SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 13



Hari ini saya sepatutnya turun ke Johor untuk melawat downline saya di sana. Tetapi akibat kekangan masa dan terlalu banyak perkara disini, rancangan ke sana tergendala. Mungkin selepas bercuti saya akan turun ke sana juga.

5 pagi akitiviti meneman kakakku ke lapangan terbang untuk menghantar suaminya. Pagi tadi dilangit, sangat banyak bintang…dan ada buruj. Seronok betul dapat tengok bintang pagi-pagi buta. Kami balik ke rumah Subuh, masing-masing tidak boleh buka mata kerana terlalu letih. Selepas solat, terus sambung tidur sampai pukul 9 pagi.

Pagi pukul 10 kami keluar semula untuk sarapan pagi dan terus ke IKEA untuk selesaikan pula hal ayah sehingga tengah hari. Alang-alang di IKEA kami ke Curve untuk makan tengah hari. Tengah hari, saya makan di Marche the Curve, menunya adalah Roasted Chicken Crepe dan Ceaser Salad. Ceaser Salad disitu teramatlah sedapnya sehingga teringat-ingat salad dia.

Selesai makan, kami pulang ke rumah. Sesampai dirumah, proses mengemas satu rumah bermula sehingga pukul 11:45 malam. Kerja rumah tak akan pernah habis. Kemas punya kemas sampai pukul 8 malam, berenti makan malam. Saya hanya dapat makan semangkuk corn flakes dan ESP, Cinch dan Mealshake.

Sekarang pukul 12 tengah malam, baru sempat makan Vitamin dan air suam. Mata pun sudah separuh, masa untuk berehat.

Selamat Malam Semua.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.