SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 4

DAY 4 (JUMAAT, 12 DISEMBER 2014)

Aduuuuh sakitnya badan hari ni. Akibat selepas berurut satu badan. Hari ini, breakfast, saya makan sekeping roti kaya dan dua sudu Shaklee ESP, dua sudu Shaklee Cinch dan Shaklee Mealshake. Bergegas ke bank untuk selesaikan urusan kerja. 

Hari ini, hari yang sangat krtikal bagi saya untuk kerana hanya hari ini saya dapat mencari semua barang-barang untuk jamuan makan EJ hari Selasa depan.
Tengah hari, saya bergegas ke Sunway Piramid untuk mencari SOLD OUT LIKE HOT CAKE "Iphone 6" & Ipad Mini. Makan tengah hari, saya ke Sunway Piramid sampai ke Empire….Hampa tiada hasil, pukul 2 petang saya balik ke office, selepas solat saya minum 2 sudu Shaklee ESP, 1 sachet Shaklee Collagen, dan 1 sudu Shaklee Mealshake. 6 biji Lecithin & 6 Biji Omega Guard and 2 Vita-Lea serta 2 B-Complex. Macam lipas kudung untuk mencari barang yang SOLD OUT LIKE HOT CAKE "Iphone 6" & Ipad Mini sampai 5 shopping complex untuk dapatkan barang itu….. Semuanya Touch N Go Shopping Complex. Nasib baik Allah permudahkan segala urusan, sangat mudah dapat parking. Sangat senang sehingga saya parking dan terus ke Machines untuk beli Ipad Mini, cuma masalah besar saya yang tinggal adalah Iphone6. Macam tak percaya, satu Malaysia sold out…

Balik rumah, letih dan lapar, saya makan Shaklee ESP, 2 sudu Shaklee Cinch Vanilla, dan 1 sudu Shaklee Mealshake. 6 biji Lecithin & 6 Biji Omega Guard dahulu sebelum telan keow teow goreng. Sampingan Caratomax, Vita E, Vita C untuk anti-oxidant serta 2 biji DTX Complex.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.