SLIDER

Blog: Projek Blog Mega 1.0

Projek Blog Mega 1.0. Singkat tapi Bermakna




Bila sesawang yang lesap dalam tempoh setahun muncul semula. Masa tu berlalu dengan cepat sampai tak sedar blog saya pun malap begitu sahaja. Dua minggu lepas, berkat Allah memberi ilham kepada 2 mastermind yang cetus idea “Projek Blog Mega 1.0” secara besar-besaran iaitu Master Norita dan Master Salwa Zeyn. MasyaAllah, dengan Izin Allah juga, saya diberi kesempatan untuk join this program and sekaligus, sesawang yang sunyi kembali aktif semula dan dapat sambung semula cerita blog diet saya yang tergendala.


Brainstorming tentang Blog



Zaman sekarang ini, terlalu banyak medium yang boleh dipakai untuk sesi pemasaran, contohnya TikTok, Instagram, Facebook, Youtube. Even, saya personally, antara social media yang aktif adalah Instagram sbb ia mudah, dengan letak gambar, caption sedikit settle. Even facebook pun boleh kira dengan jari bila buka dan nyaris untuk tutup Facebook for good sebab dah tidak minat nak guna. Itu pun nasib baik saya tak ada TikTok akaun. Jadinya, bila social media medium terlalu banyak, memang sukar ya nak keep up dengan semuanya dan antara mangsa yang dilupakan semestinya blog 🤭 Mujur ada projek blog mega 1.0 ni,  saya dapat switch dari Instagram ke Blog semula.

Shaklee Motto 2023



My personal view tentang project mega blog ini yang pertama sekali saya terima secara peribadi dari Project Blog Mega 1.0 adalah the excitement. Excitement untuk membina semula langkah saya dalam blog ini yang sekian lama terhenti. Excitement of having great teamwork. Teamwork sesama Shaklee members, baik yang pernah saya kenal personally dan belum pernah berkenalan secara dekat which means Shaklee as one. Selain itu, secara indirectly project ini mengajar how does business works seperti mana Master Norita brief dalam final group meeting. Although project blog mega hanya bersiaran dua minggu dan dua entry, banyak knowledge baru, tips yang dikongsi bersama.

To be honest, saya rasa bersyukur sangat atas kesempatan yang diberikan to be in the circle, walaupun pada awalnya itu agak mencabar juga bila nak mula menulis sebab dah biasa upload gambar je kerjanya (main Instagram). Alhamdulillah berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari organizer, sedikit demi sedikit, saya dapat momentum menulis secara santai. Bila organizer dah umumkan kemunculan Project Blog Mega 2.0, semoga together, we THRIVE for success.


#shakleetrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmega





No comments

© MANA • Theme by Maira G.