SLIDER

Kesan Kenaikan Harga Barang Berpunca dari Kesan Domino

Beberapa hari lalu saya terjumpa satu petikan artikel dari Berita Harian yang ingin saya kongsikan sebahagian daripada petikan artikel tersebut.

Tahun ini bermulanya tahun yang mencabar bagi kebanyakkan daripada kita akibat kesan kenaikan kos sara hidup yang dilihat begitu membebankan dan berganda-ganda. Bukanlah kenaikan keperluaan asas yang dikatakan sebagai tidak membebankan itu sahaja yang menjadi rungutan.

Kerunsingan masyarakat kini berpunca daripada kesan domino yang berpunca daripada kenaikan harga keperluan asasi tersebut yang mana keadaan itu menyebabkan kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan lain yang disertai dengan kesepakatan dalam menetapkan harga oleh pembekal.

Kenaikan harga keperluan asas sudah pastinya memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pihak industri, pengusaha dan peniaga. Lebihan kos yang berlaku pasti tidak sudi diserap oleh kebanyakan penguasaha dan pihak industri, makanya pembeli produk akhir akan menyerap segala kos yang berkenaan.

Terdapat juga pengusaha dan pembekal yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga dan keperluan asas ini dengan menaikkan harga bagi produk atau perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya tanpa justifikasi yang adil dan keadaan semakin parah apabila pengguna tiada alternatif untuk mengelak daripada mengguna produk atau perkhidmatan tersebut.

Ketiadaan alternatif ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam sesebuah pasaran menunjukkan herotan dalam pesaran itu sendiri apabila hanya segelintir pihak sahaja yang memegang hala tuju pasaran tersebut.  Kuasa pengguna tidak dapat memberi  banyak tekanan keadaan pasaran sebegini kerana masyarakat tidak mempunyai alternatif lain.

Manakala kewujudan lebih banyak pilihan dalam pasaran bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan lebih memberi kelebihan kepada masyarat dalam mebuat keputusan membeli produk akhir mereka. Walaubagaimanapun keadaan ini tidak semertinya akan berlaku disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kesepakatan, sikap manusia dan lain-lain. 

Pengguna perlu lebih kreatif untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang berganda walaupun tanpa minat daripada pengusaha dan pembekal untuk turut sama memberi kerjasama. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuka pasaran dengan lebih luas bagi komoditi atau perkhidmatan tertentu kepada pengusaha lain yang berminat.

Mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi perlu disertai dengan sebilangan besar daripada masyarakatnya mengalami pendapatan yang tinggi. Penumpuan kepada nilai purata per kapita masyarakat sebagai indikator untuk menjadi sebuah negara maju dilihat kurang relevan disebabkan kumpulan kaya akan menjadikan indikator tersebut kelihatan seimbang walaupun hakikatnya jumlah golongan ini begitu kecil jika dibandingkan dengan masyarat awam.

Kita tidak perlu mengikut acuan negara maju lain untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. Sebaliknya, kita perlu menetapkan misi dan kaedah tersendiri mencapai matlamat ini kerana apalah gunanya menjadi sebuah negara maju sekiranya sebahagian besar masyarakat mundur dari segi kewangan dan kuasa membeli mereka.

Source : Berita Harian



No comments

© MANA • Theme by Maira G.