SLIDER

Fasting Hours dalam Intermittent Fasting

Selalu kita dengar tentang Intermittent Fasting dan ramai juga sudah mengamalkan Intermittent Fasting. Ada yang berpuasa 16 Jam, ada yang 18 jam dan ada yang lebih 20 jam. Mana satu yang sesuai untuk diri sendiri?

Antara jam-jam dalam buat Intermittent Fasting


Dalam entry saya kali ini, saya ingin share tentang tempoh Fasting Hours dalam Intermittent Fasting. Walaupun ada yang dah tahu tentang hours tetapi masih tak berapa pasti macam mana nak implement dalam daily activity.

Ada pelbagai jenis Fasting Hours dalam Intermittent Fasting antaranya :-
  • 12:12 bersamaan dengan 12 jam puasa dan 12 jam makan
  • 14:10  bersamaan 14 jam puasa dan 10 jam makan
  • 16:8 (paling famous), 16 jam puasa dan 8 jam makan
  • 20:4 bersamaan 20 jam puasa dan 4 jam makan (OMAD)
  • 24 jam berpuasa
  • 36 jam berpuasa


Intermittent Fasting

Nampak macam susah bukan? Sebab terasa boleh ke tidak puasa selama itu? Mampukah diri ini puasa lebih daripada 16jam? Dulu Huda pun ada masalah untuk fahamkan Fasting Hours dalam Intermittent Fasting ini sendiri walaupun bermacam-macam  information ada di internet seperti Diet OMAD, The Warrior Diet, Prolonged Fasting dan sebagainya. Tapi hakikatnya tidaklah complex sangat nak fahamkan IF ini malah mudah sahaja. Fasting Hours dalam guideline Intermittent Fasting adalah standard dan bukanlah fixed. 

Kelebihan tentang Intermittent Fasting ini, tempoh fasting hours adalah bergantung kepada kemampuan diri anda sendiri. Anda sendiri akan tetapkan masa mula berpuasa dan masa makan anda sendiri dan yang seronoknya masa kita tidur pun masih dikira sebagai puasa. Contoh pada first timer, sekiranya anda tidak biasa berpuasa dan ingin cuba lakukan IF, boleh mulakan dengan 10:14 iaitu 10 jam berpuasa dan 14 jam tempoh makan atau 12: 12 iaitu 12 jam makan dan berpuasa. Ini antara tempoh bagi "trial mode" untuk melatih diri untuk membuat perubahan dalam corak pemakanan, lifestyle dan kawal nafsu makan. Gradually, selepas dua minggu rasa mampu untuk extend fasting hours, boleh dinaikkan kepada 14:10 dan menaik sehingga 16:8 seiring dengan kemampuan anda sendiri dan yang paling best anda handle sendiri masa (flexible) yang bersesuaian tanpa paksaan.

Contoh fasting schedule utuk Diet 16:8

Sememangnya fasting hours yang paling popular dan ideal adalah 16:8 kerana badan mula menggunakan lemak untuk hasil tenanga dan membantu untuk kuruskan badan tetapi, kita bukan hendak buat IF dalam jangka masa yang pendek malah kita hendak terapkan satu lifestlye yang baru untuk diri kita sendiri seperti mana ada dalam entry saya yang sebelum ini. Sekiranya hanya mampu bermula pada 10:14, tiada masalah tetapi yang utama adalah konsisten dalam mengamalkan Intermittent Fasting

Ketika berada dalam tempoh "non-fasting hours", sebaiknya anda menikmati makanan yang berkhasiat dan kurangkan berminyak serta makanan segara kerana misi utama adalah untuk membentuk satu lifestyle yang baru. IF ini fokus untuk memendekkan tempoh waktu makan dan memanjangkan tempoh berpuasa agar badan dapat rehat dan peluang untuk sistem organ badan kita repair secara semulajadi. 

Sampai disini sahaja, penulisan tentang Fasting Hours dalam Intermittent Fasting dan terdapat artikel lain


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeputrajaya
#readystock





No comments

© MANA • Theme by Maira G.