SLIDER

Shaklee into Our Life

Bismillahirahmanirrahim & Assalamualaikum,


Hari ini saya ingin berkongsi cerita permulaan pengenalan kewujudan Shaklee dalam kehidupan saya dan ahli keluarga saya.

Ia bermula pada ketika ayah sakit kuat akibat gout yang sehingga menyebabkan dia terlantar di atas katil selama beberapa bulan. ketika itu, Shaklee diperkenalkan oleh seseorang Shaklee Distributor kepada kedua ibubapa saya untuk mencuba Shaklee sebagai alternatif kepada ubat doktor. Pada waktu itu,  penyakit gout ayah sangat krtikal sehinggakan badannya imun dengan ubat doktor (kerana terlampau banyak ubat dalam badan)

Dipendekkan cerita, ayah mula mengamalkan pemakanan tambahan dan alhamdulillah perkembangan kesihatan ayah makin pulih. Walaupun ia memakan masa untuk pulih,  namun ia tetap memberi kesan positif kepada kesihatan ayah. Sejak dari situ, emak mula memberi saya adik beradik vitamin untuk kesihatan kami sekeluarga.

Alhamdulillah sehingga hari ini, kami masih mengamalkan pemakanan tambahan Shaklee dalam kehidupan harian kami untuk kesihatan kami sekeluarga.


Sekian coretan saya untuk entri kali ini. Sehingga ketemu lagi entri akan datang.



No comments

© MANA • Theme by Maira G.