SLIDER

Motivasi : Beat Your Own Record

Tahun lepas diberi rezeki untuk jejak kaki di Switzerland. Asbab business Shaklee, peluang menjejaki kaki di negara orang tu tidak mustahil. Negara yang masyaAllah cantiknya tak boleh digambarkan. Walaupun beribu gambar ditangkap ia masih tidak boleh lawan dengan pandangan mata kasar manusia.


Saya diberi kesempatan berada disana selama seminggu dan dapat jejak dua gunung iaitu Gunung Titlis dan Jungfrau. 3hari 2 malam berada di Lucerne dan selebihnya kami duduk di Laussane. Ketika di Laussane, pihak Shaklee arranged untuk kami makan malam bersama Presint Shaklee iaitu Mr. Roger Barnett dekat The Olympic Museum bertemakan pakai traditional. 

The Olympic Museum


To cut the story shot, disini kami dapat suprise gift daripada Mr. Roger kepada setiap ahli yang hadir sebuah jam tangan Swatch limited edition Olympic Museum. Semua orang teruja betul bila dapat suprised gift dan masing-masing sibuk bergambar dengan hadiah yang diterima. 

Bergambar dgn Mr. Roger


Best gift eva

Sebaik sahaja sampai hotel, saya terus buka hadiah kami dan apa yang menarik perhatian saya adalah quote yang tertulis dibelakang jam itu. Quote yang betul-betul memberi motivasi untuk saya dan perkataan yang ditulis adalah 

"BEAT YOUR OWN RECORD"

Lepas tengok ayat ini, tergiang-giang dari tidur sampai bangun tidur pun teringat wording ni. Beat your own record, sentiasa bermain dalam kotak fikiran. Especially bila ada cabaran, ayat yang sangat powerful yang boleh change emotion kita yang down kepada fighting spirit seperti mana ahli-ahli olympic yang kerap kita tengok dalam tv. Derang bukannya  berlawan sesama mereka tetapi apa yang mereka cuba fight adalah untuk beat record mereka yang lalu untuk menjadi lebih baik. 

Nowdays kalau ada yang bertanya saya apa kata-kata motivasi yang saya suka, saya akan jawab, Beat your own record dan secara tak langsung, ayat ni bagi signal dekat otak saya, AKU BOLEH!

Normalla kadang-kadang kita ada masa emosi zen tu kita tenang sahajalah tapi kalau bila rasa stress, rasa emosi tak stabil or rasa tak mampu or rasa macam  loser sahaja, saya akan kerap cakap quote ni dekat diri saya sendiri untuk ubah mood atau fikiran saya dari yang negatif kepada positive.

Ini adalah salah satu motivation word favorite saya dalam beratus-ribu quote yang pernah saya suka. Saya pasti setiap orang ada kata-kata motivasi word yang dekat dengan hati masing-masing untuk memberi semangat pada diri. Itu sahaja entry saya hari ini see you in next entry.


#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleeputrajaya

#shakleereadystockputrajaya


No comments

© MANA • Theme by Maira G.