SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 9

Cepatnya masa berlalu, tup tup dah nak dekat sudah Disember.

Begitu juga hari-hari Cabaran 120 Hari, sudah sampai hari ke-9. Kepada sesiapa yang belum memulakan cabaran menguruskan badan, marilah sama-sama ikuti program bersama saya supaya tepat 120 hari kita sama-sama mampu turunnkan berat badan dan mencapai misi tahun ini.

Pagi ini, saya makan semangkuk corn flakes dan segelas ESP, Cinch dan Mealshake. Sebelum ke pejabat, saya telan sebiji Vita-Lea dan B-Complex.

Tengah hari saya makan 3 potong limau bali dan saya berjaya habiskan 2.4L dalam masa 2 jam (pencapaian yang baik). Sedapnya manis dia dan saya keluar beli barang. Dalam pukul 1:50 petang, saya alas perut dengan secawan ESP, 1 sudu Mealshake dan 1 sachet Collagen. Dalam pukul 2 petang, saya makan telur bungkus dan ayam paprik. 

Hari ini adalah antara hari saya yang tidak displin makan. Saya makan lewat untuk makan malam. Pukul 8 malam saya makan laksa dan pukul 9 malam chicken pie. Masya-Allah, esok saya kena double senaman untuk ganti semula apa yang telah saya makan.

Rutin harian untuk pengambilan vitamin saya masih saya amalkan seperti biasa yang diamalkan hari-hari sebelum ini.



No comments

© MANA • Theme by Maira G.