SLIDER

Tidur

Hari ini saya jumpa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Petikan aktikel ini diambil dari Berita Harian. Ilmu yang menarik untuk diambil sebagai ilmu pengetahuan.

" Tidur yang nyenyak tubuh manusia mampu menyembuhkan dan mempertahankan kesihatannya"


Menurut Pengarah Sleep Disorder Centre, St. Boniface Hospital Research Centre University of Manitoba, Dr. Meir Kryger, gaya hidup mempengaruhi masa dan kualiti tidur seseorang dimana defisit tidur bergantung pada jumlah kafein, nikoten, dan alkohol yang diambil daripada stress dalam pekerjaan, bekerja pada syif malam selain pengaruh komputer.

Tinjauan National Sleep Foundation, Amerika Syarikat, membuktikan kekurangan tidur dikalangan individu boleh membawa kepada penurunan kualiti pekerjaan, kemalangan dan masalah emosi yang membawa kepada stress dan kemarahan melampau.

Masalah kekurangan tidur juga dapat memicu penyakit jantung, diabetes, dan obesiti. Tidur memberikan kesemptan buat otak untuk beristirehat. Justeru, sering mengabaikan masa tidur akan membuatkan sel-sel tak mati kelelahan.

Ketika tidur, tubuh akan memusatkan sebahagian besar tenaganya untuk proses penyerapan dan asimilasi zat makanan, pembaharuan sel serta detoksifikasi. Kekurangan masa tidur akan menghambat kesemua proses itu dan menganggu metabolisme tubuh.

Seaktu tidur juga berlangsung aktiviti hormon yang membolehkan tubuh bekerja secara sinergi sehingga membuat tidur sangat bermanfaat bagi penyembuhan dan keremajaan diri.

Hormon melatonon yang dikenali sebagai hormon tidur menghangtar manusia ke fasa tenang manakala hormon serotonin yang menyebabkan kemengantukkan berfungsi untuk melindungi sel-sel agar tidak dipengaruhi hormon kortisol yang menyebabkan stress.

Serotonin juga mampu meningkatkan hormon insulin yang bertanggungjawab mengawal metabolisme gula dalam darah sekali gus mengawal diabetes, obesiti, gangguan fungsi ginjal dan jantung.

Human Growth Hormon (HGH) yang lazimnya akan dikeluarkan sekitar dua - empat jam memberikan efek positif kepada individu biasa. Kehadiran hormon ini berupaya menggantikan sel-sel kulit menua dan mengembalikan keremajaan kulit seterusnya menjadi individu yang memiliki tidur berkualiti menjadi awet muda.

Kualiti tidur juga memberi kesan kepada keadaan mental dan psikologi kita. Dr. Sean Drummond dari University of California, AS menjelaskan tidur yang tidak mencukupi boleh menggangu daya pemikiran individu. Jika seseorang terjaga sepanjang 21 jam tanpa tidur, kemampuan kognitifnya tidak dapt berfungsi dengan baik.

Sebaliknya jika individu memperoleh beberapa jam waktu tidur tambahan pada malam atau siang hari, daya konsentrasi yang menjadi dasar kemampuan kognitif seseorang akan mampu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Oleh itu, tidur yang nyeyak dan berkualiti amat penting kerana hanya dalam keadaan tidur nyenyak tubuh manusia mampu menyembuhkan dan mempertahankan kesihatannya. Walaupun tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan dan kesegaran tubuh, namun jangan sampai tidur yang terlalu lama membuatkan anda menjadi pemalas, lemah, lesu dan tidak bermaya.

Tidurla diantara enam jam hingga lapan jam sehari agar anda mampu menikmati hidup yang lebih berkualiti dan seimbangkannya dengan aktiviti fizikal atau olahraga serta makanan berkhasiat.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.