SLIDER

Horse Riding

Dulu sewaktu kecilku aku berangan untuk join Horse Riding. Dari umur 10 tahun hingga ke 28 tahun, bila nampak perkataan equestrian, sentiasa saya akan cakap saya nak join horse riding. Sewaktu kecil sehingga besar panjang ini saya selalu berangan saya mempunyai seekor kuda & saya bawa kuda saya berjalan bersama sambil saya berpakaian serba lengkap baju set baju menunggang.  

Sehinggalah suatu hari saya pergi bengkel SEO & Copy Writing yang dianjurkan oleh Hj. Roslan. Hari pertama, fokus ni belajar. Hari kedua baru bertegur sapa dengan orang dan kebetulan, seorang wanita bercerita tentang horse riding. Waktu tu melonjak-lonjak hati nak tahu mengenai horse riding.

Kemudian, saya pun bertanya, "Mahal tak kos Horse Riding?"

Azah jawab, " Tak mahal, RM35.00 sahaja untuk setengah hari dan dia akan ajar mengenali kuda sehingga menunggang kuda"

Tak berkelip mata saya bila dengan RM35.00, saya cakap murahnya!!bukan mahal ke selalunya horse riding ni?

Azah pun gelak dan mengatakan tidak. Dia pun berjaya membuat saya tidak duduk diam dalam kelas hari itu bila dia berkata ada tempat kosong lagi kalau nak ikut program Sunnah Berkuda. Tanpa berfikir panjang, saya cakap tolong asingkan tempat untuk saya sebab saya nak ikut program itu. Lepas itu saya ceritakan pada Azah yang saya dah lama menyimpan impian untuk join Horse Riding dan antara #MyBucketList. Azah hanya gelak sahaja mendengar cerita saya.

Seminggu telah berlalu, hari Sabtu, hari yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk pergi belajar menunggang kuda dituruti oleh ibuku yang pun teringin untuk menunggang kuda. 

Setibanya kami di kawasan kuda. MasyaAllah excited nya hanya Allah sahaja yang tahu.


Sebelum kami diberi peluang untuk menunggang kuda, kami diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai kuda.

Sehubungan dengan nama pogram, Sunnah Berkuda, kami diterangkan mengapa menuggang kuda itu Sunnah dan mengapa kuda adalah antara binatang yang sering disebut didalam Al-Quran.

Sebagai seorang Islam, kita sering ketahui bahawa 3 perkara yang perlu pelajari adalah menunggang kuda, memanah dan berenang.

Antara pelajaraan yang diperolehi kursus berkuda ini, kita harus membina jambatan kepercayaan dengan kuda tunggangan kita. Cara-caranya adalah melalui Emosi, Body Language & Minda.

Kenapa kita perlu membentuk tiga EBM ini adalah seekor kuda mampu melihat kita 'luar dan dalam' dimana kuda ibarat cermin yang akan memantulkan keperibadian dan personaliti kita.

Apabila mampu mengawal ketiga-tiga elemen itu barulah kita dan kuda sehati sejiwa.

Sehingga itu coretan aktiviti lapangku untuk dikongsikan bersama.






No comments

© MANA • Theme by Maira G.