SLIDER

Cabaran 120 Hari!

Hai, Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berceritakan tentang masalah yang kini saya hadapi. Saya mempunyai masalah perut buncit dan berat badan yang makin meningkat membuatkan saya sendiri takut dengan berat badan yang makin tidak terkawal. Masalah saya, saya makan sikit tetapi badan akan naik dua kali ganda.

Saya sering bercerita masalah saya dengan family saya serta sesiapa sahaja yang mampu membantu menolong saya. Saya mula sedar akan masalah badan saya yang sebenar semenjak saya mendapat tahu saya mempunyai Low Metabolisme sebanyak 1300. Sejak hari itu saya mula gelabah dan stress sebab berat badan mula meningkat.

Semenjak hari itu, saya mula berhenti mengambil karbohidrat dan gula.

Saya mula start kelas yoga diwaktu pagi dan pastikan saya tidak ambil karbohidrat dan gula walaupun kadang-kadang saya cheat:) dan pengambilan suppliment yang normal saya makan. 

Baru-baru ini, kakak ipar saya memberi cadangan untuk membuat Cabaran Kurus dalam masa 120 Hari!Disamping dia memberi tips pemakanan yang telah ditetapkan oleh kakak ipar saya.

Dengan ini, saya mengambil pendekatan dengan menulis serta berkongsi dalam blog untuk saya membuat 'live testimoni' dan peringatan untuk saya supaya saya sentiasa ingat akan cabaran yang telah disahut oleh saya sendiri.

My Big Dream : To loose weight to my ideal weight

I hope that I get the result for another 4 months times...InsyaAllah - feeling determined

Wish Me Luck!

Sekiranya berminat untuk follow, nantikan update dari saya hari ke hari.


No comments

© MANA • Theme by Maira G.