SLIDER

Hormon Unstable

Bismillahirahmanirrahim & Assalamualaikum, 

Bermula pula kisah saya dan musuh ketat wanita ' jerawat'.

Dimana ia bermula selepas umur saya 23 tahun, hormon mula tidak stabil dan menyebabkan jerawat keluar tanpa henti. Mulalah kisah peperangan saya dengan muka sendiri. Waktu tu, muka kemerah-merahan, keluar semua jerawat halus & muka berminyak. Aduhaiii malunya bila nak keluar jumpa orang. Rasa nak pakai paper bag sorok muka.

Waktu saya ingatkan masalah pembersih muka yang saya pakai. Jenuhlah setiap kali pergi Watsons or Guardian, saya akan beli pembersih muka yang baru dengan harapan kulit muka akan pulih seperti biasa. Namun, ia tetap juga begitu. Tiada perubahan.

Waktu itu jugaklah, saya masuk balik ke Universiti untuk sambung my Master study. Lemah betul semangat bila nak pergi kelas, jumpa orang dengan muka berminyak-minyak, berjerawat etc. Memang betullah orang kata, wanita boleh hilang confidence diri bila rasa diri sendiri tak cantik (itu apa yang saya rasa)

Sampailah mak suggest makan GLA. GLA adalah untuk hormon. Katanya hormon saya tak stabil dan
cuba amalkan. Dengan makan yang konsisten, perlahan-lahan masalah jerawat surut, dan period kembali normal dan sehingga hari ini, saya amalkan GLA setiap malam untuk kesihatan saya.


Amalan Harianku : GLA 2-3 biji sehari

Sesungguhnya kulit saya ni ada pasang surutnya, jadi saya amalkan GLA bukan sahaja untuk hormon malah untuk kelebihan-kelebihan yang lain.

Entri akan datang akan saya kongsikan kebaikan serta kelebihan GLA.

*Cerita ini hanya berkaitan perihal diri saya dan tidak melibatkan sesiapa dalam pengalaman sendiri.




No comments

© MANA • Theme by Maira G.