Back When I was 13 Years Old
17 tahun yang lalu,
bermula episode perubahan corak pemakan dalam keluarga kami. Kalau dahulu,
pagi-pagi pasti ada sekeping roti dan air milo. Tetapi pada suatu hari, di atas
meja, ada secawan kecil air protein, multi-vitamin, Vita C & B-Complex (hanya asas sahaja) disamping roti & air panas.
Amalanku Harian :
Amalanku Harian :
1 Cawan Teh ESP
1 biji B-Complex
1 biji Multi-Vitamin Vita Lea
1 Vitamin-C
* Dimakan selepas makan
Saya ni bukanlah pengemar makan vitamin mahupun ubat-ubat doktor. Bayangkan umur dah cecah 13 tahun masih lagi minum air segelas untuk makan sebiji vitamin sahaja. Akhirnya, air habis diteguk, vitamin yang tertinggal didalam cawan. Itulah cerita lucuku suatu ketika dahulu. Bayangkan bertapa payahnya sebiji vitamin untuk ditelan.
Tetapi, itu bukanlah bermaksud saya dapat lepas daripada ibuku yang pasti setiap hari duduk sebelahku untuk pastikan saya telan jugak vitamin sebelum pergi ke sekolah.
Hanya emak akan cakap, makan ini, ini bagus untuk kesihatan. Tanpa soal banyak makan sahaja apa yang diberi oleh mak waktu dahulu. Lama-kelamaan, anak tekak dah besar sedikit untuk telan vitamin-vitamin itu tanpa susah payah. Alhamdulillah.
In sha Allah entri akan datang saya akan kongsikan kelebihan vitamin-vitamin yang saya amalkan.
Love,
Huda
In sha Allah entri akan datang saya akan kongsikan kelebihan vitamin-vitamin yang saya amalkan.
Love,
Huda
No comments
Post a Comment