SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 11

Day 11, seperti biasa, pagi-pagi saya akan pastikan pengambilan ESP, Mealshake dan Cinch diambil secara konsisten. Untuk hari yang ke sebelas ini, automatik, badan akan trigger untuk pastikan saya makan 2 sudu ESP, 2 sudu Cinch dan 1 sudu Mealshake. Disertakan 1 Vita-Lea dan 1 B-Complex untuk pagi.

Tengah hari, saya makan ikan goreng, sayur bayam & telur. Seperti biasa, sebelum makan tengah hari, saya akan minum 2 sudu ESP, 1 sudu Mealshake dan 1 sachet Collagen. Ia membantu untuk kenyangkan perut dan ia membantu mengurangkan pengambilan makanan kerana sel badan telah diberi makanan lengkapnya. Omega Guard dan Lecithin adalah wajib untuk membakar lemak yang diambil.

Malam itu, kami ke Jusco Rawang untuk membeli sedikit barang, jadi sebelum keluar rumah saya akan pastikan saya sudah makan ESP, Mealshake dan Cinch kerana saya tau saya akan makan lewat iaitu lebih daripada pukul 8 malam. Pukul 7 petang, saya makan goreng pisang untuk alas perut.

Di Jusco, mesti semua ingat saya makan hahaha tetapi tidak….saya hanya minum air buah sahaja pada malam itu.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.