk-teguk... time nak solat kembung perut sebab minum terlalu banyak dan makan serentak. Biasa benda ni berlaku pada saya juga dulu..tipulah kalau tak pernah kan.  Tahun lepas lagi kelakar tengok anak buah sendiri menangis-nangis mintak nk buka puasa sebab dahaga sangat... padahal lagi 10 minit je lagi tu nak berbuka puasa hanya sebab dahaga. Nasib baikla baru berapa tahun baru... kalau dah besar panjang mau kena ganti semula puasa dia. Hahahahaa...

Tahun ini, jomlah kita buat sesuatu berbeza dengan mulakan puasa dengan Set Puasa. Tempoh sebulan berpuasa ini, misi utama adalah untuk kekal bertenaga dan kekal hidrasi sepanjang hari sebab aktiviti harian tetap dijalankan seperti biasa tak kiralah time berpuasa mahupun tidak. Yang penting, kita mesti tetap kekal produktif.



Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee semudah ....1-2-3.... 
  1. ESP : adalah protein yang berkualiti tinggi yang membekalkan 9 asid amino yang lengkap yang diperlukan oleh badan dalam membantu badan kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.
  2. Cinch Coklat : Merupakan pemakanan gantian yang mempunyai Lucein untuk membantu kekal bertenaga, kenyang dan kurangkan nafsu makan ketika berbuka puasa.
  3. Performance Drink : membantu badan kekal hidrasi setelah seharian berpuasa dan tenaga berpanjangan. Performance drink terdiri dari dua jenis Performance Drink Orange dan Lime. Kedua-duanya sedap dinikmati ketika berbuka puasa dan membantu badan bertenaga untuk melakukan ibadat dimalam hari.



Kenapa saya sarankan Set Puasa ini,
  1. Mudah. Bangun pagi, mesti kita nak buat benda yang mudah tak memakan masa yang lama untuk prepare Sahur. 
  2. Mesra Pengguna. Set ini bukan sahaja sesuai untuk anda malah untuk and sekeluarga amalkan.
  3. Sihat. Pelbagai manfaat untuk sistem penghadaman dan membantu badan berasa sihat dan bertenanga.
  4. Lembut. Pengambilan ini lembut pada perut dimana ia membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa.

Rugi ya kalau anda tidak grab peluang Set Puasa ini sebab ia membantu kita untuk kekal bertenaga untuk berpuasa serta membuat ibadah dimalam hari. Bulan Ramadhan ini, kita sama-sama nak berusaha untuk memaksimumkan ibadah kita sebaik mungkin untuk mendapat Redha Allah SWT. Betul kan. 
Semoga, Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin Ya Mujib.

P/S : Jangan tunggu lama-lama, promosi ini hanya untuk bulan sahaja. Selain itu, beli set ini, anda dapat FREE SHAKER. Shake-Shake.....minum! Best kan....

Nak tahu lebih lanjut boleh,
Hubungi saya : https://wasap.com.my/0122285924/setramadhan123


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#megablog
#pengedarshakleePutrajaya
#readystockshakleePutrajaya

No comments

© MANA • Theme by Maira G.