SLIDER

Once In A Lifetime Experience


Siapa yang pernah terfikir bahawa suatu hari anda akan dapat/merasai sesuatu yang tidak akan dapat dibayangkan.

Awal Januari 2014 saya dapat menikmati sesuatu yang diluar jangkaan dimana saya dapat menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari udara.

Teringat pepatah melayu,
"Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa yang tahu."

Pada mulanya, saya agak takut untuk naik helicopter memandangkan dia lagi kecil dari kapal terbang dan jugak kita boleh memandang terus bawah. Saya adalah seorang yang gayat dengan ketinggian tetapi memikir semula peluang yang ada, rugi sekiranya lepaskan hanya kerana takut dengan ketinggian. Opportunity come once never twice. Dalam ketakutan ada cita-cita besar iaitu nak duduk seat depan supaya boleh tengok pemandangan yang luas.

Dengan itu, saya mencabar diri saya sendiri untuk duduk dihadapan supaya saya boleh menikmati pemandangan hebat sambil melawan ketakutan yang ada pada diri saya. Percayalah mencuba sesuatu diluar zon keselesaan, kita pasti merasa kepuasan yang tidak terhingga. Bak kata tagline yang biasa kita dengar, Belum Cuba Belum Tahu!

Nasib baik ada paparazi tolong snapkan gambar I. Haha

Look at the view...I'm in love.

Melihat pemandangan dari udara, selain dari dari melihat pemandangan Kuala Lumpur. Ia memberi sudut pemandangan yang berbeza. Betapa pesatnya pembanggunan negara yang telah berlaku. Melihat dari sudut yang berbeza ini juga memberi sedikit refleksi tentang kehidupan kita sendiri. Bagi saya, apabila saya melihat KL dari atas bagaikan 'snow globe' begitu jugak kehidupan kita.

Bayangkan selama ini, kita bangun pagi bersiap pergi kerja dan balik ke rumah atau berjumpa kawan-kawan pada waktu malam dan selepas itu tidur. Keesokkan harinya rutin yang sama berlaku sehinggalah hari jumaat. Hari Sabtu hari yang sangat bahagia bagi yang berkerja sebab hari itulah kita dapat menghabiskan masa bersama keluarga, suami & anak-anak. Tanpa kita sedari, bertapa banyaknya masa kita habis untuk perkara lain daripada mendapat kualiti masa bersama keluarga tercinta.

Andainya kita mampu melihat kehidupan kita dari sudut yang berbeza atau gambaran yang lebih besar, kita mampu untuk mengecapi kebahagiaan yang kita selama ini impikan.  

Bagi saya, saya inginkan kehidupan yang luar biasa dimana saya inginkan kesihatan yang baik supaya saya tidak duduk dalam hospital, travel mengelilingi dunia supaya dapat melihat keindahaan dunia yang Allah S.W.T telah ciptakan, memiliki kereta yang diimpikan. dan kewangan yang lebih supaya dapat membantu orang lain dari hasil yang saya dapat serta mempunyai kualiti masa bersama keluarga. Bagi saya itulah kesempurnaan hidup yang saya impikan dan saya nampak ia dalam dunia Shaklee.

Masih tidak terlewat untuk melukis corak kehidupan sekiranya anda menginginkan kehidupana yang luar biasa. Saya berharap anda juga boleh melukis kehidupan anda kerana saya akan melukis impian kehidupan saya.

Coretan pendek dari saya untuk hari ini.

Sekiranya berminat untuk memulakan ingin menjana pendapatan sebagai full-time mahupun pendapatan tambahan boleh hubungi saya melalui

HUDA
Email : nhuda.h@gmail.com
SMS/ Whatsapp : 012-2285924

No comments

© MANA • Theme by Maira G.