SLIDER

Cabaran 120 Hari : Day 8



Hello... saya dah berjaya buat dalam masa 1 minggu. Tiada apa-apa masalah buat masa ini. Perubahan yang ketara semenjak saya amalkan Shaklee ESP, Shaklee Cinch, Mealshake dan Collagen tiga kali berturut-turut selama sminggu ini, kulit saya makin anjal dan cantik, portion makan saya makin berkurangan secara semulajadi. Ini akibat bila saya mengambil produk-produk di atas, ia membantu mengenyangkan perut kita. Sudahnya, kita tidak terlalu terasa lapar yang melampau. Alhamdulillah.

Untuk hari ke 8 ini, kali ini pagi saya mengambil semangkuk corn flakes dan 2 sudu ESP, 2 sudu Cinch Vanilla dan 1 sudu Mealshake. Sesudah makan, saya makan vitamin Vita-Lea 1 biji dan 1 biji B-Complex. Setelah selesai urusan bank, saya sampai di office dalam pukul 11:40pagi. 

Pukul 12:15 pagi, saya makan sedikit buah dan saya memakan sengkuang rojak untuk sejukkan badan. Pukul 2 petang, saya mengambil 2 sudu ESP, 1 sudu Mealshake dan 1 sachet Collagen beserta 3 biji Lecithin. Kali ini saya tidak makan Omega Guard kerana stok habis dekat office. Perut saya kenyang dan langsung tidak lapar. Tak percaya, cubalah buat.

Pukul 5 petang, saya hanya makan 6 keping Love Letters, saya gatal mulut nak mengunyah. Tetapi air suam, pengmabilan air suam saya kali ini sebanyak 2.4L. Malam sambung lagi dengan 1.2L air suam. 

Untuk pengetahuan, untuk memastikan air cukup dalam badan kita adalah dengan memastikan setiap 25kg berat badan kita bersamaan 1 liter air kosong. Dengan itu, berat badan kita perlu dibahagi kepada 25 kg supaya kita dapat berapa liter yang diperlukan oleh badan. Seperti berat badan saya sekarang, saya memerlukan 3 Liter air sehari. Oleh itu, saya akan pastikan saya minum 3 liter air sehari atau lebih.

Peringkat awal minum banyak air akan membuatkan kita sering ingin ke tandas tetapi lama-kelamaan, kita akan biasa. Jangan takut untuk ke tandas, kerana dengan membuang air kecil, dia membantu menbuang toksin dalam badan dan kulit akan menjadi lebih cantik,

Malam hari, saya hanya mekana 2 mangkuk sup dan 1 chicken pie. Itu pun tetap tidak habis chicken pie saya.

No comments

© MANA • Theme by Maira G.