Terima Kasih Tulang BelakangKu
19/4/2014, saya berkesempatan
untuk turun ke Hotel Pullman Putrajaya Lakeside untuk CELEBRATE Master Coordinator, Master Azrin.
Sepanjang Master Ceremony dijalankan, satu part yg menarik perhatian saya apabila beliau ucapkan adalah TERIMA KASIH TULANG RUSUKKU, iaitu
suaminya. Ketika itu juga, beliau menyuruh setiap pasangan suami isteri bangun dan membuat sesi luahan rasa sebagai tanda penghargaan kepada si suami/ isteri yang banyak membantu serta bersabar dengan perniagaan mereka. Ia benar-benar menyentuh jiwa saya. Memandangkan saya masih lagi single, tidaklah saya hendak katakan tulang
rusukku, sebab sampai sekarang belum kutemui lagi tulang rusukku.hehehehe.
Tetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh ucapkan kepada sesiapa. Masih ada lagi, terutamanya KEDUA IBUBAPA SAYA.
Maka dikesempatan ini, saya ini saya
mengubah sedikit kepada TERIMA KASIH TULANG BELAKANGKU iaitu kedua ibubapa
saya yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan tidak putus-putus membimbing
dari setiap sudut untuk anaknya mencapai kejayaan. Setiap kehendakku dituruti,
setiap keingginanku dipenuhi. Pastinya belum tentu dapat kubalas semua jasamu
dan masih mengharapkan BERKAT DOA KEDUA IBUBAPAKU.
Melihat pengorbanan yang dibuat
oleh kedua ibubapaku dengan usia mereka yang kian meningkat, Saya KAGUM dengan SEMANGAT mereka dan BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T kerana telah memberi mereka
kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan.
Mereka juga tidak lain dan tidak
bukan adalah upline saya, yang membimbing saya mempelajari dunia perniagaan
Shaklee. Permulaan perjalanan Shaklee diperkenalkan oleh Hj Roslan kepada ibu
dan bapa saya dimana ketika itu ayahku sakit akibat gout. Tanpa disedari sudah
15 tahun, kami mengambil produk ini sebagai pemakanan tambahan kami. Dari
pemakanan menjadi sebuah perniagaan dan Alhamdulillah kini perniagaan ini bukan
sahaja kedua ibubapaku yang berkecimpung dalam bidang ini, malah saya juga
turut melibatkan diri dalam perniagaan ini.
Secara tidak langsung, ia menjadi
seperti satu family business dimana ahli keluarga bersama-sama membuat
perniagaan dibawah payung yang sama.
Untuk maklumat lanjut berkaitan penajaan
pendapatan atau keahlian atau pembelian produk, boleh berhubung saya melalui
Email : nhuda.h@gmail.com
Call/ Whatsapp : 012-2285924
Love,
No comments
Post a Comment