SLIDER

Eksperimen Tanpa Intermittent Fasting

Membuat sesuatu yang berbeza dengan menjalankan Eksperimen Tanpa Intemittent Fasting





Tahun lepas 2022, adalah tahun dimana saya buat Eksperimen Tanpa Intermittent Fasting. Ramai yang berkata diet adalah sebuah journey. Saya sangat setuju sebab, ia adalah proses untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pada tahun 2021, saya kekal berat badan pada 65kilo dan size baju M. Kebetulan pada awal tahun 2022, saya pergi menunaikan Umrah pada bulan 1 dan selama tempoh tersebut, saya tidak melakukan Intermittent Fasting. Selepas pulang ke Malaysia, kami kena quarantine di hotel selama 7 hari (based on government rules, which waktu tu setiap yang balik Umrah kena quarantine either hotel/ MAEPS) dan saya masih consume makan secara biasa. 

Ketika selama tempoh quarantine, saya dapat idea gila dimana saya nak Eksperimen sendiri sekiranya Tanpa Intermittent Fasting. Dengan begitu yakinnya saya nekad untuk buat begini kerana saya tahu bahawa saya boleh reverse semula my body dengan IF sebab IF memang berhasil dengan saya. Tapi, one of my online class IF inform, " why not you explore yourself and get to know your strength and weakness". I thought, why not? Memandangkan sekarang pun saya tak continue buat IF lagi, why not.. buat Crazy Eksperimen. Tambah pula bila baru balik travel then kena terperap quarantine seminggu di hotel, mulalah ada macam-macam craving.






To cut the story short,  target pertama adalah buat eksperimen untuk tiga bulan tapi tanpa sedar, masa terlalu cepat, eksperimen ni terbabas selama setahun. Throughout the process, banyak perkara yang saya belajar tentang diri sendiri. Misi utama Eksperimen Tanpa Intermittent Fasting ni adalah untuk tengok sendiri, berapa lama tempoh after effect IF sekiranya saya tidak lagi buat IF dan amalkan habit saya sebelum buat IF untuk kembali ke berat badan saya sebelum IF. Kelakar kan, selalu dah kurus orang terus kekalkan kurus tetapi saya rasa nak buat sesuatu kelainan untuk lihat bahagian mana kelemahan saya sebenarnya sebab saya dah tahu cara untuk turunkan berat badan dengan mudah. Jadinya apa saya buat kali ini, saya nak buat eksperimen untuk berapa lama tempoh untuk badan saya back to square one sekiranya tidak amalkan Intermittent Fasting dan kemudian, saya akan tackle semula melalui Intermittent Fasting. 

Antara outcome dari eksperimen tanpa intermittent fasting selama tempoh setahun, 

1. Berat badan pastilah naik, tipulah kalau kata tak naik tetapi amazingnya ia tidak naik mendadak seperti dulu dimana berat badan asal dulu 85kg. Walaupun naik dalam masa tempoh ini, berat badan naik tetapi masih bawah 80kg.

2. Makan style. Saya belajar tentang diri saya sendiri bahawa saya tidak boleh makan lebih dari dua meal. Kalau makan tiga kali sehari, badan akan bloated dan cepat sebu. Apatah lagi kalau ada yang diet suruh makan 5kali sehari (concept makan sikit-sikit tapi kerap), saya rasa boleh rabak perut ni.

3. Dalam tempoh ini juga, saya sedar dalam mana-mana process untuk turunkan berat badan adalah dengan menjaga waktu tidur. Dalam tempoh setahun, saya tidak jaga waktu tidur, maka, lebih cepat berat badan naik dan kulit kusam.

4. Bodyfats meningkat and part yang naik mendadak adalah tummy dan lengan. Benarlah seorang coach saya pernah cakap waktu attend kelas Meal Preparation, " kalau kita jaga makan sekali pun tapi tidak excercise, lemak tidak hilang tapi hanya kecut, kalau tidak jaga makan dan tanpa excercise, body ada potensi untuk kembang seperti dahulu". Betul, lepas buat experiemen ini, mulalah saya ingat semula kata-kata ni. Benarlah memang bodyfats saya naik tinggi. Sebab antara kesilapan saya dulu saya tidak excercise. Kalau dulu excercise, mungkin tak teruk sangat lemak tu kot.

5. Cravings. Lepas biar diri sendiri tak terkawal makan buatkan cravings mencanak-canak. Waktu IF ada jarang ada cravings tapi, tanpa IF, cravings pada carbo tu menjadi-jadi. 

6. Keletihan melampau. Ini paling jelas sebab, asal buat kerja sendiri badan jadi letih. Huda adalah jenis heavy driver, drive kesana sini selesaikan urusan parents. Ada one time, buat kerja sedikit sahaja, badan terus flat sehari. 






Ini antara perkara-perkara yang saya eksperimen sendiri. Mesti pelik kenapa dah berjaya buat IF tiba-tiba biarkan badan tu naik gemuk semula? Menyesal tak buat eksperimen ni?

Jawapannya, half-half diantara menyesal dan tidak sebab apa tau, partly menyesal sebab prolongedkan tempoh eksperimen tanpa IF dan half yang tidak menyesal tu antara sebabnya, Huda sendiri belajar impact dan effect sekiranya setiap decision yang saya decide kepada diri sendiri dan bila pernah capai bentuk badan ideal yang saya sendiri suka dan lepas itu, naik. Saya yakin bahawa saya lebih suka dengan berat badan yang saya capai ketika dalam Intermittent Fasting. Somehow, diet is a journey and along the road its a learning process, tak salah pun mencuba sesuatu yang lain tapi yang utama kena tahulah jalan pulang untuk jaga kesihatan sendiri. Adakala tu, saya sendiri terasa terlebih confidence dengan diri sendiri sedangkan saya sendiri yang merosakkan diri sendiri (* ini cerita suatu ketika dahulu sebelum mula IF). Kesihatan kita, kita kita sendiri kena jaga sebab segala yang masuk dari mulut kita sendiri adalah dari tangan kita sendiri. 

So, bagi sesiapa yang pernah diet, berjaya dan pernah diet tapi tak berjaya tu, janganlah risau. Anda boleh dapatkan semula momentum yang tepat untuk turunkan berat badan sekiranya anda tahu caranya. Dulu macam-macam cara untuk turunkan berat badan ini, tapi antara yang saya amat serasi dengan  Intermittent Fasting. 

Sampai sini sahaja entry saya tentang my test lab Eksperimen tanpa Intermittent Fasting 


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeputrajaya

No comments

© MANA • Theme by Maira G.