SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 12


Sabtu…hujung tahun…kenduri pastinya ada dan pastinya tidak boleh lepas, sama juga dengan saya.

Hujung minggu pastinya jadual saya sangat padat. 

Awal pagi, kami telah ke Taman Melawati untuk pergi ke pasar tani. Maka sebelum itu, kami akan sarapan pagi di rumah. Pagi ini menu lain dari biasa, Apple pie dan Cucur. Ya,ya apple pie pastinya manis tetapi kali ini tidak sebab buat sendiri. Sudah tentu kandungan gula dalam apple pie itu dijaga supaya tidak manis. Sebelum memakan my English breakfast saya, pemakanan untuk sel diutamakan terlebih dahulu dengan secawan ESP, Cinch dan Shaklee Mealshake. Sesudah makanan untuk sel diberi, barulah makanan untuk perut dimakan iaitu Apple Pie. Akhirnya selepas sel badan telah kenyang dan senang hati, maka perut hanya mampu menerima 5 suapan Apple Pie dan kenyang. Cucur  Udang hanya dijamah oleh mata. Kemudian kami ke Melawati dan selesai urusan rumah.

Tengah hari kami pergi ke kenduri yang dibuat oleh makcik saudara saya. Upacara bermula pukul 12, tetapi kami datang selepas zohor kerana tengah hari itu dislot dengan berjumpa downline di rumah.  Akhirnya lepas zohor barulah kami boleh keluar pergi kenduri. Sebelum keluar, 2 sudu ESP, 1 sudu Mealshake dan 1 sachet Collagen, 6 biji Lecithin dan 3 biji Omega mesti diminum & dimakan sebelum keluar. Kami makan tengah hari lewat pukul 2. Saya hanya memakan daging, ayam masak merah dan acar sayur.

Pukul 4:17 petang kami pulang dan terus ke Shaklee Office di Sri Rampai untuk closing time. Kami selesai sesi closing sampai pukul 7 petang dan terus ke Jusco Wangsa Maju untuk makan malam dan solat maghrib disitu. Dinner saya makan Johhny's. Ya Allah nikmat betul makanan itu. Lapar yang teramat memandangkan tengah hari tadi hanya memakan sedikit daging, 2 ketul ayam dan acar sayur. Selesai makan, kami solat maghrib dan akhirnya barulah pulang ke rumah.

Sesampai dirumah, saya ambil ESP, Cinch dan Mealshake untuk rutin yang ketiga.


No comments

© MANA • Theme by Maira G.