SLIDER

Perlukah Pendapatan Tambahan (Side Income)?

Gaji saya kecil tetapi banyaknya yang perlu saya fikirkan untuk mengurus wang. Tetapi saya juga hendak beli barang yang dah lama saya berkenan. 

Source : Google

PERLUKAH PENDAPATAN TAMBAHAN (SID E INCOME)?
Mugkin tidak bagi yang sudah berpendapatan tinggi, mempunyai perniagaan yang baik dan selesa dengan keadaan ekonomi sekarang. Tetapi, jangan tersilap yang mungkin ada ditahap begini mahupun tahap biasa mungkin memerlukan punca pendapatan tambahan bagi meringankan bebanan kewangan dengan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. 

Berbeza pula bagi yang baru memulakan kehidupan, atau bagi mereka yang berpendapatan rendah. Masih jauh perjalanan untuk membuat perancangan teliti mengenai kewangan mereka. Baik yang solo mahupun berkahwin.

Faktor yang memberi impak yang besar kepada kehidupan kita adalah faktor kewangan. Kewangan yang kecil dengan bebanan yang besar pastinya sesiapa sahaja akan rasa terbeban. 

Tujuan utama berkerja tetap untuk mencari punca pendapatan. Sekiranya ada peluang berbeza untuk meningkatkan punca pendapatan, haruskah kita hanya melihat tanpa membuat apa-apa atau mengambil peluang mencuba untuk membantu menampung kewangan kita?

KENAPA PERLU BUAT PENDAPATAN TAMBAHAN (SIDE INCOME)?

1. Kenaikan Kos Sara Hidup
Seperti gambar diatas menjelaskan, 
Seperti yang kita sedia maklum, tahun ini kebanyakan harga barang keperluan meningkat secara mendadak,

2. Menghadapi Situasi yang Tidak Dijangka
Dengan adanya pendapatan tambahan, sedikit sebanyak ia mampu menampung situasi-situasi yang tidak diduga. Contohnya, kebiasaan tengah bulan, masa untuk baiki kereta, duit tinggal RM50 (terlari budget) untuk makan, minum, isi petrol, parking dan sebagainya dan akhirnya korek duit simpanan. Sebolehnya, kita tidak mahu ambil duit simpanan kerana duit itu adalah untuk masa tua. Mungkin ada yang menyimpan untuk kawin, beli kereta, beli rumah etc.

3) Perbanyakkan cabang sumber kewangan
Kebanyakkan dikalangan kita suka melabur di ASB untuk mendapatkan jumlah wang yang besar untuk masa hadapan. Malah, sanggup tunggu sehingga 25 tahun untuk mendapatkan ratusan ribu di dalam akaun untuk memastikan duit yang disimpan berkembang. Ketika itu, usia sudah pun mencapai umur 56 tahun, manakala kita perlukan wang pada usia 35 tahun.

4) Take control in your income
Adakah kita hendak selamanya bergantung kepada gaji yang diberi? Bilakah kali terakhir kenaikan gaji? Berapakah kenaikan gaji yang dapat? Ratus?Puluh atau tiada. Jangan terkejut mendengar sekiranya ada syarikat tidak pernah bagi increment sebab ada. Bayangkan kerja selama 5 tahun (paling pendek) tidak pernah ada increment tetapi benefits yang lain menarik.

Bagi yang ada increment, itu pun bergantung kepada Company Performance. Tetapi ia tidak menjamin kenaikan yang sama setiap tahun kerana ia bergantung kepada produktiviti dan keuntungan syarikat. Manakala belum lagi bercerita tentang 'Bell Curve KPI' bagi kebanyakkannya perlu melalui proses moderation ratings.

Akhirnya ada yang terpaksa menjadi kambing hitam untuk pastikan Curve KPI yang cantik.

Berbeza dengan side income, jumlah pendapatan boleh ditentukan oleh kita sendiri (bergantung kepada perniagaan yang dipilih untuk membuat sebagai pendapatan tambahan). Kalau hendak duit lebih, usaha pun lebih. Tiada Bell Curve dalam perniagaan berbanding bekerja dengan syarikat.

Source : Google

Dengan itu, anda sendiri yang memegang punca pendapatan anda sendiri.

Ini adalah sebahagian pendapat saya mengapa kita perlu membuat pendapatan tambahan (side income) dimana keadaan faktor luaran serta barang keperluan serta barang kehendak tidak mampu hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Saya juga mempunyai pengalaman seperti kebanyakkan anda diluar sana.

Kesimpulannya, pendapat saya, dengan adanya pendapatan tambahan (side income) sedikit sebanyak dapat membantu menampung keperluan kehidupan yang makin meningkat.

CARA MEMILIH PERNIAGAAN YANG TERBAIK SEBAGAI PENDAPATAN TAMBAHAN (SIDE INCOME)?

Untuk memilih perniagaan sebagai pendapatan tambahan yang TERBAIK adalah:- 
  • Low Risk (kerana kita tidak perlu rasa terbeban dengan wang yang terhad)
  • Produk yang Selamat dan Berkesan  
  • Syarikat yang Kukuh

BERMINAT?
Untuk maklumat lanjut berkaitan pembelian produk atau pertanyaan tentang produk atau ingin menjana pendapatan sebagai full-time mahupun pendapatan tambahan boleh hubungi saya melalui

HUDA
Email : nhuda.h@gmail.com
SMS/ Whatsapp : 012-2285924
COD : Rawang, Subang, Kuala Lumpur



 

No comments

© MANA • Theme by Maira G.