SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 5

Assalamualaikum, tup tap tup tap dah hari yang ke 5.

Cepatnya masa berlalu, hari ini, aktiviti saya agak luar biasa sedikit. Selalunya pukul 5 diulit mimpi indah, tapi pagi itu pukul 5 saya bangun pagi teman kakak saya hantar suami dia ke airport. 

Pukul 8 pagi, sebelum ambil sarapan pagi, rutin utama yang wajib diambil adalah 2 sudu SHAKLEE ESP, 2 sudu SHAKLEE CINCH VANILLA, 1 sudu SHAKLEE MEALSHAKE. Menu pagi, saya ambil 1 keping roti bakar, baked beans dan telur. Habis sahaja, saya ambil VIta-Lea dan B-Complex. Senaman saya hari ini digantikan dengan kemas rumah, cuci lantai dan tapis baju-baju lama yang hendak dilepaskan. 

Selepas zohor, sebelum keluar meronda kota Kuala Lumpur, saya ambil 2 sudu SHAKLEE ESP, 1 sudu SHAKLEE MEALSHAKE, 1 sachet SHAKLEE COLLAGEN, 3 biji LECITHIN dan 3 biji OMEGA GUARD. Saya makan siap-siap untuk membantu mengurangkan lapar.

Sampai di IKEA, kami pergi lunch di Absolute Thai di IKANO pukul 3 petang dimana consider macam late lunch. Menunya,Nasi Setengah, Kangkung Belacan, Tom Yam, Ikan Siakap masak Chili dan limau dan saya ambil Orange Juice tanpa gula. Rasa serba-salah makan nasi akhir-akhir ini. Tapi ingat semula kakak ipar saya kata tidak apa ambil nasi janji kena hidangan yang kecil.

Rasa serba salah itu digantikan dengan senaman iaitu berjalan selama 3 jam di IKEA. Adoi sampai sakitla kaki berjalan. Harap-harap mampula ganti balik dengan setengah pinggan nasi.

Memandangkan kami ambil late lunch, dinner pun terlajak lebih dari pukul 8 malam. Untuk diet, sepatutnya saya kena makan sebelum pukul lapan. Selesai solat isyak, perut dah berbunyi. Saya turun buat minuman wajib saya iaitu 2 sudu SHAKLEE ESP, 2 sudu SHAKLEE CINCH VANILLA, 1 sudu SHAKLEE MEALSHAKE. Kemudian, saya potong 4 biji oren untuk di-ngap! Sesudah itu, saya ambil Lecithin 3 biji, Omega Guard 3 biji.

Dibuat pula, ada orang tolong mengoda makanan depan kita dengan bagi cupcake 'hot form oven'. Aduhai.....sabar ajelah. Ambil jugalah sedikit untuk merasa,

  

No comments

© MANA • Theme by Maira G.