Impian Bagaikan Belon Panas
Hari ini terasa ingin menulis sebuah cerita tentang belon panas. Bila tengok gambar HOT BALLON, saya nampak ia bagaikan sebuah impian. Dimana, ia memerlukan api untuk menaikkan belon tersebut hingga tinggi ke awan biru.
Hot Ballon in Capadocia, Turkey |
Tanpa api, belon itu tidak akan naik ke atas. Apabila terfikir akan impian sendiri. Kadang-kadang kita mengimpikan berada di atas awan yang tinggi tetapi diri masih duduk menyepi di kerusi yang lusuh. Melihat belon-belon panas lain yang tinggi di angkasa, pasti perasaan cemburu itu timbul.
Saya sendiri mempunyai pelbagai impian yang ingin dikecapi tetapi adakalanya padam ditengah jalan. Ia disematkan di dalam hati dan merintih hari ke hari. Kadangkala,impian itu terbakar tetapi belon itu masih diatas tanah. Yang mana satukah yang kita inginkan? Terpadam? Ia terbakar dan masih berada diatas tanah atau ia terbang tinggi ke udara dengan gahnya?
No comments
Post a Comment