SLIDER

5 Sebelum 5

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai 5 Sebelum 5.

Hidup, usia muda, kesihatan, masa lapang dan kekayaan yang perlu digunakan sebaik-baik untuk mencari keredaan Tuhan.


Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: " Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hadis ini adalah satu peringatan dan tarbiah terbaik buat setiap umat supaya sentiasa berwaspada dengan waktu kehidupan yang banyak cabarannya.Bagi mereka yang terpesona dengan tipu daya dunia pasti akan alpa dan leka dengan putaran kehidupan lalu mensiakan anugerah masa 24jam sehari yang dikurniakan.

LIMA PERKARA ASAS KEHIDUPAN

Menjadikan lima perkara utama iaitu masa sihat, kaya, lapang, muda dan hidup sebagai asas kehidupan, kita selalu terbimbing ke arah kehidupan yang bermakna di dunia dan alam akhirat nanti.
Sesungguhnya peringatan mengenai masa disebut oleh Allah SWT 

Begitulah waktu sihat yang menjadi mahkota berharga bagi orang sakit. Sebab itu, kita sendiri dianjurkan untuk menjaga kesihatan supaya dengan kualiti kesihatan yang baik kita dapat beribadah kepada Allah SWT. Kata orang, dengan wang kita boleh membeli ubat tetapi kita tidak mungkin boleh membeli kesihatan.

Memelihara kesihatan dengan mengamalkan cara hidup dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W adalah sebaik-baik panduan bagi kehidupan. Rasulullah berpesan supaya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang sebagai satu amalan cara hidup yang sihat yang menyumbang kepada tahap kesihatan terbaik.

Malah Baginda melarang kita mengambil makanan yang boleh memudaratkan diri kerana kemudaratan amat rapat kepada kerosakkan. Pada saat inilah, waktu untuk kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT, jika kita diuji dengan kesakitan kita tetap menjadi orang yang tabah.

Oleh itu, jadilah orang yang benar-benar bijak memanfaatkan waktu sihat dengan memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kita kepada-Nya.

NIKMAT, KESENANGAN, KEKAYAAN

Begitu juga waktu ketika mendapat nikmat kesenangan dan kekayaan daripada Allah SWT. Harta dan wang menjadikan kita orang yang banyak membuat kebajikan seperti bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

Tiada sebab bagi kita untuk menjadi bakhil atau berkira-kira dengan kurniaan nikmat Allah SWT. Membuat amal kebaikan bukanlah bermakna apabila kita mempunyai harta melimpah ruah atau wang yang banyak.

Sedikit peruntukkan wang hasil pendapatan mungkin menjadi pintu yang membuka jalan kita menjadi ahli syurga asalkan ia dilakukan dengan ikhlas. Malah, Rasulullah SAW amat sukakan sesuatu yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah.

Ketiga, masa lapang sebelum sibuk yang memberi peringatan kepada kita supaya jangan sesekali mengabaikan waktu dengan perkara sia-sia atau membiarkan sahaja hari berlalu tanpa ada sebarang makna. Berbekalkan ilmu serta kecerdikkan fikiran yang diberikan digunakan untuk mentaati perintah Allah SWT.

MASA MUDA DAPATKAN ILMU, BERIBADAH

Kita juga sering diingatkan dengan masa muda sebelum datangnya masa tua. Masa muda adalah masa untuk berjuang mendapatkan ilmu dan beribadah secara bersungguh-suinggh kepada Allah Yang Maha Agung.

Barang sesiapa mensia-siakan masa muda dengan godaan hawa nafsu dan berfoya-foya, maka dia adalah orang yang amat rugi. Jika seseorang itu sehingga tua pun tidak diisi dengan mencari agama Allah SWT, tergolong dalam mereka yang tidak beramal soleh, termasuk dalam kalangan yang menderhakai Allah SWT.

Petikan kata-kata hikmah, jika engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu siang, janganlah siang. Jika engkau berada pada waktu siang, janganlah menunda sampai hari esok. Gunakanlah waktu sihatmu mencari bekal pada waktu sakitmu dan hidupmu untuk mencari bekal pada waktu sesuah mati.

Kelima, manfaatkan waktu hidup sebelum datangnya ajal dengan selalu memasang niat untuk memperbaiki amalan diri supaya menjadi insan yang diredai Allah SWT dan menjadi hamba yang akan mendapat naungan-Nya di akhirat nanti.

Source : BH.
Penulis ialah penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

Ini dikongsi sebagai peringatan bersama. 

No comments

© MANA • Theme by Maira G.