SLIDER

Kelebihan Hari Arafah

Assalamualaikum,

Sempena bulan Zulhijah yang mulia ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang Wukuf dan Arafah memandangkan kita tinggal lagi beberapa hari lagi untuk menyambut Hari Raya Haji .

Wukuf adalah kemuncak haji yang sangat penting dimana wukuf di Arafah adalah antara rukun haji yang dituntut oleh jemaah Haji untuk melakukannya. Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Dari Abdul Rahman binYa'mur r.a katanya, bahwa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : :Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah.

Kelebihan hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji sahaja yang berada di Tanah Suci. Dengan izin Allah yang Maha Besar Lagi Maha Penyayang , Dia memberikan kenikmatan pada kita yang tidak dapat menunaikan haji dengan berpuasa pada hari Arafah.


Berpuasa pada Hari Arafah adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w

" Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya". (Hadith Muslim)

Dalam hadith Rasulullah s.a.w juga bersabda,

" Tiada satu hari pun dalam setahun yang amalan kebaika padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid." (Hadith Ahmad)

Sedikit sebanyak, ingin saya kongsikan, marilah kita bersama-sama merebut peluang kebaikan ke jalan Allah SWT supaya kita berada dalam keredhaan-Nya.

Amin.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.